ARMANI FAIRY - 9

1.7K 248 20
                                    

"Okay. I rasa kita dah boleh stop sini. Dah! Tak payah pegang tangan I lagi. Kita dah dekat luar pun sekarang." langkah Armani mati sebaik saja dia dan Darrell melangkah keluar dari dewan.

Tangan cuba dilepaskan dari genggaman Darrell namun tidak berjaya.

"Darrell, lepas!" Armani mula meronta.

Nak ambil kesempatan lah tu? Tahu lah tangan kita ni memang sedap bila dipegang.

"Shuh! Your beloved ex still looking at us. You sabar sikit boleh? Ingat I nak sangat pegang tangan you?" Darrell menekan suara. Kepala tertoleh sedikit ke arah pintu masuk dewan.

Armani sempat terlihat kelibat Idlan di sebalik pintu sebelum lelaki keparat itu berjaya menyembunyikan diri apabila dia turut mengalih kepala ke sana.

Terbit senyum sinis di bibir Armani. Nampaknya rancangan untuk menyakitkan hati Idlan, berjaya! Tak sia-sia dia ikut saja rentak Darrell tadi.

"You mimpi apa semalam tiba-tiba nak tolong perempuan yang you selalu kutuk pelik ni?" pertanyaan itu memenuhi fikiran Armani sejak tadi.

"Niat I tolong you mungkin jatuh pada nombor 3. I sebenarnya lebih kepada nak memuaskan hati I sendiri." Darrell senyum penuh yakin.

"Puaskan hati you? Maksud you puaskan hati nak menari dengan I? Pegang tangan I? Tak sangka you ni boleh tahan gatal juga ya?" Armani tawa besar sambil tangan menyelak rambut.

"I don't blame you. I mean...." Armani menunding tubuhnya di hadapan Darrell dengan riak bangga.

Darrell menjuling mata ke atas. Perasan nak mampus perempuan ni!

"Balik nanti I cadangkan you beli cermin banyak-banyak, lekat dekat dinding rumah. Then, you know the reality." sindiran pedas dari Darrell memudarkan senyuman Armani.

"Mulut longkang!" cemuh Armani geram. Dada Darrell di tampar kuat.

"Habis tu sebab apa?" dalam marah-marah begitu, Armani tetap ingin tahu.

Dasar kepochi!

"Sama macam you, I cuma nak sakitkan hati Erin. Tu je. Lagi-lagi bila I dengar diaorang nak bertunang. You tak rasa ke apa yang diaorang buat tu satu penghinaan buat kita?"

Armani terangguk kecil tanda setuju dengan kata-kata Darrell. Tadi pun dia hampir menangis dan pitam di situ juga selepas melihat Idlan menyerahkan kad jemputan pertunangannya bersama Erin kepada Tengku Kaizer dan Karina.

Mengenangkan hal itu, hati Armani kembali dipagut rasa marah dan kecewa. Selama ini, Armani tulus mencintai Idlan tapi hakikatnya di mata Idlan, Armani sama sekali tidak bernilai.

Puas Armani mencari di mana silapnya. Mungkin saja perempuan sepertinya, tidak layak untuk dicintai.

"I ingat you dah totally moved on. I mean, tengoklah you sekarang. You looks totally fine. Macam Erin tak pernah curang belakang you pun sebelum ni."

Darrell tawa sinis.

"Mungkin pada mata kasar 'ya', I nampak okay. Macam you sendiri bagitahu, orang gila saja yang boleh kekal tenang lepas ex girlfriend berlaku curang. I cuma tak nak tunjuk depan orang dan yang paling penting I tak nak Erin rasa dia dah berjaya hancurkan I." jelas Darrell dengan senyuman di bibir.

Armani terdiam sejenak.

Darrell benar. Disebabkan itulah tadi Idlan dan Erin nampak begitu gembira apabila bertemu dengannya. Armani terlalu menunjukkan dirinya lemah dan itu adalah tanda kemenangan buat Idlan dan Erin.

"Armani, jom balik!" suara besar Fiona dari dalam kereta memecah kesunyian mereka.

Entah bila Fiona sudah memarkirkan kereta di situ.

ARMANI FAIRYWhere stories live. Discover now