BAB 17 🌹

524 20 1
                                    

HARI ini, hari kedua Tuan Zaid dan Puan Elya ke luar negeri.

Jasmine mendengus kasar sebelum dia bangun dari katil dan menuju kearah pintu. Pintu biliknya dikuak kasar. Terpapar wajah Vano di hadapan biliknya.

"Nak apa?!"

Terangkat kedua-dua belah kening Vano apabila mendengar jerkahan dari Jasmine. Woo ii rileksss!

"Dah siap latihan yang abang bagi?" soal Vano sambil menjenguk sedikit kearah dalam. Buat apa diani?

'Tch! Abang? Abang?! Buwerkk apani?' geli Jasmine mendengar panggilan itu.

"Asal?" soal Vano lagi.

"Eh tak payah laa ber-abang abang bagai ni, geli laa..." ujarnya lalu menjeling tajam kearah Vano.

Terkekeh perlahan dia apabila melihat wajah Jasmine saat ini. Suka dia mengusik gadis itu.

"Habistu nak panggil apa? Hubby? Bby? Ke nak panggil....daddy? Hm?" soal Vano tidak bersalah.

Melopong luas mulut Jasmine. What the hell?! Ohh ini sudah melebih ni...

"Eiii itu lagi laa..." nak muntah dibuatnya.

Dengan cepat Jasmine menyerahkan kertas latihan yang telah diberikan oleh Vano tadi. Harap2 tiada jawapan yang salah. Doanya dalam hati.

Vano mengangguk dan dia mengernyitkan sebelah matanya kepada Jasmine sebelum dia mengorak langkah meninggalkan gadis itu.

"Erkk...."

JASMINE melangkah masuk ke ruang dapur. Dia melihat banyak barang yang telah dibeli oleh Bu Rita.

"Wah banyaknya barang? Nak buat kenduri ke?" soal Jasmine sambil membelek-belek plastik barang itu.

"Kata bapakmu itu, ada tetamu yang mau dateng. Baru aja dia nelpon Bu Rita sebentar tadi..." ujar Bu Rita sambil mengeluarkan barang-barang yang dibeli olehnya dari dalam plastik.

"Siapa yang nak datang?"

Bu Rita mengangkat bahunya tada tidak tahu. "Yahhh, gak tau sih"...

"Dia mana?" soal Jasmine lagi.

"Siapa? Dia? Siapa emang?"

Jasmine mengeluh. "Itu lohh, orang yang suka nyari ribut sama aku toh!"

"Ohh...anak yang namanya Vano tu yah?" soal Bu Rita kembali.

'Ya, elahh! Ibu ini emang yah? Sok-sok ann polosnya! Kok malah ditanya lagi sih?' Jasmine tersenyum paksa.

"Toh, di ruang tamu kayaknya..." Bu Rita menunjukkan kearah seorang lelaki yang sedang menatap laptopnya di ruang tamu.

Jasmine mengangguk perlahan. "Mau aku bantuin bu?"

"Gak usah, kamu pergi aja sana. Nih, bantuin ibu hantarin kopi buat nak Vano..." Bu Rita menghulurkan secawan kopi kearah aku.

Mahu tidak mahu aku menyambut hulurannya. "Baik..."

Dengan langkah yang malas, Jasmine mengorak langkah menuju kearahnya.

"Nah!" Jasmine meletakkan secawan kopi itu dengan sedikit kasar.

"Ikhlas ke ni?" soal Vano sambil menatap wajah Jasmine.

Jasmine mengigit kukunya. Alamak! Kalau tumpah kena laptop dia tadi macam mana? Habis lah aku...

"Ikhlas laa, terlepas tadi haa..." jawab Jasmine perlahan.

Vano memandang Jasmine atas bawah. Ada saja benda nak menjawab kan?

"Apa?!" soal Jasmine lalu ingin melangkah pergi.

Belum sempat Jasmine mahu mengangkat kaki untuk pergi. Segera Vano mencengkam lengan gadis itu.

Terduduk Jamsine di atas riba Vano. Terkejut beruk gadis itu. Mahu sahaja dia menjerit memanggil Bu Rita tetapi Bu Rita sudah lihat keadaan mereka!

"Ya ampun! Ini anak...kenapa sih? Kalo udah gak tahan, nikah aja sana!" ujar Bu Rita selamba.

Terbeliak biji mata Jasmine apabila mendengar jawapan Bu Rita. What?!

Tersenyum sinis Vano sekarang. Nampaknya, ada orang yang sudah menyebelahinya sekarang.

"Kenapa, sayang? Tak nak jadi isteri abang ke?..." usik Vano lagi.

Jasmine tidak memberontak, malah dia menolak kasar badan tegap milik Vano sebelum dia berlari pantas naik ke tingkat atas.

Vano tersenyum nakal.

Bu Rita hanya menggelengkan kepalanya sebelum dia menyambung kembali pekerjaannya.

JASMINE mengerutka dahinya. Aduh! Siapa pulak ni?

"Mama, siapa ni?" bisikku kearah Puan Elya.

Ya, Tuan Zaid dan Puan Elya baru sahaja pulang dari johor. Ceh! Kemarin kemain cakap lama lah, apa lah! Ini tau2 dah muncul depan pintu. Mesti ada apa-apa ni!

"Shuttt...diam jap! Tak baik menyampuk orang tua bercakap!" marah Puan Elya dalam nada berbisik.

Eh? Aku menyampuk? Aku bisik kan tadi? Kan kan!

Jasmine membuat muka menyampah apabila matanya secara tidak sengaja bertembung dengan pandangan Vano.

Aku kembali menatap seorang wanita yang berusia 50an tetapi tetap nampak muda. Berkulit putih, mempunyai bulu mata yang lentik. Paling penting warna mata dia, perhh cantik woo! Macam mat salleh! Eh?

Ya! Wanita tu macam dari luar negara. Muka dia tak nampak macam orang Malaysia. Tapi dia siapa?

"Aku minta maaf, kalau tiba-tiba cakap nak datang. Terpaksa kau balik awal pulak" ujar seorang lelaki yang juga berusia 50an.

Tetapi dia nampak macam orang Malaysia. Siapa diorang ni sebenarnya?

"Eh, kenapa nak kena minta maaf? Takde hal lah! Kita dah lama tak jumpa kan?" ujar Tuan Zaid. Sempat dia menjeling kearah anaknya.

"Cantik anak you, Elya. I tak sangka dia dah besar sekarang. Cantik macam you!" ujar wanita tua itu.

Puan Elya tersipu malu apabila dia dipuji. Heh! Tengok mak lah!

"Ada2 je lah you ni Karina."

Oh! Nama dia Karina... sesuai sangat. Cantik pulak tu! Mak mertua aku tu!

"So kau dah tahu hajat aku datang sini apa?" soal lelaki tua itu.

Tuan Zaid mengangguk sebelum dia memandang kearah Jasmine.

"Isya, ini kawan baik papa dari oversea. Mereka parents Vano." ujar Tuan Zaid.

Hampir tercekik aku dengan biji durian! What the fu-! Aku mula teringat apabila aku claim aunty Karina jadi mak mertua aku. Argh! Tarik balik!

"Ini nama dia aunty Karina, yang suami dia pula uncle Haris" kenalkan Tuan Zaid kepada anaknya.

Jasmine mengangguk perlahan. Dia tersenyum paksa pada uncle Haris dan aunty Karina.

"Isya..." panggil Tuan Zaid.

'Kenapa jantung aku laju ni? Oh no! Apa yang nak jadi ni?!' ujar Jasmine dalam hati.

"Vano akan jadi suami kamu lagi 2 minggu!" ujar Tuan Zaid selamba.




TBC 🌹

Pilihan Terakhir [COMPLETE]Where stories live. Discover now