ARMANI FAIRY - 18

3.6K 339 20
                                        

Tiga hari berlalu sangat perlahan dan sengsara. Dan Darrell pula masih seperti tiga hari yang lepas. Dingin. Sedingin sepertimana layanan Darrell pada Armani sebelum perkahwinan ini wujud.

Armani mula menyedari sebenarnya Darrell tidaklah seteruk yang dia sangka. Hubungan mereka pun baik-baik saja. Untuk mengharapkan layanan romantik Darrell mungkin tidak tetapi sekurang-kurangnya mereka masih boleh duduk sebumbung, tidur sekatil dan makan semeja dengan tenang tanpa mencetuskan pergaduhan besar.

Namun, semua itu perlahan-lahan terhakis selepas mereka pulang bercuti tempoh hari. Darrell seakan mengelak diri darinya. Sepatah Armani bertanya, sepatah jugalah jawapan dari mulut Darrell.

Sejujurnya Armani keliru. Marahkah Darrell padanya melihat dia selalu meluangkan masa bersama Idlan? Bukankah Darrell tak kisah? Marah itu akan wujud jika perkahwinan mereka terjalin atas dasar cinta. Tapi Armani sangat yakin bagaimana perasaan Darrell terhadapnya.

Kosong. Mungkin negatif.

Jadi sekarang, mengapa Darrell melayannya begini?

"Malam ni Az jemput kita pergi birthday party anak dia. Pukul 8." suara Darrell dari belakang hampir berjaya mengeluarkan jantung Armani.

Dia lantas berpaling. Kelihatan Darrell sedang sibuk mengikat tali leher di hadapan cermin sebelum dia berangkat kerja.

"Kita nak gerak pukul berapa?" soal Armani. Hatinya sedikit gembira mendengar suara Darrell. Ini kali pertama Darrell yang memulakan perbualan.

"Ikut you lah sebab I gerak dari office terus ke rumah Az nanti."

Armani menggigit bibir. Fahamlah dia maksud ayat Darrell tadi. Darrell mahu berangkat sendiri. Tanpanya. Betulkan sangkaan Armani? Darrell marah tapi kenapa?

"You tak nak gerak sekali? I tak boleh drive waktu malam." bohong Armani sengaja mahu menduga Darrell.

"Hari ni I sibuk. Tak sempat nak balik rumah. Kalau you nak sangat pergi, you boleh minta siapa-siapa hantar you ke sana. Fiona or Reza. I don't know." balas Darrell.

Jujur Armani katakan, dia sedikit terguris. Kebekuan Darrell hampir menghentikan detak jantung Armani. Ah, kenapa rasa ini mengganggu dirinya?

Atau dia saja yang overthinking?

"Darrell..." panggilan Armani menghentikan langkah Darrell yang baru saja mahu melangkah keluar dari bilik tidur mereka.

Tanpa berpaling, Darrell masih menunggu di situ.

"You marah I ke?" Armani tidak mampu menahan diri dari bertanya soalan itu.

"Tak ada sebab I nak marah you." balas Darrell senada.

"Habistu kenapa you layan I macam ni?"

Darrell diam sebentar.

"Memang sepatutnya layanan begini yang I patut beri untuk you." Darrell lantas melangkah pergi.

Armani terjeda di situ. Dia kurang mengerti namun apa yang dia tahu, hatinya seakan ditoreh dengan pisau belati.

Pedih dan perih.











* * * * *

Kereta diparkir dengan penuh cermat. Sebaik saja enjin kereta dimatikan, Armani ambil beg tangan di atas kerusi penumpang bersebelahan dengannya lalu melangkah keluar dari perut kereta.

Seraya Armani berpaling setelah menutup pintu kereta, satu tamparan hinggap di pipi. Rasa sakit dan terkejut bersatu. Pedih yang dirasakan seakan pipinya sedang dibakar dengan api.

ARMANI FAIRYCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang