09:00 pagi (bilik gerakan)
"Selamat pagi tuan!" ucapnya sambil memberi tabik hormat kepada lelaki itu.
"selamat pagi. Silakan duduk" katanya sambil mempelawa Charles untuk duduk.
"terima kasih tuan.." jawabnya sambil duduk berhadapan dengan Galbert.
"mm.. so macam mana hasil risikan kamu semalam, dapat apa-apa maklumat baru?" soal Galbert. Kopi yang panas itu ditiup lalu dihirup perlahan.
"kami.. serta beberapa anggota pegawai polis bukit aman, berjaya memberkas beberapa orang disebuah kelab malam semalam tuan. orang-orang yang kami tangkap semalam tu dipercayai ada kaitan dengan suspek yang kita cari sekarang tuan." ujar Charles
"maksud kamu M?"
"ya tuan.. berdasarkan laporan mangsa yang dikejar semalam, dia dan seorang lagi rakannya telah dijual secara diam-diam kepada seorang lelaki yang bernama 'Marvel Joshua'.
Menurut mangsa, orang yang tergamak jual mereka itu juga adalah rakan baik mereka sendiri iaitu 'Tiara Lyn'" jelas Charles.
Dahinya pula dikerut mendengar penjelasan Charles itu.
"Tergamak erk.. jual rakan baik sendiri, apa dia kemaruk takde duit ke sampai jual rakan baik sendiri?" soal Galbert.
"tak tuan.."
"habis tu, kenapa dia tergamak jual rakan baik dia sendiri kalau bukan sebab nak duit?" soal Galbert sambil mengangkat sebelah keningnya memandang ke arah Charles.
"sebab dendam.." jawab Charles
"dendam?"
"ya tuan.. dia berdendam dengan salah seorang rakan baiknya, disebabkan hal cinta bertepuk sebelah tangan"
"oh.. pasal tu je dia jual pada lelaki yang bernama 'marvel Joshua' tu ye.." kata Galbert sambil menggeleng kepalanya perlahan.
"Ya tuan pasal tu je.. sekarang pihak polis sedang memburu rakan baik mangsa untuk membantu siasatan."
"hmm.. so kedua-dua mangsa sekarang kat mana?" soal Galbert.
"hanya seorang sahaja yang berjaya selamatkan diri tuan dan kini di bawah pengawasan pihak polis." jelas Charles.
"macam mana pula dengan yang seorang lagi?" Soal Galbert
"yang seorang lagi orang-orang tu dah berjaya bawa dia pergi tuan.. kami tak sempat nak selamatkan dia malam tu" jawab Charles.
Nafasnya dihela perlahan.
"takpe.. harap suspek dapat diberkas dengan cepat, supaya kita tahu dimana lokasi mangsa dihantar." Ujar Galbert.
"saya pun harap macam tu juga tuan.." jawab Charles perlahan.
"kemungkinan dalam masa terdekat ni, saya akan adakan satu perjumpaan khas semua anggota yang terlibat dalam misi kali ni.. pasal perjumpaan ni nanti saya akan war-warkan dalam group khas kita." Katanya sambil memandang kearah Charles.
Kepalanya hanya diangguk perlahan.
🌼🌼🌼
"morning Zara.." sapanya sambil tersenyum memandang kearah Zara yang baru turun dari tingkat atas itu.
"Morning bos, morning Alice.." katanya sambil tersenyum.
"Morning kaka Ra.." balas Alice
"jemputlah duduk.. kita sarapan sama-sama" pelawa Aurora sambil menarik kerusi itu perlahan.
"thanks bos.. sorry tau sebab saya tak turun pun tolong bos kat dapur pagi tadi" katanya perlahan.
"takpe.. saya okaylah, so macam mana rehat semalam okay?" soal Aurora sambil matanya memandang ke arah Alice yang sedang makan mi goreng itu.
YOU ARE READING
HER LOVE STORY
RomansaAli Dean Xavier berkeperibadian yang suka bergurau, nakal, baik dan mempunyai macam-macam cara untuk kenakan orang jahat dengan idea bernasnya itu. Walaupun perangainya seperti itu, mod tegas dan serius masih ada dalam dirinya tambah-tambah lagi, b...