SETIBANYA mereka di sekolah. Vano mencempung tubuh badan Jasmine dan dibawa ke bilik rawatan. Pandangan dari orang ramai dibiarkan. Dia sedar bahawa ramai murid perempuan sedang berbisik-bisik tentang Jasmine, cuma diendahkan sahaja.
Pintu bilik rawatan ditolak sedikit kasar. Tubuh badan Jasmine diletakkan perlahan di atas katil. Aircond dibuka. Kain kecil di dalam almari di ambil, lalu dibasahkan.
Rambut yang menutupi wajah cantik milik Jasmine di selitkan ke belakang telinga. Kain yang basah itu, dilapkan pada seluruh wajah Jasmine. Jasmine masih tidak sedarkan diri.
"Sayang, bila nak sedar ni? Hm?" serak basah suaranya. Matanya masih menatap wajah cantik Jasmine.
Kepala Jasmine diusap lembut. Ubun-ubun milik Jasmine dicium lama. Rambut Jasmine yang basah itu dipegang. Walaupun rambut itu basah, haruman bau shampoo yang dipakai oleh Jasmine tetap ada. Sangat lembut, dia suka.
"EHHH!"
Badan sasa milik Vano ditolak kuat oleh Jasmine tetapi masih tidak merubahkan kedudukan mereka saat ini. Kerana tenaga Jasmine hanyalah seperti anak kecil bagi Vano.
"Kenapa? Hm?" pandangannya masih tidak beralih daripada menatap mata cantik itu yang tidak berkelip memandangnya.
"Sir! Please get out of here! Nanti orang nampak!"
Heh, walaupun dia kurang mahir berbahasa Inggeris. Tidak mungkin dia tidak boleh berbicara dalam bahasa Inggeris.
"Takde orang yang akan berani masuk, sayang"
Wow! Yakinnya kamuu...
"Sir, saya merayu sangat2. Kalau ada orang masuk nanti, mesti diorang akan fikir yang bukan2" rayu Jasmine.
Tiba2, pintu bilik rawatan itu diketuk kuat dari luar. Itu membuatkan kedudukan mereka menjadi sedikit jauh. Vano bangun dan melangkah kearah pintu bilik itu.
Tombol itu dipulas perlahan, dan dibuka. Kelihatan ramai yang sedang sibuk untuk melihat kearah dalam. Ustaz Hadi terkejut melihat keberadaan lelaki itu.
"ASTAGFIRULLAH, apa yang kamu buat ni Sir Vano?" soal Ustaz Hadi yang masih memandang kearah Vano yang tampak tenang itu.
Wajah Jasmine jelas kelihatan takut saat itu. Kepalanya juga digeleng-geleng bagi tidak menimbulkan fitnah. Dia tidak berbuat apa2!
Setelah beberapa minit mereka berkeadaan begitu. Tuan Zaid dan Puan Elya segera datang menghampiri mereka. Segera Jasmine menerpa kearah Puan Elya.
"MAMA!" teresak-esak Jasmine nangis dibahu mamanya.
Tuan Zaid hanya memerhati sahaja anaknya yang sedang menangis dibahu isterinya itu. Satu keluhan dilepaskan. Matanya beralih pula pada wajah Vano yang sedang menatap lama kearah Jasmine.
"Ustaz, saya nak bercakap dengan Sir Vano sekejap? Boleh?" soal Tuan Zaid. Ustaz Hadi hanya mengangguk sahaja.
Tuan Zaid melangkah keluar dari bilik rawatan itu dan berjalan kearah ruang yang sedikit jauh dari ramai orang. Vano hanya mengikut sahaja langkah Tuan Zaid dari belakang.
"Abang-" belum sempat Vano mahu menerangkan, Tuan Zaid sudah memotong.
"Abang percayakan Aan." ujar Tuan Zaid lalu memandang kearah lantai.
Terkejut Vano apabila mendengar apa yang telah dikatakan oleh Tuan Zaid. Sungguh, dia tidak percaya. Ingatkan lelaki itu mahu menamparnya kerana telah membuat anaknya takut.
"Cuma, abang nak Aan cerita dari A sampai Z. Boleh?"
Vano hanya mengangguk perlahan. Tuan Zaid menepuk perlahan bahu Vano sebelum dia meninggalkan lelaki itu.
YOU ARE READING
Pilihan Terakhir [COMPLETE]
Romance𝙑𝙖𝙣𝙤 𝘽𝙚𝙣𝙟𝙖𝙢𝙞𝙣 𝙃𝙖𝙧𝙞𝙨𝙨𝙤𝙣 𝙓 𝙅𝙖𝙨𝙢𝙞𝙣𝙚 𝘼𝙡𝙞𝙨𝙮𝙖 𝙈𝙖𝙝𝙖𝙧𝙖𝙣𝙞 Apabila hati sudah menyimpan satu nama, maka dialah orangnya. Jasmine Alisya Maharani sering mengusik ketenangannya. Setiap saat, pasti bayangan gadis itu men...