Bab 8

45 4 0
                                    

Sofia memulakan harinya pagi itu dengan niat untuk mengelak sebarang pertemuan dengan Emir dan komunikasi secara professional sahaja. Hanya dengan membayangkan pertemuan antara mereka menimbulkan ribut emosi dalam dirinya dan membangkitkan kenangan yang sudah lama terkubur.

Walaupun Sofia memutuskan untuk mengelak daripada Emir. Nasib tidak menyebelahinya  apabila Encik Samat mendesaknya ke pejabat LHKK untuk memeriksa penempatan perabot. Tugasan itu memerlukan dia untuk berada di sana.

"Bos, bukan Cik Usop dah ke sana? Dia lagi pandai bab susunan perabot dari saya," ujarnya cuba mengelak.

"Betul. Saya setuju yang itu. Tapi ini berkenaan perabot perpustakaan. Tuan Emir sungguh-sungguh nak bantuan daripada kita," jawab Encik Samat dengan bersahaja.

Dalam keadaan paksa rela, Sofia mendapati dirinya memandu menuju ke LHKK ditemani Alvin. Sebaik sahaja mereka tiba di situ, Sofia dan Alvin bertembung dengan Emir di pintu masuk utama. Kehadiran Emir menyebabkan detak jantung Sofia berdebar kencang.

"Morning tuan," sapa Alvin sambil menghulurkan tangannya hendak bersalaman.

Tangan Alvin disambut. Emir paksa senyum. Melanie yang berada di sana menegur Emir.

"Bos, okay tak ni? Kenapa bibir bos ni terketar-ketar? Bibir bos sakit ke?" Melanie merenung muka Emir.

Emir berdehem. Matanya mencerlung memandang wajah Melanie. Lekas-lekas Melanie menundukkan kepalanya.

"Selamat pagi tuan. Bos kata nak periksa kedudukan rak-rak buku," Sofia berbicara dengan bersahaja.

"Mel, kenalkan ini Puan Sofia. Dia yang akan bantu kita berkaitan perpustakaan. Bolehlah ajak dia tengok setiap tingkat," arah Emir

"Boleh bos," Melanie membuat gaya tabik ke arah Emir.

"Jom Puan," Sofia terus mengekori langkah wanita itu.

"Tak payahlah panggil saya puan. Panggil Sofi aje," Sofia senyum.

"Okay, jom ikut akak!" Melanie merangkul tangan Sofia.

Sofia memastikan setiap perabot diletakkan dengan betul mengikut pelan yang telah disediakan pengurusan hotel. Selain itu, Sofia dan Melanie juga perlu membuat catatan tentang sebarang kekurangan atau kerosakan yang dikesan pada perabot untuk diambil tindakan selanjutnya.

"Yang ni macam tak ada book stand. Masa beli perabot ni memang dia tak bagi cukup-cukup?" soal Sofia.

"Iyalah Sofia. Semua rak ada yang ini aje kosong. Tak apa, nanti akak maklumkan semula dengan pembekal,"

"Rak yang jenis build in sekali dengan sofa ini rasanya boleh masukkan dalam bilik. Rak tinggi dalam bilik tu boleh dikeluarkan," cadang Sofia.

Melanie menulis sesuatu di skrin ipad miliknya. "Okay... Done!" Melanie menaikkan kedua ibu jarinya tanda bagus.

"Sorry tau kak kalau Sofi banyak complaint. Bos Sofi suruh betulkan semua," Sofia mengipas mukanya dengan tangan.

"Okay aje. Memang ini tugas akak setiap hari,"

Usai urusan itu, Sofia menapak ke luar bangunan. Yusoff dan Alvin bersama beberapa pelajar sedang sibuk memyiapkan mural.

"Faizal, jom ganti dengan saya. Saya nak mengecat yang tu," Sofia memegang tangga sambil menunjukkan lukisan yang sedang dicat Faizal.

Faizal tanpa bantahan segera  turun den menyerahkan berus cat tadi pada Sofia. Perlahan dia memanjat tangga tetapi Sofia tersalah langkah menyebabkan dia hilang keseimbangan. Degupan jantungnya seakan terhenti apabila dia terjatuh tetapi sebelum sempat dia sampai ke lantai. Tindakan refleks Alvin sempat menyelamatkannya. Sorakan dan tepukan dari beberapa orang pelajar menarik perhatian Emir.

Tak kan Pernah AdaWhere stories live. Discover now