Bibir Armani mengeluh berat. Selimut yang menutupi kaki ditendang kuat tanda geram. Jika tidak kerana Reza yang menelefonnya tadi, pasti mata bundar itu belum tercelik dalam jam ini.
Cuti begini tak nak pula mata ni mahu tidur semula macam hari bekerja. Abang Reza punya fasal lah ni. Call dia semata-mata nak tanya jenama aiskrim apa yang Armani beli semalam di 7-Eleven. Katanya dia nak beli sebab semalam bila Reza lihat Armani makan nampak macam sedap sangat. Jadi pagi-pagi begini dia tiba-tiba mengidam.
Armani memaksa tubuh bangkit dari katil bersaiz king tersebut. Tekak haus minta dibasahkan dengan air. Kaki yang sudah tiba di dapur serta merta mati melihat satu kelibat asing sedang menemani kucing kesayangannya makan.
Mata mereka saling bertemu.
Oh, Darrell rupanya.
Kadang-kadang minda Armani belum terbiasa melihat kelibat Darrell berkeliaran di rumah ini walaupun mereka sudah tinggal sebumbung hampir 3 minggu. Mungkin sebab masing-masing sibukkan?
Setiap kali pulang ke rumah, Armani lihat Darrell sudah tidur. Keesokan paginya pula Darrell masih tidur kerana Armani harus bergerak awal pagi ke tempat penggambaran ataupun kalau Armani cuti, Darrell sudah berangkat ke pejabatnya. Jadi peluang mahu bersua muka tu memang tak mungkin berlaku. Memang macam bukan pasangan suami isteri. Kan?
"You cuti hari ni?" soal Armani saja berbasa basi apabila melintasi Darrell yang masih sibuk melayan kerenah Dilan.
"Hm. Weekend kan?" jawab Darrell ringkas.
Armani angguk sambil mentertawakan diri sendiri. Ya, dia lupa pula hari ini hari Sabtu.
Peti ais dibuka. Tangan mencapai susu kotak Dutch Lady Low Fat.
"Lah, dah habis rupanya." gumam Armani sedikit kecewa apabila kotak yang diangkat terasa begitu ringan.
Susu kotak itu diletakkan semula ke dalam peti ais.
"Kalau dah tahu habis, buanglah. Kenapa nak letak dalam peti ais balik?" kedengaran suara Darrell menegurnya dari belakang.
"Hampir setiap pagi, itu lah kerja I. Nak kena buang kotak susu yang you tinggalkan dalam peti ais." bebel Darrell sambil melangkah ke peti ais tersebut.
Darrell mencapai kotak susu yang kosong itu lalu dibuang ke dalam tong sampah. Armani memandang lelaki itu dengan cebikan.
"I have my own system, okay? Tujuan I letak susu kotak yang kosong tu dalam peti ais supaya I tak lupa untuk beli susu yang baru. You apa tahu?" terang Armani bersungguh-sungguh.
Darrell hanya mampu mempamer riak kosong. Macam tak percaya pula ada 'sistem' yang tak masuk akal seperti itu wujud dalam dunia ini.
"Habis tu bila dah beli yang baru kenapa yang lama tu tak reti nak buang?" Darrell menggeleng kepala. Failed betullah sistemnya kalau begitu.
"Dah ada you yang tolong buangkan? Macam itu lah kehidupan suami isteri kan? Saling melengkapi." Armani tunjuk muka sengih manja.
Kepala digeleng kembali. Makin dilayan perangai Armani ini, memang makin menjadi.
"Tengahari nanti ikut I balik rumah ibu. Dia ajak makan tengahari sama-sama. You cuti juga kan hari ini?" Darrell terus tukar topik sebelum Armani semakin melalut entah apa-apa.
Mendengar saja ajakan itu, senyuman Armani menjadi lebar lalu kaki lantas menghampiri Darrell yang menyandar di table top.
"Balik rumah ibu? Yes! I free hari ini. Bestnya dapat makan-makan." Armani bertepuk tangan kegembiraan.
Tinggi kening Darrell tanda hairan dengan reaksi Armani. Ajak makan pun macam menang loteri 10 juta. Sah pelik perempuan ini!
"I cuma ajak you pergi makan di rumah ibu, bukan bagi you duit sampai berjuta. Relax, boleh?"

YOU ARE READING
ARMANI FAIRY
RomanceArmani Fairy x Darrell Raed Yang tidak ditakdirkan untukmu, Akan menemukan caranya untuk hilang. Yang ditakdirkan untukmu, Akan menemukan jalannya untuk pulang. Yang buruk sengaja Tuhan lepaskan, Agar yang baik mempunyai kesempatan untuk datang.