ARMANI FAIRY - 11

2.6K 291 21
                                    

Air liur ditelan kesat. Jantung yang berdenyut laju langsung tidak menunjukkan tanda mahu reda. Sesekali Armani meramas jari-jarinya. Saat ini, fikirannya bercelaru.

Wajah yang sudah dirias indah hasil dari tangan Fiona sebentar tadi ditatap tanpa perasaan. Gaun pengantin rekaan Zuhair Murad yang disarung pada tubuh langsing Armani langsung tidak memberikan rasa teruja dalam dirinya ketika ini.

Dari semalam Armani mula meragui keputusan sendiri.

Betulkah tindakannya untuk meneruskan perkahwinan ini?

Bukankah semua ini juga terlalu terburu-buru?

Armani hampir mahu menitiskan air mata di situ juga. Rasa penyelesan dengan keputusan sendiri ini mula bersarang di dalam hati.

"Armani..."

Suara Fiona yang muncul dari belakang sedikit memeranjatkan. Tubuh dipaling menyambut kedatangan sahabat baiknya.

Fiona kelihatan cantik hari ini. Dress warna hitam satin menjadi tema untuk pakaian bridesmaids di hari perkahwinan Armani.

Dia juga sudah dapat membayangkan Leanna dan Nadine yang sedang menunggu kehadirannya di taman ketika ini. Pasti kedua sahabatnya juga anggun dengan pakaian itu.

"Bila tengok kau hari ni, aku rasa macam mimpi, no, no don't cry, Fiona. Rosak make up nanti. Hari ni je kau rasa kau cantik dari hari biasa." Fiona mengibas wajah menahan air mata yang hampir keluar.

"Over lah minah ni." Armani menampar lembut bahu Fiona. Tawa kecil kedengaran.

"Aku happy sangat tau. Finally, aku dapat lihat kau pakai gaun pengantin macam ni. Bukan sebab kau nak photoshoot or related to your work, tapi kau nak kahwin, Armani. Kahwin betul-betul."

"Sumpah demi Tuhan aku gembira untuk kau. Aku doa semoga kau bahagia dengan Darrell. Aku yakin dia boleh jaga kau dengan baik." kedua belah pipi Armani disentuh.

Semoga selepas ini, Armani jumpa kebahagiaan yang selayaknya untuk gadis sebaik sahabatnya. Itu yang Fiona selalu harapkan.

Armani memaksa bibir untuk senyum. Sejujurnya, Armani tak tahu apa yang dia rasakan sekarang.

Takut. Gugup. Menyesal. Semua perasaan itu buat hati Armani menjadi kacau.

"Aku tahu kau nervous. Relax okay?" pujuk Fiona.

"Fiona, aku rasa aku-" percakapan sendiri seakan tersekat di kerongkong.

"Semua perasaan yang kau rasakan sekarang, itu normal. Biasalah tu. Nak kahwin kan? Tapi lepas saja akad nikah nanti, everything will be fine. Trust me." Fiona genggam erat tangan Armani seolah menyalurkan semangat dalam diri gadis itu.

Muka pucat Armani jelas kelihatan dan sebagai bridemaid Armani, inilah salah satu fungsinya.

Menenangkan bakal pengantin perempuan yang gugup.

Armani memaksa kepala untuk angguk.

"Kau tunggu sini kejap ya? Kalau abang Reza dah sampai aku bawa kau keluar okay? Jangan pergi mana-mana." Fiona tergesa-gesa keluar dari bilik untuk menjawab panggilan dari Reza.

Armani kembali duduk di kerusi. Tangan diramas sekali lagi. Kata-kata semangat dari Fiona tadi belum mampu memadamkan kegelisahan yang maha hebat di hatinya.

"Cuba ingat balik kehidupan you, Armani! Mak bapak you mati. Benjamin menghilangkan diri disebabkan you, I broke up with you dan Erin pilih I berbanding persahabatan you berdua! Semua orang yang pernah hadir dalam hidup you tinggalkan you."

"And sekarang you rasa lelaki baik macam Darrell akan kekal bersama you? Wake up, Armani!"

"You seharusnya sedar yang manusia macam you memang ditakdirkan untuk hidup keseorangan. You don't deserve love from us."

ARMANI FAIRYTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang