ARMANI FAIRY - 12

3.7K 322 28
                                    

Mata dicelik mengejut lantas tubuh bangun dari pembaringan. Armani meraba tilam mencari telefon pintar.

9:53 am

Shit!

Armani menampar dahi sendiri. Hari pertama tidur di rumah mertua, dia sudah buat perangai. Sekarang, entah apa lah tanggapan Puan Maryam melihat menantu sulungnya lewat bangun seperti ini kan?

Kaki segera menuruni katil dan membawa diri ke bilik mandi. 20 minit membersihkan diri, Armani bergerak ke bagasi miliknya dan mengenakan pakaian serba ringkas.

Seluar linen paras buku lali warna khakis digandingkan bersama T-shirt hitam jenama Balanciaga disarung pada tubuh.

Puas hati dengan penampilan sendiri, Armani melangkah keluar dari bilik tidur dan berniat untuk menuju ke dapur. Dia yakin jam begini, Puan Maryam pasti berada di sana.

Semalam Fiona sempat berpesan, sebaik saja Armani sah menjadi isteri Darrell, dia harus berusaha mengambil hati ibu mertuanya. Tunjukkan bahawa Armani mampu menjadi menantu mithali paling diimpikan oleh setiap ibu mertua di galaksi.

Tapi itulah, awal-awal lagi dah tunjuk perangai sebenar dia. Padan muka!

"Ibu..."

Puan Maryam sedikit tersentak dengan panggilan itu.

"Eh, Ibu ingat Armani ikut Darrell keluar tadi."

Armani geleng kepala lalu mendekati Puan Maryam.

"Ibu buat apa? Ada apa-apa yang Armani boleh tolong?" Armani berani menawarkan diri padahal seumur hidupnya dia tidak pernah memegang pisau walaupun sekali.

Mata Puan Maryam melilau sebentar.

"Hmm, Armani buang kulit kentang ni boleh? Lepastu potong empat. Ibu nak buat sup daging untuk kita makan tengahari nanti."

Armani menelan air liur kesat. Memang dia sengaja menempah maut agaknya. Suka nak tayang aib sendiri.

Macam mana nak potong kentang?

"B-boleh ibu." tangan Armani teragak-agak mahu menyambut plastik berisi kentang di tangan ibu mertuanya.

Lama Armani merenung kentang itu setelah plastik tadi di bawanya ke meja makan.

"Armani lupa ambil pisau." Puan Maryam muncul sebentar membawa pisau, peeler knife dan papan pemotong.

Bibir sengih terpaksa. Lebih kurang 3 minit Armani hanya membelek-belek kentang di tangannya. Sumpah dia tak tahu nak buat apa sekarang.

Kalau arwah mama masih hidup pasti untuk memotong kentang ini tidak akan menjadi sesukar sekarang kan?

Mama, Armani rindu mama.

"Sini ibu ajar Armani kupas dan potong kentang." Armani sedikit terkejut dengan kehadiran Puan Maryam yang sudah duduk di sebelahnya.

"Peeler knife ni Armani guna untuk buang kulit kentang tu dulu. Macam ni." Puan Maryam sibuk buat demonstrasi.

Armani pula diam dan tekun melihat ketangkasan tangan Puan Maryam mengupas kulit kentang itu. Hatinya sempat kagum. Tak tahu pula melihat orang mengupas kulit kentang begini boleh membuatkan dia terhibur.

"Lepas Armani habis kupas, kentang ni Armani potong empat pula."

Kepala Armani terangguk-angguk tanda faham. Oh, begitu rupanya. Senang!

"Armani cuba dulu. Nanti kalau masih tak tahu, Armani panggil ibu ya?" ujar Puan Maryam.

Pisau bertukar tangan.

ARMANI FAIRYWhere stories live. Discover now