SEPERTI yang telah dijanjikan oleh Qisya dan Safiya bahawa mereka akan mengadakan kelas tambahan untuk Jasmine pada hari ini.
"Mana Isya?" soal Qisya setelah menapak masuk ke ruang tamu.
"Isya ada di atas, kamu berdua pergi lah. Dia baru nak mandi tu" ujar Puan Elya.
Mereka berdua hanya mengangguk.
Setelah sampai di tingkat atas, dedaun pintu bilik milik Jasmine ditolak perlahan lalu melangkah masuk ke dalam.
"Eh?" terkejut Jasmine melihat Qisya dan Safiya berada di dalam biliknya.
"Apehal?" soal Qisya dengan sedikit kasar. Gangster sikit!
"Korang buat apa datang sini?" mana tak terkejutnya? Keluar dari bilik air tengok2 ada tetamu dalam bilik.
"Lah? Dah lupa ingatan dah?" ujar Qisya, sempat dia menjeling ke arah Jasmine.
"Kan harini kami janji nak ajar kau subject bahasa Inggeris, kau dah lupa?" ujar Safiya pula.
Lama Jasmine cuba mengingati sehingga dahinya berkerut hebat.
"OHHH! AKU DAH INGAT!" ujar Jasmine dengan separuh jerit.
Qisya dan Safiya hanya mampu menggelengkan kepala sahaja.
"Kau ok ke Min?" soal Safiya.
Dari tadi lagi dia menatap wajah pucat Jasmine. Dia tak sihat ke?
"Aku ok je kenapa?" santai sahaja Jasmine menjawab.
"Jangan tipu kami la, Min. Kau nampak tak sihat ni, kau demam ke?" ujar Safiya setelah tangannya naik merasai suhu di dahi Jasmine. Panas.
"Sikit aje ni, nanti makan ubat sihat lah" sekali lagi Jasmine menjawab dengan santai.
Eh eh dia ni, sakit buat la cara sakit!
"Dah2 kau pergi la pakai baju dulu. Takkan kau nak belajar sambil pakai tuala?" tegas sedikit suara Qisya.
"Kau pehal ni? Badmood eh? Asyik tinggikan suara aje" soal Jasmine.
Period ke perempuan ni?
"Maaf la, terEMO sikit hari ni. Sikit je la tapi..." ujar Qisya.
"Tapi apa?" soal Safiya. Boleh tak kalau nak cakap tu biar habis?
Qisya hanya mengendahkan sahaja soalan dari Safiya.
"Eyy kau ni kan..." belum sempat dia mahu menampar bahu Qisya, Qisya sudah melarikan diri dahulu.
Hari ini hari isnin. Pastilah ada perhimpunan rasmi. Banyak maklumat yang disampaikan oleh pengetua atau guru-guru.
"Assalamualaikum, Hi. Goodmorning everyone! Saya ingin sampaikan beberapa maklumat tentang sukan iaitu FUN RUN. Sekolah akan diakan aktiviti merentas desa. Merentas desa ini akan diadakan pada hari rabu pada minggu pertama hari persekolahan dibuka selepas raya. Semua pelajar wajib sertai aktiviti ini kecuali untuk pelajar yang mempunyai masalah kesihatan sahaja. Bayaran pendaftaran hanya RM 35 sahaja. Murid2 boleh mula membayar duit pemdaftaran ini kepada guru kelas masing2. Untuk info yang lain, saya akan sampaikan di dalam grup sekolah lah. Guru-guru sila forward kepada grup kelas masing2. Saya harapan maklumat yang saya sampaikan ini jelas. Itu sahaja dari saya, terima kasih." ujar Sir Vano.
Setelah selesai perhimpunan rasmi, semua murid dibenarkan naik ke kelas masing2.
"Min! Kau masuk tak Fun Run tu?" soal Qisya.
"Entah lah, aku dah lama tak lari ni. Kalau aku masuk, mesti sakit satu badan kan?" ujar Jasmine.
"Betul jugak tu. Beberapa hari sebelum sekolah nak buka, kita pratice berlari nak? Ala dekat taman2 rumah kau je." cadang Qisya.
"Boleh jugak tu" setuju Jasmine.
"Eh Isya!" panggil Qisya.
"Hm?"
"Kau perasan tak tadi, masa Sir bercakap kat depan, mata dia asyik pandang belah kau je." ujar Qisya.
"Dia pandang orang lain kot, kau ni pun" tidak percaya Jasmine.
"Siapa lagi murid yang Sir suka cari pasal kalau bukan dengan kau? Kalau ada pun, murid yang cari pasal dengan Sir tu. Kenapa dia suka cari padal dengan kau eh? Dia minat kau jugak ke?" ujar Qisya.
Tersentak Jasmine mendengar apa yang dikatakan oleh Qisya. Sir minat aku? Macam tak logik langsung! Ganggu aku ada lah!
Jasmine masih tidak menceritakan ke sesiapa lagi tentang kejadian malam itu. Biarlah dia seorang sahaja yang tahu. Mungkin satu hari nanti dia akan buka cerita juga. Tapi sekarang, bukan waktunya lagi.
"Eh kau ni, ada2 ja. Takde maknanya Sir nak minat dekat aku. Dia pun dah ada anak dengan isteri." ujar Jasmine.
"Apa2 je lah! Ni, latihan sejarah yang dalam modul tu kau dah buat?" soal Qisya.
"Alamak! Yang mana eh?"
"Haa lupa lagi!?" ni nak marah ni, semua lupa!
"Ohh yang bab 3 tu ke?" soal Jasmine.
"Ye lah! Mesti tak siap tu kalau lupa. Dah buat cepat! Nanti cikgu Tini bising plak" ujar Qisya.
TBC 🌹
Maaf bab ni pendek sikit, sebab saya kurang sihat 🙃.
YOU ARE READING
Pilihan Terakhir [COMPLETE]
Romance𝙑𝙖𝙣𝙤 𝘽𝙚𝙣𝙟𝙖𝙢𝙞𝙣 𝙃𝙖𝙧𝙞𝙨𝙨𝙤𝙣 𝙓 𝙅𝙖𝙨𝙢𝙞𝙣𝙚 𝘼𝙡𝙞𝙨𝙮𝙖 𝙈𝙖𝙝𝙖𝙧𝙖𝙣𝙞 Apabila hati sudah menyimpan satu nama, maka dialah orangnya. Jasmine Alisya Maharani sering mengusik ketenangannya. Setiap saat, pasti bayangan gadis itu men...