bahagian 35 🌼

13 2 1
                                    

"Lepaslah!" jeritnya kuat sambil menahan tubuhnya itu dari terus diheret masuk ke dalam bilik itu.

Nafasnya dihela kasar. dengan menggunakan seluruh tenaganya ia berjaya mengheret Wilma masuk ke dalam bilik itu tubuh gadis itu pula dihempas begitu sahaja ke lantai.

Wilma meringis kesakitan sambil matanya meliar memandang tempat itu.

"bos.. ni dia perempuan tu" lapornya pada Joshua yang sedang duduk membelakangi mereka itu.

Sambil tersenyum sinis, nafasnya pulak dihela perlahan.

"Well done sein,you are the person that I can rely on.." pujinya.

dia yang duduk membelakangi mereka itu lantas saja berputar lalu memandang kearah mereka.

"hi choco baby.. apa khabar sihat?" soalnya sambil tersenyum memandang ke arah Wilma.

Wilma diam tidak menjawab soalan Joshua itu sambil menjeling tajam retina matanya itu dialih memandang kearah lain.

"ouh wau.. face expression yang sangat cantik dimata aku, well done baby you make my heart dup dap again" katanya sambil tertawa senang.

"aku benci kau Joshua!" jeritnya kuat sambil memandang ke arah lelaki yang masih tertawa itu.

"what kau benci aku? benci jelah aku tak kesah pun.. kebencian kau pada aku akan bertambah kejap lagi bila boyfriend kesayangan kau tu datang sini untuk selamatkan kau.." ujarnya.

"kau nak buat apa dengan dia Joshua?" soal Wilma.

"hm kau tanya aku nak buat apa dengan boyfriend kau tu ke? jawapan aku untuk soalan kau tu senang je.. seksa dia depan mata kau" jawabnya sambil tertawa.

"kau memang gila lah Joshua!" kesalnya sambil menangis.

"ya aku memang gila, aku jadi gila sebabkan kau! kau tau tak apa rasa cinta bertepuk sebelah tangan?" soal Joshua sambil mendekat ke arah Wilma.

Nafasnya mulai tidak teratur dengan kelakuan Joshua yang kian mendekat ke arahnya itu. Tubuhnya dibawa berundur kebelakang sedikit.

"aku tanya kau ni.. kau tahu tak rasa cinta bertepuk sebelah tangan ah?" soalnya. Suara kelakiannya mulai naik, benci dengan Wilma yang diam membisu itu.

"kau pekak ke?" tengkingnya.

Wilma menggeleng laju.

"Habis tu kenapa kau tak jawab soalan aku ah? ke kau nak rasa sakit dulu baru kau nak jawab" katanya sambil sebelah tangannya mulai merentap rambut Wilma itu kasar.

"sakitlah Joshua!" jeritnya.

"jawablah!" tengkingnya

"aku tak tahu.." jawabnya sambil menggeleng kepala.

"kau tak tahu sayang? meh aku bagitau kau rasa cinta bertepuk sebelah tangan ni sakit tau tak rasa macam hati ni ditusuk tusuk dengan mata pisau!" Ujarnya sambil terus merentap rambut Wilma itu dengan kuat.

"bila aku dapat tahu yang si Tiara tu nak jual kau kat aku. hal pertama yang aku rasakan adalah gembira, gembira sebab kau akan jadi milik aku dan takde satu pun yang akan ganggu kita.. tapi bila aku ingat apa yang kau dah buat dengan aku! kegembiraan tu berganti dengan amarah yang takde siapapun yang boleh padam" sambungnya.

"aku minta maaf Joshua.. aku takde niat pun nak sakitkan hati kau sejak dari awal lagi, aku minta maaf" katanya perlahan.

"dah terlambat sayang.. sekali kau sakitkan hati aku selama-lamanya aku takkan maafkan kau!" jawab Joshua marah.

"lepaslah Joshua, sakit" rayunya sambil menangis.

"sakit? takpe kejap lagi rasa sakit kau tu akan berakhir.." katanya sambil tertawa sinis.

HER LOVE STORYWhere stories live. Discover now