Satu keluhan berat dilepaskan. Rasa kantuk yang masih tersisa dari lena yang panjang terus lesap sebaik saja cahaya skrin dari telefon pintar menerangi wajah Armani. Terima kasih untuk 'headline' berita yang tidak guna ini, mukanya tidak perlu disimbah dengan air untuk menyegarkan tubuh.
Netizen sekarang memang sampah, bukan? Tapi bukan semua ya? Mana tidaknya, berita tentang dia terperangkap di dalam lif itu pun mahu dijadikan bahan cerita. Tetapi bukan itu isunya sekarang. Apa yang membuatkan Armani sakit hati adalah satu rakaman video dia dan Darrell sedang berpelukan di dalam lif tersebut sudah tersebar luas di X.
Armani tidak kisah jika orang menjaja cerita tentang dirinya. Menjadi bahan kutukan netizen juga Armani tidak hairan langsung. Dia sudah lali kerana hal-hal begitu memang sudah menjadi asam garam sebuah pekerjaan selebriti sepertinya.
Namun apa yang merisaukan dia ialah Darrell. Tipulah kalau lelaki itu tidak tahu tentang video ini. Satu dunia sudah viral kut.
Erin?
Iya, Erin! Pasti sahabatnya itupun turut terkesan juga.
Pantas nombor Erin didail. Biarlah jika orang lain mahu menyebarkan fitnah tentang dirinya. Apa yang penting, Erin mesti satu-satunya manusia yang tahu akan hal sebenar.
Dia sayangkan Erin. Dia juga sayangkan persahabatan mereka.
"Erin, mana kau? Please angkat call aku." gumam Armani penuh risau.
Panggilan kali pertama gagal. Armani cuba mendail kali kedua.
"Erin, angkat lah." kuku digigit tanpa sedar.
Keluhan kasar dilepaskan setelah Armani masih tidak berjaya menghubungi Erin.
Hatinya sarat dengan rasa serba salah. Marahkah Erin pada dia sekarang? Mungkin kerana itu Erin sengaja tidak menyambut panggilannya.
Ah!
Armani pantas menuruni katil. Dia harus menemui Erin sekarang juga untuk menjelaskan perkara yang sebenar. Iya, itu tindakan yang lebih tepat daripada bercakap melalui telefon sahaja.
Kaki bergegas untuk ke bilik air. Tidak sempat tangan memulas tombol pintu bilik air, bunyi loceng dari tingkat bawah menyentakkan Armani.
Sempat pakaian ditilik sebelum turun ke bawah. T-shirt hitam kosong dan seluar tidur warna putih. Hm. Boleh lah ni.
Walaupun yang berkunjung ke rumahnya itu penghantar surat atau abang foodpanda sekalipun, dia harus sentiasa menjaga penampilan diri.
Armani pantas menuruni anak tangga dan bergerak ke pintu rumah.
Senyuman sinis terukir di bibir sebaik saja melihat figura yang tertera di skrin sebelah pintu rumahnya.
Idlan.
Ni mesti nak minta maaf fasal malam tadi kan? Baguslah kalau sedar dengan kesalahan sendiri.
Armani berdehem sebentar mahu mengambil mood merajuk sebelum membuka pintu.
Sesi pujuk memujuk inilah yang paling best. Apa lagi kalau dia yang dirayu.
"Hm, ada apa you datang sini pagi-pagi?" pintu dikuak.
Anak mata dikalihkan ke atas sengaja enggan melihat Idlan. Tengah buat-buat merajuk kan?
"Apa ini, Armani?" suara dingin Idlan mengendurkan niatnya.
Mata mula tertancap ke arah skrin telefon pintar yang dihalakan satu inci ke muka Armani.
"Seronok ke berpelukan dengan lelaki lain di belakang I?"
YOU ARE READING
ARMANI FAIRY
RomanceArmani Fairy x Darrell Raed Yang tidak ditakdirkan untukmu, Akan menemukan caranya untuk hilang. Yang ditakdirkan untukmu, Akan menemukan jalannya untuk pulang. Yang buruk sengaja Tuhan lepaskan, Agar yang baik mempunyai kesempatan untuk datang.