"YOU gilakan budak mentah tu kan..."
Tiada respon. Riak wajahnya juga tampak biasa. Seolah-olah dia tidak kisah dengan semua itu.
"You jangan ingat i bodoh lah! I nampak semuanya. Waktu di rumah Tuan Zaid haritu, you cuba nak ambil kesempatan atas dia kan?"
Vano hanya membiarkan sahaja isterinya itu bicara.
"Kalau you boleh buat macam tu, i pun boleh buat lebih lagi lah!" berani dia menolak kasar tubuh tegap suaminya itu sehingga terdorong sedikit dirinya ke belakang.
Vano mengetap rahangnya, menahan perasaan marah yang sedang membakar dirinya saat ini.
Syakila melangkah keluar dari bilik serta mengambil kunci kereta miliknya sebelum dia menghempas pintu bilik dengan kuat sekali.
Dia gelak sinis lalu meraup kasar wajahnya. Dia menolak isian pipinya dengan lidah. Nafas juga cuba diatur. Punggung dihenyakkan di birai katil. Rambut di genggam kuat.
Lamunannya terhenti di kala mendengar ketukan pintu dari luar. Segera kakinya di bawa menuju ke pintu lalu tombol pintu dipulas buka.
Kelihatan Zayian di hadapan muka pintu bersama lego yang berada kemas di tangannya.
Tubuh anaknya itu di tarik lembut sebelum dimasukkan ke dalam pelukkannya. Rambut anak itu diusap lembut dan diberikan satu ciuman di ubun-ubun kepala milik anak itu.
Zayian mendongak keatas dan menatap lekat papanya. "Papa, are u okey?" ujar Zayian yang sudah lancar bercakap.
Tersenyum sang bapa apabila melihat anaknya mulai tumbuh membesar. Sudah lancar bercakap.
"Papa ok. Ian dah makan?" soal Vano.
Melihat gelenggan dari anaknya itu, kembali dia merasa dirinya di serang amarah semula.
"Mama tak bagi makan ke?" soal Vano lagi.
"Tak, mama tidur je dari tadi" ujar Zayian perlahan.
Ini dah melampau! Kalau marah pada dia, jangan libatkan anak! Ibu jenis apa dia ni?
"Takpe, kalau macam tu... bagi papa mandi dulu, lepastu teman papa masak kat dapur. Ok? Lepastu, kita makan sama2"
Laju sahaja anak itu mengangguk. Dia berlari keluar ke ruang tamu untuk menyambung menyusun lego-legonya.
Vano menghela nafas kasar sebelum dirinya di bawa masuk ke dalam kamar mandi untuk membersihkan diri.
Puan Elya mengetuk pintu bilik anaknya dan memberitahu bahawa Tuan Zaid meminta dirinya untuk turun ke ruang tamu sebentar.
"Ada apa pa?"
Takut dia apabila Tuan Zaid menatap tajam kearahnya. Apa yang sudah jadi ni? Dia ada buat salah kah?
"Kenapa Isya tak pernah bagitahu pada papa yang Isya lemah subject BI?" ujar Tuan Zaid.
"Err..." panik Jasmine. Dia bukan tak nak bagitahu. Cuma, dia takut kena bebel!
"Apa? Isya tahu kan subject tu pun penting?"
"Tahu..." jari jemarinya dimainkan di hujung baju.
"Papa tak kira, nak taknak Isya kena ikut cakap papa!" ujar Tuan Zaid.
Jasmine mengangkat wajahnya dan menatap Tuan Zaid. Berkerut dahinya tanda tidak faham.
"Ha? Apadia?"
"Papa akan upah guru private untuk Isya dan adakan kelas tambahan untuk Isya."
"WHAT!?" penuh ruang tamu itu dengan jeritannya.
"Sapa suruh tak nak belajar betul-betul? Ha hadap lah!" selamba Tuan Zaid berkata.
Mana dia tidak marah, kalau anaknya itu sering menghantar kertas suci apabila tamat peperiksaan. Yang paling wajib ditinggalkan ialah kertas 2 di bahagian esei.
"Ala paa, takkan lah weekend pun ada kelas? Isya penat lah asyik belajar aje. Nak jugak cuti, hmm..."
"Isya, wake up! Tahun ni nak SPM kan? Jangan buat leka, benda ni penting!" tegas suara Tuan Zaid.
Jasmine mengeluh perlahan. Kepalanya diangguk lemah.
"Yerla, baik pa."
"Dah, pergi masuk tidur!"
Lengannya ditarik kasar oleh seseorang sehingga membuatkan dia tidak bisa mengimbangkan diri. Dia hampir sahaja terjatuh, namun dirinya sempat ditahan.
"Sir! Kenapa tarik saya?!" jerit Jasmine sebelum mulutnya ditutup kemas oleh Vano dengan menggunakan tangan kasarnya.
"Papa awak dah bagitahu?" soal Vano secara tiba-tiba.
"Bagitahu apa?"
"Saya akan jadi guru private awak, minggu depan." beritahu Vano.
Bukan kali kedua dia terkejut, malah kali ketiga! Dia kira guru dari luar yang akan mengajarnya. Ternyata lelaki ini!
"Sumpah lah?" soal Jasmine seakan tidak percaya.
"Takkan saya nak tipu awak. Tak percaya? Tanya papa awak sendiri. Dia sendiri yang minta saya ajar awak." ujar Vano.
Dia juga terkejut apabila menerima panggilan dari abang angkatnya itu. Bahawa Tuan Zaid meminta dirinya untuk menjadi guru private Jasmine. Hatinya bersorak gembira apabila mendapat peluang untuk bersama gadis kesayangannya pada hujung minggu. Dia akan pastikan Jasmine akan menerimanya dengan cara ini.
"Saya nak masuk kelas dulu!" belum sempat Vano mahu membalas, Jasmine sudah melangkah pergi.
Vano melangkah masuk ke dalam bilik kerjanya. Dia di sapa oleh guru muda yang baru sahaja masuk di sekolah ini.
"Vano?" sapa Adrian, guru baru itu.
"Ad! Kau masuk bila ni?" mereka berjabat tangan.
"Pagi tadi, kau yang lambat masuk harini." ujar Adrian Luthfan merupakan sahabat lama Vano. Masih single tau!
"Takpe bukan biasa, lagipun minggu ni kan last aku mengajar di sini" ujar Vano.
"Tahu, cikgu Azrul ada bagitahu aku tadi yang kau last mengajar minggu ni. Lepasni kau nak ke mana?" soal Adrian.
"Aku akan ambil alih syarikat arwah papa aku, sebelum ni sepupu aku yang tolong uruskan sementara saja. Jadi sekarang, biarlah aku yang uruskan pula. Kesian dia banyak kerja nak dibuat."
Dulu bukan dia tidak mahu uruskan syarikat itu. Cuma, dia mempunyai cita-citanya sendiri iaitu menjadi seorang guru. Namun sekarang, dia sudah sedar bahawa dia perlu uruskan syarikat itu sendiri. Itu adalah amanah daripada arwah bapanya.
"Baguslah kalau macam tu, ambil suasana baru pulak ye?" ujar Adrian lalu menepuk perlahan bahu Vano.
"Eh kau apa cita? Berapa orang anak dah?" soal Adrian lagi.
Terbit senyuman pahit di bibir lelaki itu.
"Anak aku sorang tu je, si Ian. Aku dengan Syakila dah tak macam dulu yang kau tahu. Kami banyak bergaduh je sekarang..." ujar Vano perlahan.
"Serious lah? Kenapa korang gaduh?" soal Adrian ingin tahu.
TBC 🌹
YOU ARE READING
Pilihan Terakhir [COMPLETE]
Romance𝙑𝙖𝙣𝙤 𝘽𝙚𝙣𝙟𝙖𝙢𝙞𝙣 𝙃𝙖𝙧𝙞𝙨𝙨𝙤𝙣 𝙓 𝙅𝙖𝙨𝙢𝙞𝙣𝙚 𝘼𝙡𝙞𝙨𝙮𝙖 𝙈𝙖𝙝𝙖𝙧𝙖𝙣𝙞 Apabila hati sudah menyimpan satu nama, maka dialah orangnya. Jasmine Alisya Maharani sering mengusik ketenangannya. Setiap saat, pasti bayangan gadis itu men...