"mama?" panggil Alice sambil mencari keberadaan ibunya itu didapur.
"ya baby?" sahutnya sambil memandang kearah suara itu.
"mama papa tak balik lagi ke?" soal Alice sambil duduk diatas kerusi meja makan itu.
"mm papa tak balik malam ni, papa cakap papa nak tolong Uncle li untuk selamatkan semua mangsa yang ditangkap oleh orang-orang jahat tu" jawab Aurora sambil tersenyum memandang ke arah Alice.
"Ouh maksudnya nanti Uncle li balik dengan papa lah kan? oh ya dengan kaka tha juga kan?" soalnya.
"Yap.. tugas kita sekarang doakan keselamatan papa, uncle li, kaka Tha dan semua anggota polis yang terlibat okay.." ujar Aurora
"okay mama.." jawab Alice sambil tersenyum memandang Aurora.
"good girl" katanya sambil tersenyum, kepala Alice itu diusap lembut.
🌼🌼🌼
"Tuan?" panggil Charles perlahan.
"hm.. macam mana?" soal Galbert sambil memandang kearah Charles.
"saya, Kim dan Garuda dah buat tinjauan lokasi sekitar sini tadi tuan. Setakat ni semua aman dan tempat ni sesuai untuk kita semua bersiap" Ujarnya sambil memandang kearah Galbert.
"baik. Semua anggota boleh mendirikan khemah disini kita akan berhenti berehat seketika kemudian tepat jam 8 malam nanti saya minta untuk semua datang berkumpul disini semula faham?" soalnya.
"Faham tuan!" jawab mereka semua serentak.
Jeda.
"macam mana tinjauan kamu di pelabuhan tadi ada benda mencurigakan tak?" soal Joshua sambil memandang ke arah Sein.
"setakat tadi takde lagi bos.." jawabnya.
nafasnya dihela perlahan.
"kita kena bersiap Sein. Pegawai polis tu bagitau aku tadi ada beberapa team anggota mereka yang takde kat markas. So maknanya mereka dah bertindak secara senyap-senyap tanpa pengetahuan lelaki tu!" ujarnya sambil memandang ke luar tingkap itu.
"baik bos.." jawabnya.
"Dan bagitau semua orang-orang kita untuk siap sedia pertempuran akan berlaku pada bila-bila masa saja."
"baik bos" jawabnya lagi.
"Sein?" panggilnya.
"ya bos?" sahutnya.
"aku dah tukar plan aku pasal perempuan tu.. aku nak kau bawa dia masuk dalam sini" arahnya sambil tersenyum sinis.
pandangannya dialih memandang ke arah lelaki itu sambil bibirnya terus mengukir senyuman sinis.
"dan aku nak kau bawak sekali lelaki bernama Jimi tu.."
"kenapa dengan dia bos? bos syak dia dah khianati bos ke?" soal Sein
"Sein kau dah berapa lama dengan aku hm? Jimi tu nampak je lurus bendul tapi otak dia berisi.. hm dua orang ni aku akan jadikan tebusan dan bawa lari dari sini kemudian aku akan bunuh mereka dan buang dalam gaung.." Ujarnya sinis.
"oh ya aku lupa nak selitkan lelaki hero tu juga.. aku nak kau bagi surat ugutan pada lelaki tu dan biarkan dia masuk sini untuk cari perempuan tu sendiri. lelaki tu masuk je dalam sini aku nak kau bunuh lelaki tu dari belakang faham?" soal Joshua.
"faham bos.."
"hmm bagus.. aku suka dengan pencapaian kau Sein langsung tak bagi aku kecewa nanti aku hadiahkan kau banglo lepas misi kita dua ni berjaya okay.." Ujarnya sambil tersenyum memandang lelaki itu.
YOU ARE READING
HER LOVE STORY
RomansaAli Dean Xavier berkeperibadian yang suka bergurau, nakal, baik dan mempunyai macam-macam cara untuk kenakan orang jahat dengan idea bernasnya itu. Walaupun perangainya seperti itu, mod tegas dan serius masih ada dalam dirinya tambah-tambah lagi, b...