ARMANI FAIRY - 6

1.8K 232 25
                                    

Hari ini ialah hari yang paling membosankan. Bezanya dengan Fiona, gadis itu sejak awal pagi tadi hingga membawa ke petang asyik melekat di hadapan televisyen menghabiskan drama Thailand yang ada di netflix menggunakan akaun Armani.

Ingatkan semalam, bila dia mengajak Fiona menemaninya di rumah Armani tidaklah terlalu bosan. Ada juga teman dengan dia bersembang. Ini tidak, Fiona ada ke tidak tak ada beza pun.

Obses sangat dengan Mario
Maurer dia tu.

Erin pula satu hal. Puas dihubungi, dia langsung tidak menjawab panggilan. Mesejnya apatah lagi. Satu apa pun tidak di balas.

Kebetulan Fiona menginap di rumahnya, jadi Armani mahu mengajak Erin ke sini juga sebelum dia, Fiona dan Reza berangkat ke Seoul pagi esok.

"Jom kita cari makan dekat luar. Lapar lah." rengek Armani di sebelah Fiona.

"Kau tak ingat ke pesanan abang Reza semalam? Kau tak boleh ke mana-mana hari ini." jawab Fiona. Mata masih fokus melihat pelakon kegemarannya di kaca tv.

"Kalau tak bagitahu, dia takkan tahu kan?" Armani cuba menghasut.

Namun begitu, pendirian Fiona seteguh batu besar yang sering dipukul ombak. Tetap utuh.

"Kau dengan abang Reza sama jelah! Kita keluar nak cari makan je pun. Bukan buat benda tak elok." luah Armani tidak puas hati.

Kucingnya bernama Dilan yang duduk santai di hadapan sofa, diambil lalu diletakkan di atas riba.

"Iya, aku tahu. Tapi aku dengan abang Reza cuma nak jaga kau saja. Kau baru je keluar dari hospital dan risau abang Reza pada kau tu pun masih belum hilang lagi tau."

Armani diam. Mata digulingkan ke atas. Dia masih hidupkan sekarang? Nak risau apanya lagi?

"Kau dengar je lah cakap dia. Tak susah pun. Tadi kau kata, kau lapar kan? Aku order foodpanda nak?" Fiona toleh kiri ke kanan mencari telefon pintar.

"Tak payah. Aku dah kenyang." Armani mula berdiri sambil mendukung Dilan di tangan.

"Merajuk pula dah?" Fiona menggeleng kepala.

"Takdelah merajuk. Sakit hati je." jawapan Armani itu mengundang tawa kecil Fiona.

Armani begitulah. Walaupun dia berusaha untuk nampak kuat dihadapan semua orang, namun Armani ialah perempuan paling sensitif yang Fiona pernah kenal.

Mudah merajuk. Mudah marah. Mudah menangis. Dan mudah juga Armani menjadi okay selepas itu.

Bekerja dengan Armani, Fiona tidak pernah rasa hubungan mereka atas dasar pekerja dan majikan semata-mata.

Dia dan Armani sama-sama anak yatim piatu. Jadi adanya Armani membuatkan Fiona merasakan dia juga memiliki keluarga seperti orang lain.

Bunyi loceng rumah menghentikan langkah kaki Armani untuk singgah ke dapur.

"No, it's okay. Aku bukakan pintu." Fiona pantas bangun dari sofa lalu terus menuju ke pintu.

Kening sempat dijongket tinggi melihat kelibat wajah tetamu yang muncul di skrin sebelah pintu rumah.

"Siapa?" tanya Armani turut melangkah ke situ.

"Selamat petang, Cik Armani." sapa Gary mesra sebaik saja pintu dibuka.

"Hi, Fiona."

Fiona lantas buat muka jelik. Sakit matanya melihat wajah gatal Gary itu. Muka macam buah durian!

"Maaf kalau kedatangan saya ke sini menganggu Cik Armani dan Cik Fiona."

"Iya, memang mengganggu pun!" pintas Fiona selamba.

ARMANI FAIRYWhere stories live. Discover now