ARMANI FAIRY - 5

2.3K 216 37
                                    

"Ouch!" jerit Armani sedikit kuat.

Ketukan jari di dahi seakan hampir menggegar otak di dalam kepala.

"Apa abang ni? Sakitlah!" marah Armani geram. Tangan berjaya menampar lengan Reza yang duduk bersebelahan katilnya.

"Entah abang ni. Datang-datang je nak ketuk kepala orang. Dah gila ke apa?" sampuk Fiona pula. Dia turut marah.

"Sakit ke? Nanti aku panggil doktor dengan polis sekali." sempat Fiona menjeling tajam ke arah Reza.

Wajah lelaki itu masih seperti tadi. Cemberut.

"Abang dah pesan banyak kali kan? Jangan makan atau minum apa-apa saja dari orang yang you tak kenal? Tengok apa jadi sekarang? Nasib baik sempat sampai hospital. Kalau tak, sia-sia mati katak tadi." bebel Reza geram.

"Tadi ada orang hantar air tu direct dekat I then dia bagitahu air tu atas nama Fiona, so I tak syak apa-apa lah." Armani berpeluk tubuh cuba membela diri.

Tangan sempat merapi rambut sebaik saja duduk dari pembaringan.

"Lain kali tanya dulu." balas Reza geram.

"I dah tanya. Sebab tu I berani minum. Tak faham lagi?" lawan Armani.

"Orang bagi nasihat bukan nak mendengar. Kau tengok bos kau ni, Fiona. Kecik besar kecik besar je aku tengok budak ni." mahu saja Reza cubit-cubit pipi Armani itu.

Degil dia bikin Reza hampir serabut setiap hari! Nasib baik tak ada apa yang jadi. Ingat senang ke nak menjaga supermodel bertaraf antarabangsa ini?

Lepas ini Reza mesti juga cari pengawal peribadi paling handal di dunia kut.

Armani mencebik tanda mengejek.

"Abang pun, nak marah orang tunggulah dia betul-betul sembuh dulu. Kan, Armani kan?" Fiona datang menghampiri Armani lalu memeluk bahu gadis itu.

"Cian die eh? Kena marah abang Reza. Jahat betul abang Reza kan? Kita babab abang Reza nanti nak?" Fiona melayan Armani gaya memujuk anak kecil.

Apa lagi Armani. Terus mendalami watak. Sengaja buat muka kasihan sambil merengek manja bersama gediknya yang sedia ada sejak lahir.

"Titew menci abang Reza! Huh!"

Reza hanya mampu menggeleng kepala.

Budak dua ekor ni kan? Aku hantar pergi zoo penyudahnya nanti.

"Kalau Armani dah sembuh, abang nak maki dia 3 hari 3 malam pun tak apa. Lepastu Fiona nak join sekali sebab dia ni boleh tahan bebal juga."

"Fiona! Kau kan!" kepala Fiona ditunjal kuat.

Fiona tidak terasa sakit malah membuatkan tawanya semakin nyaring.

"Abang dah cancel semua schedule you hari ini dan esok. Kejap lagi you dah boleh balik rumah." beritahu Reza.

"Tapi I nak juga ikut event Saint Laurent esok. Abang tak bolehlah cancel sesukahati saja. Kenapa abang tak tanya I dulu?" Armani menendang-nendang selimut tanda protes.

"3 hari lagi you nak pergi Seoul. And your runaway untuk Seoul Fashion Week tu lagi penting dari event ni. Abang nak you rehat puas-puas di rumah sampai sembuh. Faham? Dah. Abang tak nak dengar apa-apa bantahan lagi."

Armani terdiam. Jelingan tajam dihadiahkan kepada Reza. Dia tahu kalau Reza sudah bertegas begitu, cakap lah apa pun, jangan harap Reza akan mengalah padanya.

"Sukahati you lah!" Armani menuruni katil dan tergesa-gesa menyarung selipar.

"Kau nak pergi mana pula tu, Armani?" tegur Fiona.

ARMANI FAIRYTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang