ARMANI FAIRY - 20

5K 372 42
                                        

"Rest well, okay?"

Pesanan berjuta kali dari Fiona itu hanya di balas dengan keluhan berat. Tangan naik ke muka Fiona lalu memicit kuat pipi gadis itu tanda geram.

"Baiklah, Fiona Rosalie! Eee! Berapa kali nak bagitahu aku?" Terjerit mulut Fiona menahan kesakitan. Laju saja tangannya menampar lengan Armani.

"Memang patut pun Fiona pesan banyak kali. Kepala you dengan batu lebih kurang sama." Reza di sebelah menyumbang kata sindiran.

Fiona menjelir lidah mengusik Armani. Padan muka! Seronok betul Reza memihak kepadanya kali ini.

Muka Armani berubah masam. "Kalau dah sampai abang dengan Fiona tak percaya dengan I, pergilah pasang cctv dalam rumah tu terus."

"Bagus juga idea kau tu, Armani. Senang sikit aku dengan abang Reza pantau kau. Kan, bang? Esok juga kita suruh orang pasang." Jelas wajah Fiona nampak teruja dengan cadangan Armani.

"Suka aje kau kan?" kali ini pinggang Fiona pula menjadi mangsa cubitan.

"Sakitlah, gila!" sekali lagi bahu Armani ditampar.

"Malam dah ni. Pergi masuk dalam. Abang harap you gunakan sebaiknya cuti satu bulan ni. Rehat betul-betul. Kalau boleh pergi bercuti mana-mana ke untuk tenangkan fikiran? Tak payah sibuk baca komen-komen orang dalam media sosial. Jangan sampai you jatuh sakit disebabkan kebodohan netizen dekat luar sana. Faham?" panjang lebar nasihat Reza.

Armani dan Fiona saling berpandangan. Senyuman masing-masing hadir di bibir mendengar bebelan Reza.

"Orang bagi nasihat, dengar Armani. Bukan sengih." sambung Reza lagi.

"Iya, abangku sayang. I dengar. I bukan budak lagi tau. I faham lah." Armani naik rimas pula. Fiona dengan Reza ni dua kali lima saja.

"Kitaorang balik dulu. Kalau ada apa-apa hal, call us. Jangan buat tindakan melulu lagi."

Armani mengerti dengan sindiran Reza. Tajam matanya menjeling lelaki itu. Iya, dia sedar dia salah tapi tak payahlah ungkit lagi.

"Abang jangan risaulah. Suami dia ada kut. Nanti pandailah Darrell handle perangai unpredictable dia tu."

Agaknya Fiona dan Reza memang sengaja berpakat nak kenakan dia malam ini kut. Tak habis-habis nak sindir dia dari tadi. Panas telinganya ni rasa macam mahu meletup.

"Dah, balik sana. Aku nak tidur." Tangan menolak tubuh Reza dan Fiona keluar lalu pagar rumah ditutup.

Tanpa menunggu pamit dari Reza dan Fiona, Armani terus melangkah masuk ke dalam rumah. Lewat malam begini tidur lebih baik dari segalanya.

Langkah di bawa hingga ke bilik tidur. Belum sempat tombol pintu dicapai, pintu bilik tiba-tiba terbuka dari dalam. Armani tergamam sebentar. Matanya dan mata Darrell saling bertemu.

Baru saja Armani mahu membuka mulut, Darrell terus berlalu pergi. Keluhan berat dilepaskan. Dua hari Armani keluar dari hospital, tidak sekalipun dia mendengar suara Darrell. Kebisuan lelaki itu perlahan membunuhnya. Bukan Armani tidak mencuba, tapi Darrell lebih bijak untuk menjauhkan diri.

Armani mengerti. Darrell jadi begini pun berpunca dari sikapnya. Jika niat diam Darrell itu untuk menghukumnya, Armani terima seikhlas hati.

Tapi sampai bila mereka akan jadi seperti ini?














* * * * *


Malam itu dingin kerana hujan turun dengan lebat. Penghawa dingin juga sudah di pasang menambahkan kesejukan bilik. Jika orang lain, mungkin mereka sudah enak diulit mimpi. Tapi tidak bagi Armani.

ARMANI FAIRYTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang