Fiona dan Reza saling berpandangan. Pada saat sepasang mata dikalih ke arah Armani, pandangan mereka sarat dengan risau dan sedih. Wajah sembab gadis itu cukup memberikan gambaran kepada mereka bahawa Armani sedang berhadapan dengan duka, kecewa, sedih.
Namun begitu, Armani masih nampak kuat dan profesional sepanjang dia menyelesaikan pekerjaannya di Seoul.
Senyuman Armani langsung tidak nampak berpura-pura di hadapan semua orang atau kamera walaupun Reza tahu Armani sedang berjuang untuk menyembunyikan segala kesakitannya.
Gadis itu kuat sehingga ada ketikanya Reza takut jika dengan sikap kuat Armani itu bakal membunuh dirinya sendiri.
Jika dunia mahu mengadakan pertandingan memendam perasaan, kemungkinan besar Armani boleh menjadi juara. Katakanlah sebesar apapun masalah dan kesedihan Armani, mati hidup semula pun tak mungkin gadis itu akan meluah walau sebaris kata.
11 tahun Armani dijaga seperti adik kandung sendiri, belum cukup untuk Armani jadikan dia tempat curhat. Tapi Reza faham, Armani memang dilahirkan begitu. Dan dia juga yakin, cepat atau lambat Armani akan okay semula.
"Malam ni aku teman kau ya?" soal Fiona sebaik saja kereta milik Reza tiba di hadapan rumah Armani.
Gadis itu menggeleng perlahan bersama senyuman nipis di bibir.
"Takpe. Aku okay."
"Abang tak nak you sorang-sorang di rumah. Tengok keadaan you sekarang pun abang tahu you perlukan teman." sampuk Reza di kerusi pemandu.
"I penat sangat hari ni, bang. Silap-silap masuk je rumah ni rasanya tak sempat nak sedih I dah terbongkang atas katil." Armani tertawa kecil.
Fiona dan Reza sama-sama terdiam. Mereka tahu ketawa itu palsu.
"Takpelah kalau macam tu. Tapi kalau kau perlukan apa-apa. Kau terus call aku, okay?" Fiona genggam erat tangan Armani.
Esok dia akan cari Idlan dan Erin sampai jumpa. Memaki dua makhluk celaka itu di dalam mesej belum cukup memuaskan. Armani juga cerita tempoh hari dia hanya sempat menampar Idlan.
Mungkin lepas ini Erin bakal kenyang dengan tamparan sulungnya.
"Aku masuk dulu. Abang, hati-hati bawa kereta." pesan Armani sebelum keluar dari perut kereta.
Tangan sempat melambai ke arah Fiona dan Reza sebelum membuka pagar rumah.
Bagasi ditolak sehingga ke pintu dan sebaik saja kaki melangkah masuk ke dalam rumah, kedatangannya disambut Dilan, kucing jalanan yang pernah ditemuinya di belakang rumah 4 tahun lepas.
Pertama kali terjumpa kucing ini, Armani terus jatuh hati dan mengambil keputusan untuk memeliharanya. Dan nama Dilan adalah datang dari idea aneh Fiona.
Armani fikir nak bagi nama biasa saja. Mungkin Bobo ke, Bambam ke atau apa-apalah. Tapi Fiona kata nama Dilan comel. Kebetulan juga dia minat sangat dengan filem Indonesia bertajuk Dilan 1995 apa entah tu.
Armani pula malas nak gaduh fasal nama kucing jadi dia turutkan saja.
"Hi, anak mommy. Dilan rindu mommy ya?" tubuh gemuk kucing itu digendong lalu digomol puas.
Bersama bagasi beroda dan Dilan yang masih berada di tangan, Armani melangkah perlahan menuju ke bilik tidur. Dilan dibiar bebas bermain di atas tilam serta punggungnya turut dilabuhkan di situ.
Mata memerhati seketika bilik tidur bertema minimalist miliknya.
Armani rasa sunyi. Dan sunyi ini semakin terasa perih selepas apa yang telah Erin dan Idlan lakukan terhadapnya.
YOU ARE READING
ARMANI FAIRY
RomanceArmani Fairy x Darrell Raed Yang tidak ditakdirkan untukmu, Akan menemukan caranya untuk hilang. Yang ditakdirkan untukmu, Akan menemukan jalannya untuk pulang. Yang buruk sengaja Tuhan lepaskan, Agar yang baik mempunyai kesempatan untuk datang.