BAB 15 🌹

617 29 1
                                    

"SERIOUS lah? Kenapa korang gaduh?" soal Adrian ingin tahu.

Vano mengeluh perlahan sebelum dia melabuhkan punggung di kerusi kerja miliknya.

"Dia ada jantan lain..." ujar Vano perlahan tetapi masih dapat didengari oleh Adrian.

"Jantan lain? Biar betul? Bukan dulu sebelum korang nikah, dia dah bagitahu yang dia dah berubah? Diri dia yang dulu datang balik?" bukan dia tidak kenal dengan wanita yang bernama Syakila Izara itu.

Mereka pernah menyambung pelajaran bersama-sama di Universiti yang sama ketika dahulu. Sudah pasti dia mengetahui sifat dan perangai wanita itu.

"Dia cakap apa dekat kau?" soal Adrian lalu turut melabuhkan punggung di kerusi kosong itu.

"Dia cakap, dia tak pernah cintakan aku. Dia bertahan sebelum ni pun hanya disebabkan duit semata-mata."

Terbelalak mata Adrian apabila mendengar kenyataan itu. Sungguh dia tidak percaya. Dia fikir wanita itu sudah betul-betul berubah, ternyata tidak sama sekali.

"Tapi ada lagi satu benda buatkan dia tak suka pada aku..." ujar Vano yang mahu berterus terang tentang hatinya.

Adrian seperti sudah tahu apa yang sedang difikirkan oleh lelaki itu. Kepalanya diangguk-angguk perlahan.

"Kau masih menunggu si dia?" soal Adrian. Dia pasti itu benar!

Adrian memandang tepat ke arah wajah Vano. Terdapat sinar bahagia di dalam anak matanya. Sah! Lelaki ini sedang mabuk cinta!

"Kau biar betul ni? Dia sekolah sini kan? Anak murid kau sendiri kan?"

Vano tersenyum mendengar soalan dari Adrian. Dia mengangguk sebelum dia mengambil fail-fail kerjanya.

"Dia masih budak lagi An! Kau agak2 laa. Kau memang betul2 nakkan dia ke?" dia agak sukar untuk mempercayai itu.

"Kau dah fikir masak-masak?" soal Adrian lagi.

"Aku rasa bahagia sangat kalau dengan dia. Kau tak faham la..." ujar Vano perlahan tanpa memandang kearah Adrian.

"Jadi kau nak cakap yang sebelum ni kau tak bahagia lah?" sinis sahaja muka Adrian.

"Bukan macam  tu... eh kau ni memang takde kelas ke ha?" soal Vano.

"Aku takde kelas sekarang..." jawab Adrian dengan yakin.

Tak sampai beberapa saat Adrian jawab. Kelihatan seorang murid lelaki datang menghampiri mereka.

"Assalamualaikum, Sir Adrian! Sir mengajar kelas 5 Muslim kan?" soal budal lelaki itu dengan penuh ramah.

"Waalaikumsalam,Yes! Saya mengajar kelas awak. By the way, siapa yang beritahu pada awak yang saya guru BI awak?" soal Adrian. Setahu dia baru sahaja dia masuk ke sekolah ini pada pagi tadi.

Tidak sempat pengetua mahu berucap di perhimpunan dan memperkenalkan dia sebagai guru baharu di sekolah ini kerana mempunyai urusan secara mendadak.

"Cikgu Azrul bagi tahu" jawab budak lelaki itu.

Adrian hanya mengangguk tanda faham sebelum dia kembali menatap budak lelaki itu.

Pilihan Terakhir [COMPLETE]Where stories live. Discover now