ARMANI FAIRY - 10

2.3K 248 27
                                    

Jari runcing dimain tanpa sedar. Mata menunduk menekur ke lantai melihat bayang-bayang hitam Reza yang mundar-mundir dari tadi.

Armani tahu benar. Jika Reza bertingkah begitu pasti ada dua sebab saja. Pertama, Reza sedang menahan marah. Kedua, mungkin dia sedang kelaparan.

Sebab kedua itu memang kedengaran pelik, tapi itulah kenyataannya.

"Kau berdua dah gila ke?!" jerkahan Reza hampir mengeluarkan jantung Armani dan Fiona.

Namun tidak Darrell. Lelaki itu masih kekal tenang di sebelah Armani dari tadi. Dan Armani sempat kagum dengan ketenangan itu.

"Kalau kau nak bergurau dengan aku, kau pergi balik sekarang, Darrell sebelum pecah muka kau aku kerja kan! Balik!" marah Reza.

"Aku takkan buang masa kau untuk bergurau tentang hal macam ni. Aku datang sini dengan niat baik untuk bagitahu kau yang aku akan kahwin dengan Armani." tutur Darrell dengan tenang dan lancar.

Fiona dari tadi diam. Tiba-tiba kejadian Armani dan Darrell menari di majlis ulangtahun syarikat keluarga diraja tempoh hari mula menjengah kembali.

Firasat Fiona benar. Kedekatan mereka berdua pada malam itu bukan semata-mata hanya mahu menyakitkan hati Idlan dan Erin.

Tetapi, Darrell dan Armani memang betul-betul bercinta. Begitu kah?

Tapi sejak bila pula ya? Mengapa Fiona tak tahu langsung?

"Kenapa abang nak marah-marah pula ni? Darrell dengan I bukan buat benda tak elok pun? Tak pernah pula I dengar yang kahwin ini salah di sisi-sisi undang. Abang saja yang suka buat drama." sampuk Armani menjuling mata ke atas.

Reza menghembus nafas kasar. Wajah diraup sebelum melabuhkan punggung di atas sofa.

Dia terlalu terkejut jadi Reza terus mengambil langkah untuk marah daripada beriak tenang.

Siapa saja yang boleh tak tercabut jantungnya apabila tiba-tiba dia didatangi seorang lelaki yang mahu meminang seorang gadis yang sudah Reza anggap seperti adik kandung sendiri.

"Abang marah sebab you tak fikir panjang. You baru putus dengan Idlan 2 minggu lepas and now you telling me you are getting married? Nonsense, Armani!" sakit kepala Reza dibuatnya.

Kalau bab menimbulkan stres dalam kepala otaknya, Armani memang kreatif.

"I kahwin dengan Darrell. Bukan dengan Idlan. Apa masalahnya?" jawab Armani lagi.

"That's the fucking problem." balas Reza pula.

Darrell mengetap bibir sambil memejam mata. Patutlah mulut Armani lancang saja mencarut. Belajar dari si Reza ni lah kut.

"I yakin you dengan Darrell baru kenal sehari dua. Eh, abang tak faham lah. Macam mana kau berdua boleh terfikir sampai nak kahwin ni? Ke you mengandung ni Armani? Jujur dengan abang cepat."

Membulat mata Armani mendengar tuduhan berat Reza. Perut kempisnya terus ditutup dengan telapak tangan.

"Abang ingat I seteruk itu ke? I masih ada maruah tau tak?" suara Armani naik seoktaf.

"Betul tu. Bukan macam Erin. Kalau abang nak tahu Idlan dah heret dia sampai ke katil tau bang? Dasar perempuan jalang." tiba-tiba Fiona menyampuk.

Reza lantas menjeling tajam ke arah gadis itu. Menyibuk saja orang tengah bercakap!

Armani sempat buat isyarat 'thumbs up' pada Fiona.

"Aku kenal Armani lama, Reza. Sejak kitaorang sekolah lagi." beritahu Darrell.

Kenyataan itu mendapat anggukan dari Armani.

"So kalau kau kenal dia dari sekolah sekalipun boleh bagi jaminan pada Armani yang kau boleh bahagiakan dia? Cukup aku benci Idlan seorang."

ARMANI FAIRYWhere stories live. Discover now