"OH MY GOD, ERIN!"
Armani terloncat-loncat kecil persis kanak-kanak diberi aiskrim. Jelas perasaan gembira sedang tergambar di wajah cantik miliknya.
"Kawan aku dah nak kahwin dah! I'm so happy for you, Erin." tubuh Erin dipeluk erat.
"Thank you, Armani. Kau apesal terlebih gembira ni? Macam dia pulak yang nak kahwin." Erin tertawa kecil melihat reaksi Armani sebentar tadi sebaik dia menceritakan lamaran Darrell semalam.
"Benda baik kut, aku kena lah happy. Lagi-lagi bila dengar berita kawan aku nak kahwin. Tak sabarnya aku nak pergi wedding kau nanti, Erin." Armani sudah memikirkan dress yang bakal dia kenakan di majlis perkahwinan Erin nanti.
"Kau jadi bridesmaid aku nanti, okay?" pelawaan Erin membuatkan Armani bertambah teruja.
"Dengan senang hati, Erin. Aku akan jadi bridesmaid kau yang paling function!"
Erin dan Armani sama-sama tertawa. Sungguh, Armani tumpang bahagia mendengar berita baik ini. Akhirnya, Darrell yang beku itu menikah jua.
Sangkanya, orang seperti Darrell bakal membujang hingga ke tua kerana sikap alergik lelaki itu terhadap perempuan. Tapi 6 bulan yang lalu, setelah dia mendapat tahu kekasih Erin yang dia rahsiakan itu ialah Darrell, teori Armani jadi jauh menyimpang.
Sebenarnya, Darrell tidak alergik pada perempuan tetapi alergik terhadapnya. Iya, Dia yang bernama Armani Fairy binti Badrut Tamam.
Selepas kejadian "Yahoo messenger" 13 tahun yang lepas, Darrell yang manis berubah jadi Darrell yang masam, pahit, payau, tawar. Semua lah!
Puas Armani memikirkan kesalahannya sehingga dia putus asa dan pasrah. Biarlah mereka jadi begini sampai bila-bila. Asal jumpa saja gaduh!
"Seronok betul you berdua borak sampai dari luar I boleh dengar." suara Idlan serentak memalingkan kepala Armani dan Erin.
"Sayang..." Armani bangun dari sofa mahu menghampiri kekasih hati.
"Dah habis dah photoshoot you hari ni? Sorry I lambat sikit ambil you." seperti biasa ciuman dihadiahkan di dahi Armani.
"It's okay. I seronok borak dengan Erin tadi sampai I sendiri pun tak ingat yang you nak ambil I hari ni." Armani menarik Idlan kembali duduk bersama Erin di sofa.
"Hi, Erin."
Sapaan Idlan hanya di balas dengan senyuman oleh Erin.
"So you berdua borak fasal apa tadi?" soal Idlan saja berbasa basi. Wajah Armani dan Erin di pandang silih berganti.
Armani pula mengemam bibir menoleh ke arah Erin.
"Boleh Idlan jadi antara orang terawal yang tahu berita gembira kau?" pertanyaan Armani itu membuatkan rasa ingin tahu Idlan semakin membuak-buak.
"Ikutlah. Nak sembunyi lama-lama pun nanti semua orang akan tahu juga kan?" jawab Erin bersetuju.
"Kenapa ni?" tinggi kening Idlan menunggu Armani membuka cerita.
"Erin nak kahwin. Semalam Darrell melamar dia. I am so happy for them, sayang." Armani kembali teruja.
"Oh, wow! Congrats, Erin! I tumpang gembira untuk you dan Darrell." ucap Idlan tersenyum lebar.
"Thanks, Idlan. Awak dan Armani ialah tetamu yang wajib hadir ke majlis saya nanti tau. No excuse." seloroh Erin lalu disambut tawa oleh Armani dan Idlan.
"Kalau princess I ni dah minta I teman dia pergi wedding you, I can't say no lagi lepas tu." bahu Armani dirangkul erat.
"Of course. You mesti teman I. You sibuk macam mana sekalipun nanti, I akan heret you juga."
YOU ARE READING
ARMANI FAIRY
RomanceArmani Fairy x Darrell Raed Yang tidak ditakdirkan untukmu, Akan menemukan caranya untuk hilang. Yang ditakdirkan untukmu, Akan menemukan jalannya untuk pulang. Yang buruk sengaja Tuhan lepaskan, Agar yang baik mempunyai kesempatan untuk datang.