Sebulan kemudian...
nafasnya dihela sambil matanya mengarah memandang ke arah laut yang terbentang luas dihadapannya itu..
sudah agak lama ia duduk disitu, tetap saja tubuhnya itu tidak mahu berganjak pergi dari situ.
deruan ombak yang menghempas pantai itu menyapa pendengarannya, ia menarik nafas sambil menutup matanya perlahan-lahan.
sesaat kemudian kelopak matanya dibuka perlahan-lahan..
sambil menghela nafas, ia memandang sekelilingnya..
Kelihatan tidak jauh darinya ada beberapa anak-anak kecil sedang bermain pasir, ada pula yang sedang berlari-lari
bibirnya mulai mengukir senyuman, melihat anak-anak itu sedang sibuk bermain..
Nafasnya dihela sekali lagi, pandangannya dialih memandang semula ke arah laut itu.
Sudah genap sebulan ia tinggal bersama-sama dengan Aurora dan sudah genap sebulan juga ia langsung tidak bertemu dengan Ali..
nafasnya dihela sekali lagi,
"awak pergi mana? mesej tak, call pun tak.. awak baik-baik je kan kat sana Ali?" soalnya sendiri sambil memandang gambar Ali yang ada dalam skrin telefonnya itu.
"dalam sebulan ni, saya ada banyak benda nak cerita kat awak tau.. awak nak tahu? Zara sekarang dah banyak berubah dia dah tak macam dulu lagi sekarang kitorang dah kerap keluar, keluar makan keluar jalan-jalan..
tapi tulah walaupun Zara dah berubah macam tu, Tia masih tak percayakan dia dan Tia selalu ingatkan saya untuk sentiasa hati-hati dengan Zara saya pun tak tahu apa benda lagi yang Tia nampak yang tak baik dengan Zara tu.." nafasnya dihela perlahan.
"sampai Alice sendiri pun tiap hari tanya saya, tanya Aurora, tanya Charles awak kat mana? bila awak nak balik?.. sampai saya sendiri pun tak tahu nak jawab apa lagi kat Alice.. terkadang hati saya pun soal benda yang sama juga.. bila awak nak balik?" katanya perlahan
"saya rindu awak Ali.. rindu sangat-sangat.. saya harap awak dalam keadaan yang baik, dan berharap kerja awak cepatlah siap kat sana.." sambungnya perlahan sambil menutup matanya.
Jeda.
Dup!? jantungnya mulai berdegup laju
Ali yang sedang duduk berehat sambil memasak mi segera itu, lantas meletakkan tangannya perlahan di dadanya..
Nafasnya dihela perlahan.. kepalanya pula didonggak memandang ke arah langit..
"orang tua-tua cakap kalau tiba-tiba jantung tu berdegup laju.. maksudnya ada orang yang terdekat rindu dengan aku? hmm.. takkan abang? Aurora? eh mustahil, paling tidak pun Alice.. anak buah uncle li rindu uncle li erk?" gumannya sambil tersenyum.
Mi segeranya yang baru saja siap dimasak itu, ditiup lalu disuakan ke dalam mulutnya perlahan.
sambil mulutnya mengunyah, benaknya teringat sesuatu..
"sweety?" sebutnya perlahan. mi segera itu diletak semula keatas meja
sambil tersenyum, ia memandang ke arah langit semula..
"awak rindu saya erk? saya pun rinduu.. awak sangat-sangat!" katanya sambil menyuakan semula mi segera itu kedalam mulut.
sudah hampir seharian ia berkerja hari ini, sekarang dia nak topup tenaga sikit malam nanti Ian mesti masak special untuk diaorang semua..
🌼🌼🌼 (06:00 PM)
"bila perempuan ni nak masuk kerja? dah sebulan tau berlalu" soal lelaki itu tegas.
![](https://img.wattpad.com/cover/360602921-288-k588214.jpg)
YOU ARE READING
HER LOVE STORY
RomanceAli Dean Xavier berkeperibadian yang suka bergurau, nakal, baik dan mempunyai macam-macam cara untuk kenakan orang jahat dengan idea bernasnya itu. Walaupun perangainya seperti itu, mod tegas dan serius masih ada dalam dirinya tambah-tambah lagi, b...