ARMANI FAIRY - 15

268 89 2
                                    

Bau tumisan nasi goreng dari tingkat bawah membawa kaki Armani menuju laju ke dapur tanpa sedar. Kepala menjenguk dari dinding sambil memerhati lelaki kacak bernama Darrell sedang beraksi di dapur.

Armani seorang yang jarang mengambil sarapan tapi bau nasi goreng ini berjaya membuatkan perutnya kelaparan. Mulut berdehem sebentar sebelum kaki membuka langkah masuk ke ruangan dapur. Armani bercadang mahu melihat lebih dekat tapi nanti dia berpura-pura singgah ke peti ais untuk minum susu.

Darrell yang menyedari kehadiran Armani di situ menghantar kerlingan seketika ke arah gadis seksi itu sebelum matanya tertumpu semula pada nasi goreng yang sudah siap dimasak.

Api di tutup dengan cermat. Tangan mengambil pinggan kosong di atas kabinet lalu menyedok nasi goreng yang panas ke atas pinggan. Darrell membawa diri bersama pinggan ke meja makan untuk menikmati sarapannya.

Armani memanjangkan leher mencuri pandang kuali berisi nasi goreng. Air liur ditelan berkali-kali. Nampak sedap. Armani nak sangat rasa tapi itulah. . . Segan walaupun selalunya Armani memang jenis yang tak tahu malu pun.

Tak apalah. Tengahari nanti dia akan ajak Fiona pergi makan di restoran Indonesia dekat dengan tempat dia photoshoot hari ini. Dengar-dengar nasi goreng cili padi di situ sedap. Esok-esok boleh sambung diet.

"Makan lah kalau nak. I memang sengaja masak lebih." Darrell tiba-tiba bersuara tanpa berpaling ke belakang.

Mata bundar Armani terus bersinar terang. Cepat saja tangannya mengambil pinggan di kabinet. Pinggan berisi nasi goreng lantas di bawa ke meja makan lalu melabuhkan punggung di hadapan Darrell.

Sesuap nasi disua ke dalam mulut. Bau dan rasa seiring lazatnya.

"Pandai you masak. I suka rasa nasi goreng macam ni. Macam yang arwah mama selalu masak untuk I masa I kecik-kecik dulu." rindu pada mamanya mula menjengah di hati. Dulu, hampir setiap hari dia akan bawa bekal nasi goreng mamanya ke sekolah.

Nadine dan Leanna pun suka nasi goreng yang dimasak oleh mamanya. Kata mereka, nasi goreng paling sedap di bumi!

"Nasi goreng simple je. Ibu yang ajar I masak." balas Darrell bersahaja. Matanya ralit memerhati nasi goreng Armani yang serupa gunung Everest.

Tak sangka badan slim macam itu boleh tahan juga nafsu makannya. Iya lah kan, tengoklah masa di rumah ibu hari tu. Darrell hampir saja percaya yang Armani memang ada membela 10 ekor saka.

"Banyak you makan? Model macam you tak takut ke berat badan naik?" soalan Darrell menghentikan suapan Armani.

Gadis itu sengih panjang.

"Metabolisme I masih tinggi. Kut? So berat badan I susah nak naik kalau I makan seperiuk nasi goreng you hari ini." Armani meneruskan suapannya.

"Habistu kenapa minggu lepas you bermati-matian diet sampai makan sekali sehari je? Kalau nak mati awal, boleh kut you amal cara hidup macam tu." Darrell boleh masuk ICU kalau ikut cara diet Armani.

"I had no choice. Management I sendiri yang minta I buat strict diet kalau ada runaway show. Mereka betul-betul pantau makan minum I. Especially, Abang Reza. Kalau dengan dia tak boleh makan itu, tak boleh minum ini. Calories tinggi lah, fats tinggi lah. Honestly, I rimas sangat orang atur hidup I macam tu. Tapi nak buat macam mana kan? I yang pilih kerjaya ini. Selangkah kaki you masuk dunia model, maksudnya badan you ni bukan milik you sepenuhnya." tanpa sedar Armani terluah perasaan pula.

Sejujurnya, dia cemburu melihat orang lain boleh buat apa saja untuk diri sendiri. Sedangkan dia, hendak makan pun orang lain yang tentukan. Bukankah kehidupan seperti itu menyedihkan?

ARMANI FAIRYWhere stories live. Discover now