BAB 5 🌹

1K 41 2
                                    

BERKERUT dahi Vano semasa membaca satu-persatu jawapan dari murid-muridnya setelah semua kertas latihan itu dikumpulkan semula. Ada yang betul semua dan ada juga yang salah sedikit, tapi tidak mengapa itu hanya latihan sahaja.

Tetapi dia paling tertarik untuk menyemak jawapan daripada seseorang itu. Sudah pasti kertas latihan Jasmine.

Sudah agak, pasti ada banyak yang salah. 'you make me want to have you more la baby!'.

Dia mengangkat wajahnya. Nama Jasmine diseru dengan agak tegas.

"JASMINE ALISYA MAHARANI! COME HERE, NOW!" jelas suaranya agak tegas.

Terdiam semua apabila mendengar suara Vano.

Terkejut Jasmine apabila namanya diseru agak kuat. Aduh! Kenapa pulak ni?

Dengan rasa takut, terpaksa Jasmine mengatur langkah mendekati Vano yang sedang menatapnya dengan pandangan tajam.

"What are you doing huh?"

Berkerut dahi Jasmine saat ini.

"Buat apa sir?" soalan dijawab dengan soalan!

"Kenapa jawapan awak banyak yang salah ni?" soal Vano.

Semua orang sudah kecut dengan soalan Vano. Mereka tahu bahawa Jasmine kurang mahir dengan subject Bahasa Inggeris.

"Awak dah form 5 kan? Kenapa masih tak reti lagi nak buat ayat? Ayat awak berselerak tahu tak? Sepanjang awak sekolah, apa ja yang awak faham tentang Bahasa Inggeris? Takkan satu pun awak tak faham? Are you serious lah Jasmine? Tak guna awak sekolah kalau Bahasa Inggeris pun tak reti lagi! Anak saya lagi hebat lah daripada awak, takkan awak tak boleh kalahkan budak macam anak saya tu?"

Hampir nangis Jasmine setelah mendengar apa yang dikatakan oleh Vano sebentar tadi. Sungguh dia tidak kuat. Ya, dia tahu yang dia tidak mahir sangat dengan subject ini. Tapi, jangan sampai berkata begitu. Dia juga punya hati dah perasaan.

"Maafkan saya sir, saya janji lepasni saya akan belajar bersungguh-sungguh sehingga mahir" ujar Jasmine sambil menatap lantai kelasnya.

Tidak berani untuk bertentang mata dengan lelaki itu.

"Sebelum balik, jumpa saya di bilik guru! Saya nak jumpa awak seorang je, jangan bawa orang lain untuk teman, faham?" ujar Vano sambil mengemas beberapa buku dan juga kertas.

Jasmine mengangguk tanda faham.

"Ok class, thank you for today!" ucap Vano.

Laju sahaja Vano keluar dari kelas itu. Seolah-olah dia sedang marah, padahal dia ok sahaja.

Safiya perasan akan sifat gurunya itu kebelakangan ini. Seperti ada yang tidak kena. Dia harus siasat tentang ini!

"Kau okey?" soal Safiya.

"Aku ok." Jasmine mengeluh perlahan.

"Aku tahu kau boleh, cuma kau kurang latihan tu je. Takpa, biar aku tolong kau nak? Aku dengan Qis boleh ajarkan kau Bahasa Inggeris. Tapi kalau kau sudi lah" ujar Safiya sambil mengelus lembut bahu Jasmine.

"Haah betul tu weh, kau boleh! Kitorang kan ada untuk kau" Qisya cuba untuk memberikan semangat kepada Jasmine.

"Ya allah, terima kasih korang! Aku ok ja kalau korang nak tolong" hampir sahaja air mara Jasmine nak turun.

Terlalu terharu dapat kawan yang jenis baik hati ni, untung sangat!

"Ok kalau macam tu ahad ni kau free kan? Aku dengan Qis buat class dekat kau, tapi dekat rumah kau lah! Hehe" ujar Safiya.

"Haha, iya boleh je. Mana-mana pun aku tak kisah. Asalkan korang ikhlas nak ajarkan aku."

"Mestilah ikhlas. Ish kau ni kan!"

Mendarat sudah cubitan ketam Safiya di pinggang Jasmine. Auch! Sakitnya.

Safiya memang tidak berapa rapat sangat dengan mereka berdua. Tetapi kalau di tengok balik, dah macam trio lah pulak!

Safiya seorang yang friendly. Semua orang dia berkawan, tapi perempuan je lah dia ramah. Kalau lelaki, haha maaf sebab nanti mak singa bangun!

"Sama-sama Min. Kitaorang buat semua ni untuk kau tau! Kitorang tak nak lah tengok asyik kau je kena panggil dengan Sir tu" ujar Qisya.

Safiya hanya mengangguk sahaja. Setuju dengan apa yang Qisya kata.

"Eh korang! Jom lah pergi makmal Fizik. Sekarang waktu Sains kan?" ujar Fatiha.

Semua mengangguk.








"Ok semua, itu sahaja pelajaran kita pada hari ini. Saya harap awak semua faham lah dengan apa yang saya terangkan tadi. Ingat! Tajuk ni masuk dalam exam tau! Jangan lupa study walaupun baru start sekolah kan? SPM awak tu dah nak dekat, tak boleh main-main lagi ye?" ujar cikgu Teha.

Semua hanya mengangguk. Ada yang mengeluh.

Jam sudah menunjukkan jam 2.30 petang, waktunya pulang ke rumah.

Tetapi Jasmine teringat sesuatu, tapi apa ya?

'SIR!'

"Qis kau boleh teman aku tak?"

"Aku tak berani lah weh, tadi sir mintak kau sorang je yang pergi" jantung Qis pun hampir gugur melihat amarah gurunya tadi.

"Pia?"

"Aku pun sama la weh, aku minta maaf. Bukannya tak nak teman tapi aku takut. Sorry sangat2, kalini betul2 aku tak boleh tolong kau"

Sebenarnya Safiya risau dengan Jasmine. Takkan nak biarkan dia pergi sorang2? Kalau jadi apa-apa nanti macam mana? Tapi dia takut juga, kalau dia teman dan terkantoi dekat sir? Habis lah dia...

Siapa ja yang tak kenal sifat seoarang guru yang bernama Vano Benjamin Harison tu?

Jasmine mengeluh lagi.

"Takpe lah kalau macam tu. Korang balik lah dulu. Apa-apa nanti balik aku text korang ok?"

Safiya dan Qisya hanya mengangguk.








Nak tak nak, dia kena jugak pergi. Seram pulak laluan ke bilik guru ni. Ramai guru yang telah pulang. Hanya tinggal beberapa orang sahaja guru yang masih tidak pulang.

Jasmine berdiri tepat di hadapan bilik guru. Pintu bilik guru itu dipandang lama.

Bilik guru di sekolah ini agak berbeza dengan sekolah lain kerana setiap guru pasti ada bilik kerjanya tersendiri. Sebab itu dia takut sekarang!

Belum sempat dia mahu membuka pintu bilik guru itu. Pintu itu sudah terbuka dari dalam. Alamak!












TBC 🌹
Apalah yang Vano nak buat tu? Sabar je lah ye Min😌

Pilihan Terakhir [COMPLETE]Where stories live. Discover now