bahagian 23 🌼

21 2 0
                                    

"thanks Ali, sebab dah bawa saya keluar jalan-jalan.. dan thanks juga sebab dah belanja saya makan" ucap Wilma sambil tersenyum memandang Ali yang juga memandangnya sama.

"sama-sama.. saya pun nak ucap terima kasih sebab sudi keluar dengan saya"

Wilma hanya membalas kata-kata Ali itu dengan senyuman, matanya dialih memandang ke arah pemandangan sunset yang ada didepannya.

Nafasnya ditarik lalu dihembus perlahan..

Sungguh ia menikmati keindahan alam di sekeliling situ.

suasana pemandangannya yang sangat indah dengan pohon-pohon hijau ditambah lagi dengan bunyi deruan ombak yang membuat semua telinga orang yang mendengar menjadi tenang.

"sweety?"

"Ya?"

"Saya nak bagitau awak yang hari ni merupakan hari terakhir saya berjumpa dengan awak.. esok saya dah kena gerak pergi outstation" katanya perlahan.

Nafasnya dihela perlahan.

Wilma hanya diam.. tiada sebarang respon yang dia berikan pada Ali

"sebab tulah saya minta izin dengan Aurora supaya awak dapat keluar awal hari ni.. tak sedar masa berlalu sekarang dah petang, kejap lagi malam, kejap kejap lagi dah nak siang.." ujarnya sambil memandang Wilma.

"saya harap awak takkan rindu saya lepasni.. kalau sweety rindu pun tengoklah gambar saya dalam phone awak" katanya sambil tertawa kecil

Wilma hanya memandang Ali sambil tersenyum, gurauan Ali itu masih tidak mampu melawan rasa sedihnya itu..

"Hei.. kenapa ni? janganlah sedih tengok dah tak cute sweety saya ni" katanya sambil mencubit pipi Wilma itu sedikit kuat.

"berapa lama awak outstation?" soal Wilma

"tak pasti lagi.. bila dah selesai semua kerja saya, saya akan terus jumpa sweety" Katanya sambil tersenyum.

Wilma juga turut tersenyum sambil memandang Ali.

"lepas ni saya akan hantar sweety balik kat kedai lepastu saya akan escort sampai depan rumah" katanya sambil tersenyum.

Wilma mengangguk sambil tersenyum.

🌼🌼🌼 (07:30 PM)

"what up bro!" Kata Hadi sambil melagakan tangannya dengan Charles

"hi chal.." sapa Jarjit.

"hi Jit.." balasnya sambil melagakan tangannya dengan Jarjit

selepas itu.. Kim, Steve, Ahcong dan juga Sim juga menyusul masuk.

"Ali mana?" soal Ahcong sambil memandang sekeliling rumah baru Charles itu.

"Ali? dia belum sampai lagi, kejap lagi dia sampai lah tu.." jawabnya sambil meletakkan kepak ayam itu diatas arang api.

"ohh.. ni aku ada bawa kueh lapis dibawa terbang khas dari Sarawak" katanya sambil membuka tutup bekas kontena itu.

"wah.. terima kasihlah Chong susah-susah je" kata Charles sambil menyuakan kueh lapis itu kedalam mulut.

"eh tak susahlah.. kebetulan mama aku datang melawat aku kat sini so dia bawa lah ole-ole sikit dari sana" jawabnya sambil tersenyum.

"sedapnya.. tak puaslah rasa nak lagi" kata Hadi sambil terus menyuakan kueh lapis itu kedalam mulut.

"sedap kan? kalau tak puas lagi pergilah Sarawak beli kueh lapis jak" kata ahcong sambil tertawa kecil.

"ikutkan hati aku chong malam ni juga aku nak terbang!" Jawab Hadi beria

HER LOVE STORYWhere stories live. Discover now