ARMANI FAIRY - 19

3.2K 341 21
                                        

From: Idlan
Jumpa I di bilik 713.

Armani baca semula pesanan yang di hantar oleh Idlan dua jam yang lepas sebaik saja dia menjejakkan kaki di lobi hotel. Memandangkan gosip tentangnya dan Idlan sedang hangat diperkatakan, jadi dia bersetuju untuk bertemu dengan Idlan di hotel saja. Privacy matters. Berjumpa di kawasan terbuka begini hanya akan menghuru-harakan keadaan.

"Kau betul yakin nak jumpa dia? Belum terlambat lagi kita nak patah balik ni, Armani." tutur Fiona penuh kerisauan. Sejujurnya, dia rasa tak sedap hati dengan rancangan Armani menemui Idlan di sini.

"Tak, Fiona. Aku nak selesaikan semua masalah ni sekarang juga. Cukup aku ikut telunjuk jantan tu. Aku tak nak Darrell dengan keluarga dia terpalit sama. Diorang tak bersalah." terang Armani bersungguh.

"Kau rasa Idlan tu nak ke berbincang dengan elok macam yang kau fikir sekarang? Dia tu antara manusia paling tak rasional yang aku pernah jumpa. Tak pun, kau terus terang je dengan Darrell. Senang. Aku yakin sangat dia boleh tolong kau." Fiona cuba meyakinkan Armani pula. Itu saja cadangan paling bernas sekarang.

Kaki Armani semakin laju berjalan ke arah lif. Kata-kata Fiona tadi bagaikan angin yang menyapa telinganya. Cadangan Fiona ada benarnya. Memang sebelum ini dia pernah terfikir untuk meminta pertolongan daripada Darrell cuma dia enggan menyusahkan hidup lelaki itu dengan masalahnya.

Siapa dia di mata Darrell sampai nak mengada-ada tolong untuk selesaikan hal-hal begini? Lagipun Armani yakin Darrell ada urusan yang lebih penting berbanding menyelesaikan masalah yang dia hadap sekarang.

"Tak payah lah, Fiona. Aku tak nak libatkan sesiapa dalam hal ini kecuali kau. Itupun aku cuma nak kau teman aku je. Settle, kita balik. Dan semua yang jadi hari ini hanya kau dengan aku saja yang tahu. Faham?" Pintu lif terbuka lantas Armani melangkah masuk.

Fiona hanya mampu mengeluh panjang sebelum membuntuti Armani dari belakang. Bercakap dengan Armani ini seperti kau sedang bercakap dengan dinding. Sia-sia.

Sepanjang lif bergerak ke atas, Armani dan Fiona masing-masing diam. Tidak ada apa lagi yang perlu dibalah atau dibincangkan. Fiona mengalah dengan sikap keras kepala Armani. Tak apalah. Dia turut berharap agar masalah ini memang akan selesai seperti yang Armani harapkan dan selagi dia ada di sini menemani Armani, Idlan tidak akan berani mengapa-apakan sahabatnya.

Armani dan Fiona serentak keluar dari perut lif dan berjalan beriringan sambil memerhati nombor yang tertera di hadapan setiap deretan pintu bilik yang mereka lalui.

"Ini bilik dia." Kaki Armani automatik berhenti sebaik saja menemui bilik bernombor 713 seperti yang tertera dalam mesej Idlan tadi.

Cukup sekali Armani menekan loceng, daun pintu lantas terbuka. Tidak sempat Armani menyapa, dengan tangkas Idlan menarik lengan Armani masuk ke dalam biliknya. Pintu ditutup semula sebelum Fiona sempat bertindak.

"Shit!" Fiona menampar kuat pintu.

"Buka pintu ni, Idlan! Kau dah gila ke?" Padahal dia yang seperti orang gila mengetuk pintu di hadapan. Dalam fikirannya sekarang hanya keselamatan Armani.

"Idlan! Buka pintu ni lah bodoh! Aku bunuh kau kalau jadi apa-apa dengan Armani! Buka!" tidak cukup dengan ketukan, Fiona tendang pula pintu itu. Namun apa saja perbuatannya hanya sia-sia. Tidak ada tanda-tanda pintu itu akan terbuka seperti tadi.

Jantung Fiona hampir gugur. Tubuhnya menggeletar hebat hanya memikirkan keadaan Armani di dalam bilik itu.

Jari mula mencari telefon bimbit di dalam beg tangan. Fiona kegelisahan menunggu panggilannya disambut.

ARMANI FAIRYTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang