ARMANI FAIRY - 8

3K 298 17
                                        

Tubuh yang berkeringat dibaringkan di atas yoga mat. Pilates selama 40 minit sebentar tadi berjaya membuatkan badan lemah Armani menjadi sedikit segar.

Sepatutnya cuti begini, Armani berpeluang untuk menenangkan diri. Tapi nampaknya sekarang, lain pula yang jadi.

Belum puas Armani meratapi hubungannya dengan Idlan yang terputus di tengah jalan, perasaan marah juga belum sempat reda untuk Erin yang sudah mengkhianati persahabatan mereka dan sekarang muncul Darrell membawa masalah yang lebih besar.

"Kita stick dengan penipuan you. Cukup 3 minggu. Kita kahwin."

Armani bingkas bangun dari pembaringan. Suara Darrell yang sering mengganggunya kebelakangan ini cuba diusir sejauh mungkin.

Perkataan gila tidak cukup untuk mengukur kegilaan Darrell.

Sebaik saja mendengar rancangan tidak masuk akal lelaki itu semalam, Armani terus pulang tanpa pamit dari Puan Maryam. Biarlah wanita itu menyangka dia kurang ajar, Armani tidak kisah. Kalau boleh, dia enggan bertemu dengan keluarga itu lagi terutama sekali Darrell.

Armani sangka dia mungkin tersalah dengar atau Darrell sengaja mahu bergurau. Tapi waktu itu wajah Darrell lebih serius dari biasa. Suaranya kedengaran yakin dan itu membuatkan Armani hampir terkena serangan panik.

Sampai rasa tak nak keluar dari rumah pun ada supaya tak terserempak dengan lelaki pelik itu lagi.

Bunyi loceng rumah sedikit memeranjatkan. Armani bingkas bangun lalu menuju ke arah pintu.

Bagus! Fiona datang tepat pada waktu dia sedang lapar.

Pintu tidak jadi di buka. Armani menelan air liur kesat. Bukan Fiona yang sedang terpampang di skrin cctv bersebelahan pintu masuk itu.

"I tahu you ada dekat dalam, Armani. Please, I nak jumpa you sekejap."

Armani memejam mata sambil memukul kepala sendiri. Tak sangka Darrell akan mengejarnya sehingga ke sini.

Gila! Darrell betul-betul gila!

Armani kegelisahan. Kuku digigit tanpa sedar.

"Perlu ke aku call polis?"

"A-abang Reza? Iya betul. Call abang Reza." Armani teringat akan manager-nya.

"Armani, I nak cakap dengan you sekejap je. Please. I merayu. Lepas tu I akan balik." rayuan Darrell itu mematikan langkah Armani.

Darrell kedengaran sangat terdesak dan Armani mula luluh hati. Tidak pernah ya Darrell begitu jika bercakap dengannya.

Sejenak berfikir akhirnya Armani mengalah dengan diri sendiri. Pintu perlahan dibuka dan wajah kosong Darrell menyapa pandangan mata.

"Cakaplah cepat. I bagi masa you 5 minit. Lebih dari tu I akan masuk dan jangan berani tunjuk muka you depan I lagi." ucap Armani tegas.

"Okay..." Darrell mengatur nafas. Rambut diraup ke belakang.

Saat itu juga Armani sempat terpegun.

Ah, tak ke mana pun kacak tu kalau otak dia sakit, Armani!

Suara entah dari mana itu mengembalikan Armani ke realiti semula.

"First of all, I nak minta maaf fasal apa yang I dah bagitahu you hari tu. I tahu I salah." ucap Darrell perlahan.

"Yes! You memang patut minta maaf. You hampir bunuh I tahu tak? Kalau niat you nak bergurau sekali pun, fikir cara lain."

"I tak cakap yang I bergurau. I serius nak jadikan you isteri I." tutur Darrell memucatkan muka Armani.

ARMANI FAIRYTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang