BAB 1 🌹

1.5K 48 1
                                    

12 MAC 2024

Semua murid Tingkatan 5 kini berjalan menuju ke kelas masing-masing setelah berakhirnya program yang telah diadakan di dewan sebentar tadi. Ramai murid yang tidak bermaya pada pagi ini dan ada juga yang bersemangat. Puasa di hari pertama memang banyak dugaan. Tetapi bulan puasa ini juga adalah satu peluang yang besar untuk kita memperbaiki diri.

"WEHHHH KORANGG!!!"

Seperti kilat dia memasuki ruang kelas itu. Semua mata memandang kearah suara itu.

"Kau lari-lari ni tak puasa erk?" Ujar Jasmine menatap tajam kearah kawan baiknya.

"Aku puasa lah!" Qisya merengus kasar apabila mendengar soalan dari kawan baiknya itu. Kita puasa ok!

"Ni aku ada benda nak bagitahu korang!" Ujar Qisya sambil mengorak langkah mendekati kawan-kawannya.

"Ha apa benda yang penting sangat tu?" Soal Fatiha.

"Sir Vano yang ajar kita Bahasa Inggeris tahun ni!" Ujar Qisya dengan teruja lalu memandang kawan baiknya itu.

Jasmine merasa diri seperti diperhati. Terus pandangan dialih kearah Qisya.

"Amende kau?"

Qisya tersengih.

"Aku tahu kau minat Sir dah lama. Suka la tu kan bila Sir mengajar kita balik!" Ujar Qisya membuatkan semua orang disitu melepaskan tawa.

Ya, mereka satu kelas memang sudah tahu tentang Jasmine yang sudah lama jatuh minat kepada lelaki itu. Tetapi tidak lebih, kerana lelaki itu sudah mempunyai isteri.

"Dia mengajar kita balik?" Soal Safiya.

"Yup, dia mengajar kita balik tahun ni. Aku dengar cikgu-cikgu berbual dekat pejabat tadi. Diorang cakap Sir Vano yang akan ambil alih kelas 5 Mawar. So, aku macam 'eh tu bukan kelas aku ke?' Sebab tu aku kelam kabut bagitahu korang, hehe" Terang Qisya kepada kawan-kawannya.

Semua hanya mengangguk tanda faham.

"Sekarang subject apa?" Soal Qisya.

"Sekarang subject Matematik"

"HAAA??? Serius lah?!" Terkejut semua apabila mendengar Qisya menjerit.

Perempuan ni kalau tak jerit, tak boleh ke?

"Alamak! Aku lupa hantar video projek tu dekat cikgu! Habis la aku..."

Jasmine cuba untuk menahan diri daripada ketawa.

"Kau nak gelak, gelak je la!" Qisya menjeling kawannya itu.

"Hihi maap kawang!"







"Terima kasih Lin sebab bagi aku ambil alih kelas 5 mawar tahun ni" Ujar Vano pada rakan sekerjanya.

Ralin hanya tersenyum kepada Vano. Dia sudah menganggap Vano seperti abangnya sendiri, kerana lelaki itu banyak menolongnya.

"Sama-sama, aku buat semua ni sebab kau tau. Tapi, kau kena hati-hati. Kelas 5 mawar tu ramai yang cantik-cantik muridnya" sengaja Ralin mengusik lelaki itu.

"Ye aku tahu, dan kau pun tahu aku tak tertarik dengan sesiapa kecuali dia?" Ujar Vano.

Ya, Ralin sudah mengetahui bahawa lelaki itu sudah jatuh minat dengan seorang muridnya. Tetapi dia siapa yang mahu menghalang.

Pilihan Terakhir [COMPLETE]Where stories live. Discover now