bahagian 28 🌼

19 1 0
                                    

"Lepaslah!" tengkingnya kuat sambil badannya dironta ronta mahu melepaskan diri dari pegangan tangan lelaki-lelaki itu.

"bos" sapa lelaki itu.

"mm.. mana yang satu lagi?" soal Joshua

"yang satu lagi diorang tengah usaha cari bos.." jawab lelaki itu.

"aku nak korang cari perempuan tu sampai dapat.. arahkan jugak pihak sekuriti tempat ni untuk kawal semua pintu keluar masuk.. aku tak nak perempuan tu lepas macam tu je" arahnya tegas.

"baik bos.." Jawab lelaki itu. Terus saja ia berlalu pergi meninggalkan mereka di tempat itu.

Wilma tersenyum sinis.

"takpayahlah nak letak harapan tinggi sangat Joshua.. kau takkan dapat dia punya, ada baiknya korang semua siap sedia untuk masuk lokap lepasni" kata Wilma sambil memandang Joshua.

mendengar itu, Joshua lantas tertawa kecil. Tubuhnya dibawa dekat dengan Wilma.

"tak semua harapan tinggi tu akan gagal choco.. aku akan buktikan pada kau yang aku boleh tangkap kawan kesayangan kau tu.. dan lepastu aku fikir aku nak bawa dia jumpa kau dan lepastu mm mungkin siksa dia depan mata kau!" katanya sambil tertawa.

"sampai hati kau Joshua! kau memang lelaki jahat!" jeritnya. Tubir matanya mulai pecah sungguh ia benci dengan lelaki itu!

"ya memang! aku memang lelaki jahat, lelaki yang tak berperikemanusiaan!" Tengkingnya kuat

sesaat kemudian nafasnya dihela perlahan.

"sorry choco.. aku tak berniat pun nak buat kau macam ni, aku minta maaf" ucapnya lembut sambil sebelah tangannya menyeka airmata Wilma itu perlahan.

"jangan sentuh aku Joshua!!" Tengking Wilma. Tubuhnya dironta kuat cuba meleraikan pegangan tangan lelaki-lelaki itu dari tubuhnya.

kalau dia berjaya lepaskan diri, memang nahas dia kerjakan c Joshua tu!

"kau tengking aku!? berani kau tengking aku!" marah Joshua sambil menghayun sebelah tangannya kearah Wilma.

PAKK!!! tamparnya kuat pada pipi gadis itu.

Kepalanya yang terpaling 90 darjah itu, meringis kesakitan.

"kau memang perempuan tak g*na! berani kau tengking tengking akukan rasakan ni!" katanya lagi sambil mencengkam kuat rahang pipi gadis itu.

"sakitlah Joshua!!!" jeritnya sambil meronta-ronta kesakitan.

"perempuan macam kau ni patut diberi pengajaran sikit! kau belum tahu aku siapa Wilma" katanya lagi sambil terus mencengkam kuat rahang pipi Wilma itu.

"sakitlah Joshua! lepaslah!" jeritnya sekuat hati.

"sakit? tu baru sikit Wilma belum kuat lagi.. korang! hantar perempuan ni cepat kat markas dan aku nak tempat dia diasing dari perempuan-perempuan lain, and make sure ada orang jaga dia! bagitau Jimi ini arahan aku!" Arahnya tegas.

"baik bos.."

sebelah tangannya yang masih memegang kuat rahang pipi Wilma itu, direntap dengan kuat.

sekali lagi ia meringis kesakitan, rasa sama seperti ada tulang yang patah.

"lepaslah.. aku takkan maafkan kau Joshua!!" Jerit Wilma sambil dibawa masuk ke dalam kereta itu.

Jeda.

"aku nak korang semua periksa semua bilik betul-betul.. jangan biarkan perempuan tu terlepas!" arah lelaki itu dengan tegas.

mereka mengangguk lalu memulakan misi mencari gadis itu. hampir semua pintu bilik disitu, dirosak dengan sengaja.

"apa kita kena buat encik? diorang dah hampir nak jumpa kita!" soal Zara risau.

HER LOVE STORYWhere stories live. Discover now