BAB 19 🌹

616 21 0
                                    

HARI yang ditunggu-tunggu. Hari yang menyeramkan. Hari yang sangat penting. Semuanya ada! Hati sangat gemuruh dan rasa tidak sabar pun ada.

Kaki mula menapak masuk ke dalam dewan. Nafas yang ditarik tadi dihembus perlahan-lahan, cuba untuk menenangkan hati yang yang sedang berlari laju.

Jasmine mengambil tempat yang sudah ditetapkan oleh pengawas peperiksaan.

Ya, hari ini dia akan menjalani peperiksaan SPM! Sijil Pelajaran Malaysia nokk! Kecut perut habis lah!

Jasmine menutup matanya dengan rapat, cuba untuk mengingati semula nota yang telah dia ulangkaji sebentar tadi.

Kadang sesetengah orang kalau dah masuk dewan, otak dia automatik akan hilang. Betul tak?

Jasmine membuka matanya semula apabila dia merasakan hangatnya kertas soalan itu telah mendarat elok di permukaan mejanya. Wah, Tebal nak mampos!

Pen berwarna hitam diambil lalu tangannya bergerak perlahan untuk menulis nama penuh serta nama kelasnya pada ruangan yang telah disediakan pada kertas soalan itu. Semoga dia tidak lupa dengan nota-nota yang telah dia kaji sebentar tadi.

"Assalamualaikum, saya cikgu Nazri dan saya juga adalah pengawas peperiksaan di sekolah kamu pada tahun ini. Ok, semua dah dapat kertas soalan kan? Jangan buka lagi, saya akan terangkan beberapa maklumat tentang peraturan semasa dalam dewan. Yang pertama, kamu semua WAJIB memakai pen berwarna hitam. Yang kedua, jangan pakai correction tape! Sebab apa? Nanti jawapan awak susah untuk dikesan kalau pakai komputer. Yang ketiga, kamu semua DIHARAMKAN untuk meniru. Tak kisah lah dari segi apa pun cara kamu semua meniru. Kalau kamu meniru juga. Dalam slip keputusan kamu akan mendapat 'X'. Kenapa 'X'? Ada yang tahu?" soal cikgu Nazri sambil memandang ke arah semua murid yang berada di dalam dewan.

"Sebab meniru cikgu!" jawab salah seorang murid di dalam dewan itu.

"Bagus! Sebab MENIRU. Orang akan tahu dah kalau budak ni dapat 'X' oh sebab dia meniru. Malu tak? Jadi, saya minta tolong kerjasama kamu semua, jangan meniru.

Baiklah kalau macam tu. Sekarang dah pukul 8.30 pagi. Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, kamu semua boleh menjawab sekarang."

Jasmine menghela nafas sebelum tangannya bergerak untuk membuka helaian kertas soalan itu.


"Eh tadi kau jawab apa soalan nombor 3 bahagian A tu? Susah woo soalan dia, otak aku blank tau tak!"

"Weh kau jawab semua ke?"

"Kau tahu tak aku tertidur waktu masuk bahagian C tu"

"Aku rasa, aku gagal la..."

Macam-macam lagi yang Jasmine dengar apabila semua murid dibenarkan untuk keluar rehat.

Berasa bahu kirinya ditepuk kuat. Segera dia memandang ke arah kiri. Terpampang muka manis Qisya.

"Amacam? Ok tak soalan dia?" soal Qisya.

"Bagi aku boleh lah...macam kau dengar tadi lah. Soalan 3 bahagian A tu dia susah sikit, tapi bagi aku ok sebab aku jawab. Tak tahulah, ayat aku pun dah ke laut!" terkekeh perlahan Jasmine apabila mengingati semula ayatnya.

"Eh sama wei, ayat aku pun entah ke mana hala smua pergi. Takpelah, janji kita jawab dariapada biarkan kertas tu suci bersih nak mampos!" ujar Qisya.

Pilihan Terakhir [COMPLETE]Where stories live. Discover now