bahagian 33 🌼

22 1 0
                                    

"Selamat pagi tuan!" Ucap mereka sambil memberi tabik hormat kepadanya.

"Selamat pagi dan silakan duduk." Jawabnya sambil memandang semua anggota yang ada dihadapannya itu.

sesaat kemudian nafasnya dihela perlahan.

"setelah sekian lama menunggu hasil risikan daripada team perisik akhirnya maklumat itu kini berada ditangan saya." Katanya sambil memancarkan maklumat itu pada skrin LCD.

"Berikut adalah hasil risikan daripada dua team perisik. Ini adalah Marvel Joshua yang ni pula Aiden Joshua orang yang sama cuma indentiti yang berbeza.

kedua-dua indentiti ni ada sifat yang berbeza, Aiden Joshua dikenali dengan sifat baik, suka menolong dan sewaktu dengannya. Manakala Marvel Joshua pula dikenal dengan sifat yang panas baran bahkan dia sanggup buat apa saja untuk dapatkan apa yang dia nak atau bunuh orang yang dia tak suka lebih- lebih lagi orang yang khianati dia.

berdasarkan hasil risikan lelaki ni merupakan suspek utama yang kita nak tangkap dan hal ini sah setelah saya mendapat maklumat daripada satu team perisik lagi berkenaan dengan lelaki ni" Ujarnya.

"so baru-baru ni saya telah memberi arahan pada alpha bersama dengan team untuk memerhati gadis ini selama seminggu dan hasil pemerhatian mendapati bahawa gadis ini juga adalah salah satu suspek yang bersubahat dengan lelaki ni" tambahnya sambil memaparkan gambar gadis itu.

"setelah tempoh pemerhatian itu selesai dan saya juga mendapat beberapa maklumat daripada SIRI akhirnya team kita bersama dengan anggota polis yang lainnya berjaya menyerbu beberapa club malam yang ada dibawa naungan 'M' dan sekaligus berjaya membongkar sisi gelap perusahaan itu.

tahniah! saya ucapkan kepada barisan anggota kita bermula dari komando Alpha dan seterusnya pada kamu semua yang telah berkerja keras memberi kerjasama yang telus kepada semua anggota polis PDRM."

"Dan terlebih juga kepada ejen rahsia kita iaitu SIRI tanpa dia segala tindak tinduk 'M' kita takkan dapat tahu. Oleh itu, saya dengan senang hati ingin memperkenalkan pada kamu semua ejen rahsia kita iaitu SIRI.

Ini dia Left. Trisha atau lebih dikenali sebagai SIRI yang telah banyak membantu kita dalam penyaluran maklumat sulit sepanjang berkerja dibawah syarikat Aiden Joshua" Ujarnya sambil mempelawa gadis itu untuk berdiri.

Semua orang yang ada di dalam bilik itu bertepuk tangan..

Nafasnya dihela perlahan matanya pulak disorot memandang kearah Ahcong dan Sim yang sedang memandangnya sama.

"korang ni dah kenapa?" soal Kim. Dahinya dikerut memandang wajah dua kera itu.

"takdelah.. kitorang cuba membayangkan masa depan kau" jawab Ahcong

"ah masa depan? masa depan apa pula ni?" soal Kim.

"masa depan kau dengan dia.." jawab Sim sambil mulutnya dimuncung menunjuk ke arah gadis itu.

"ceh lambat lagi.." cebik kim.

"benda ni lah yang kitorang tak berapa nak suka dengan kau selalu cakap macam tu!" cebik Ahcong.

"lah emosi pulak.." ujar kim sambil tertawa kecil.

Kini pandangannya dialih semula memandang ke hadapan.

sambil-sambil mendengar bebelan tuan Galbert itu matanya mulai berkerja memandang sekeliling tempat itu.

Pandang punya pandang tidak sedar retina matanya bertemu dengan retina mata gadis itu..

lantas saja Kim menutup matanya sambil menggelengkan kepalanya perlahan.

"kau dah kenapa bro?" soal Ahcong

HER LOVE STORYWhere stories live. Discover now