ARMANI FAIRY - 4

1.5K 190 12
                                    

"Betul ke apa yang Darrell bagitahu ibu ni?" suara wanita separuh umur itu kedengaran penuh teruja.

Darrell ikut senyum melihat sinar bahagia yang jelas tergambar di wajah seorang wanita yang bergelar ibu. Manusia yang paling Darrell cinta.

Jarang sungguh bibir pucat milik Puan Maryam itu melukis senyuman lebar begitu. Darrell sudah dapat menjangkakannya. Berita gembira yang dia sampaikan ini pasti akan menyenangkan hati Puan Maryam.

"Bila Darrell nak bawa ibu jumpa bakal menantu ibu ni?" Puan Maryam yang tampak lemah tadi berubah cergas dengan drastiknya sehingga mengundang kelucuan Darrell.

"Minggu depan, ibu. Tadi kan Darrell dah bagitahu ibu."

"Tak lama sangat ke minggu depan? Kenapa tak esok-.... uhuk uhuk uhuk!" Puan Maryam terbatuk-batuk menekan dada.

Darrell sempat gelabah. Nasib baik Gary disebelah pantas menghulurkan satu gelas berisi air kosong yang terletak di meja kecil di sebelah katil Puan Maryam.

"Minum dulu ni. Cakap perlahan-lahan lah, ibu. Ibu masih tak sihat lagi tu." gelas bertukar tangan.

Puan Maryam mencicip sedikit air kosong di dalam gelas.

"Ibu dah sihat, Darrell bila ibu dengar anak sulung ibu nak kahwin dah. Alhamdulillah, Tuhan dengar doa ibu, nak. Hilang semua penyakit dalam badan ibu ni." wajah kacak Darrell dibelai penuh kasih.

Akhirnya, Darrell jumpa kebahagiaan sendiri. Sejak suaminya meninggal dunia, Darrell lah yang menjadi tulang belakang keluarga mereka. Dan tanggungjawab itu sudah digalas oleh Darrell sejak lelaki itu berumur 13 tahun lagi. Masa remaja Darrell diragut kerana kemiskinan mereka.

Anak lelakinya terpaksa menjadi seorang manusia yang matang, tidak seiring dengan umur Darrell pada waktu itu. Jika anak muda yang lain sibuk mencari kenikmatan dunia, Darrell pula mengerah segala kudrat mencari sesuap nasi untuk mereka bertiga meneruskan kehidupan hari demi hari.

Hampir setiap detik, Puan Maryam akan menyalahkan diri sendiri kerana tidak mampu menjadi ibu yang terbaik untuk anak sulungnya. Disebabkan penyakitnya yang dihidap sejak dulu, membataskan segala pergerakan Puan Maryam dan kemungkinan besar akan membahayakan nyawanya sendiri.

"Ibu dengan adik tanggungjawab Darrell lepas ayah tak ada. Jangan halang Darrell, ibu. Darrell okay. Tapi bila ada apa-apa yang jadi dengan ibu atau adik, ibaratnya macam Darrell menjerut leher Darrell sendiri."

Kata-kata itu mendiamkan Puan Maryam sehingga sekarang selepas berapa kali cubaan dia memujuk Darrell agar Puan Maryam saja yang mencari rezeki untuk mereka sekeluarga. Biarlah Darrell menikmati masa remajanya.

Dan lihatlah sekarang, Darrell dapat membuktikan bahawa dia mampu menunaikan tanggungjawabnya sehingga keluarga mereka tidak sesusah dulu.

"Bawalah dia ke sini esok. Nanti ibu masak sedap-sedap untuk menantu ibu tu. Ya?" pujuk Puan Maryam.

Darrell ambil tangan kanan Puan Maryam lalu digenggam erat.

"Minggu depan lah ibu, ya? Darrell pun dah cakap dengan dia. Lagipun kitaorang sama-sama sibuk minggu ni."

Puan Maryam diam sejenak. Saja tayang muka merajuk. Mana tahu Darrell ubah fikiran kan?

"Ha, satu lagi. Ibu jangan pandai-pandai nak masak pula ya? Darrell tak kasi ibu buat kerja berat macam tu. Ibu tak sihat. Makanan semua Darrell dah settle-kan. Ibu tak payah risau." amaran Darrell tadi memasamkan muka pucat Puan Maryam.

"Gary tengok Darrell ni, banyak betul syaratnya. Semua benda makcik tak boleh buat." Puan Maryam mengadu pada Gary yang hanya mendiamkan diri dari tadi.

ARMANI FAIRYWhere stories live. Discover now