Raya Edition!!!💋💋

217 3 10
                                    

Tahun ini merupakan tahun pertama mereka menyambut raya bersama. Baik Sofia dan Helmi, ataupun Airen dan Aiman serta Afikah dan Afiq. Masing-masing dah ada partner raya..

"Lately ni busy kan?" Soal Helmi kepada Sofia. Mereka baru saja pulang ke rumah selepas sehari suntuk di mahkamah melaksanakan tugas mereka sebagai seorang peguam.

"Humm.. sampai bila kita boleh tahan kerja ni?" Soalan Helmi dibalas dengan soalan Sofia.

"Sayang, abang yakin sayang boleh bertahan dengan kerja ni." Kata Helmi lalu meraih tangan kanan Sofia lalu menciumnya.

"Lagipun, ini impian sayang kan?" Kata Helmi lagi.

Mungkin disebabkan kandungannya, Sofia sering berasa penat. Tidak semestinya sebelum ini dia tidak rasa begitu, tetapi sejak dia berbadan dua ini, kepenatan itu lebih terasa berbanding sebelum ini.

"Untuk hilangkan kepenatan sayang abang ni, besok kita pergi shopping nak? Kita beli barang-barang untuk raya nanti." Sofia yang kelihatan penat tadi tiba-tiba menjadi segar.

Perempuan dan shopping mana boleh dipisahkan.

"Tak nak besok, nak hari ni. Sekarang!!" Kata Sofia. Helmi hanya mampu menggelengkan kepalanya selepas melihat gelagat isterinya itu.

"Mana boleh, sekarang malam sayang. Mana ada kedai bukak malam-malam buta ni, kalau adapun mamak jela." Kata Helmi. 

"Humm, kalau macam tu, awak belikan ayam goreng mamak untuk saya. Awak kata kedai mamak buka kan? Saya nak 5 ekor." Helmi menghela nafas dalam. Apa sajalah, janji bukan pergi shopping.

"Dengan syarat. Syaratnya ialah bila abang dah balik, abang nak tengok yang sayang dah mandi, dah bersih dan wangi." Sofia mengangguk. Sebelum Helmi keluar untuk mencari ayam goreng mamak untuk Sofia, dia terlebih dahulu mengusap kepala isterinya itu.

--

Seperti yang dijanjikan, Helmi membawa Sofia membeli-belah sempena hari raya Aidilfitri yang hampir tiba.

"Apa tema baju raya kita?" Soal Helmi sambil membelek-belek baju di kedai pakaian itu.

"Abang rasa?" Soalan Helmi dibalas kembali dengan soalan Sofia.

"Abang tak boleh merasa sebab tu abang tanya sayang. So, apa tema baju raya kita?" Helmi menyoal soalan yang sama.

"Kita pakai warna mint green lah! Abang rasa ok tak kalau kita pakai warna tu?" Helmi mengangguk. Mereka mula mencari baju yang menepati citarasa mereka atau lebih tepat, citarasa Sofia.

"Lepastu abang, sayang dah lama teringin nak pakai warna navy blue. Kita beli jugak boleh?" Soal Sofia. Helmi hanya melayankan saja isterinya itu.

Hari ini, Sofia dan Helmi berbuka puasa di luar saja. Restoran yang berdekatan dengan pusat beli belah tadi menjadi pilihan mereka. Sedang mereka duduk untuk menunggu pelayan, satu wanita bersama pasangannya yang mungkin lebih muda daripada mereka datang ke arah meja mereka lalu berkata,

"Yayang, I craving nak berbuka puasa dengan lelaki tu." Kata wanita itu lalu menghalakan jari telunjuknya ke arah Helmi. Sofia yang mendengar itu, mustahil tidak panas hati mendengarnya.

"Ermm awak, boleh tak bagi isteri saya ni makan dengan suami awak? Dia tengah pregnant, kesian kalau kita tak ikut apa yang dia mengidam." Kata lelaki yang merangkap pasangan kepada wanita tadi.

"Boleh eh you? Sekejaaaaap je. Lagipun bukan I yang nak. Baby dalam perut ni yang nak." Wanita itu mengusap perutnya. Helmi yang mulanya malas ingin masuk campur terus mengangkat muka melihat pasangan itu.

"Lain macam betul eh craving bini kau ni?" Soal Helmi lalu dia datang mendekati pasangan tadi.

"Hehe, dia memang macam tu. Kalau dia mengidam, dia memang mengidam perkara yang pelik." Kata lelaki itu.

MY SENIORWhere stories live. Discover now