"Hai pengantin baru!"
Sapaan itu menghentikan jari Darrell yang sibuk menyentuh skrin telefon bimbit. Kepala diangkat sedikit. Dengusan kasar hadir di bibir setelah menangkap wajah tuan empunya suara.
Kehadiran Gary tidak diendahkan lalu kembali membuang fokus ke telefon bimbit.
"Wah, bukan main ya? Mentang-mentang dah jadi suami model paling terkenal di galaksi, sombong kau dengan aku ya sekarang?" Gary mengambil tempat duduk di hadapan Darrell.
Tanpa segan silu, iced coffee milik Darrell disedut. Air orang memang sedap!
Darrell masih diam. Malas nak layan Gary.
"Kau dah lunch dah?" soal Gary pula. Lelaki itu kalau bab bercakap memang tak pernah mengalah walaupun seribu kali orang tak melayan dia. Makin jadi adalah.
Kepala Darrell sekadar menggeleng. Jari masih tekun menaip sesuatu di telefon bimbit.
"Kau buat apa? Chat Armani ke? Satu hari tak jumpa dah rindu? Awww-sweet nya. Nak tengok sikit boleh?" Gary memanjangkan leher ke hadapan. Mood kepochi sudah diaktifkan.
"Sibuklah. Kau pergi order makanan dulu sana. Orderkan untuk aku sekali." halau Darrell. Belakang badan bersandar ke kerusi untuk menjauh dari Gary.
"Kedekut!" Gary mencebik. Iced Coffee milik Darrell sengaja di habiskan. Biar padan muka kau!
Mata Darrell sempat mengerling cawan plastiknya yang sudah tinggal beberapa ketul ais saja.
Kurang asam kau, Gary!
Telefon bimbit lantas disimpan di dalam kocek seluar slack hitam.
"Aku ingat kau cuti lagi hari ini?" pertanyaan dari Gary mula diajukan lagi.
Pagi tadi sebelum masuk ke pejabat, dia pelik melihat kereta Darrell sudah diparkir di tempat biasa. Dek kerana tidak dapat menahan diri hendak bertanya soalan tadi, Gary tidak berhenti mencari Darrell tetapi sekilas pandangan pun wajah lelaki itu tidak kelihatan hari ini.
Kata Anna, Darrell keluar menemani Harlem melawat ke site. Dan rezekinya sebaik saja melangkah ke kafeteria, muka kembar Jang Kiyong ini menyapa pandangan matanya. Bergegaslah dia ke sini sebelum Darrell hilang lagi.
"Nak cuti kenapa?" Darrell kembali menyoal.
"Dia tanya kita pula. Pengantin baru takkan cuti sehari dua je kut. Ke Tengku Kai tak bagi kau cuti lebih?" balas Gary.
"Kahwin je pun. Bukan emergency ke apa sampai nak cuti panjang." jawab Darrell selamba melopongkan mulut Gary.
"Habis tu wife kau dekat rumah tu okay je tengok kau kerja hari ni? Takkan tak bawa pergi honeymoon kut. Hey, aku yang single ni pun tahu lah lepas kahwin kena bawa isteri pergi berbulan madu? Aku tak sangka pula kau sejahil ini, Rell?" Gary mengurut dahi bagai itu adalah salah satu masalah besar dalam hidupnya.
"Armani okay. Kau yang gelabah tak tentu fasal. Kau ingat Armani sekarang goyang kaki ke duduk dekat rumah? Dia pun kerja macam aku juga. Mungkin 5 kali ganda sibuk dari aku. Dan kau pun tahu tujuan aku dengan dia kahwin kan? So aku rasa tak perlu lah berbulan madu semua tu." terang Darrell panjang lebar.
Bukan dia tak tanya Armani soal itu. Gadis itu sendiri pun bagi jawapan yang sama. Tak payah susah-susah katanya. Jadi Darrell turutkan saja lah. Takkan dia hendak memaksa pula. Nampak macam dia pula yang terhegeh-hegeh nanti.
"Iya aku tahu tentang 'tujuan' kau berdua tu, tapi takkan lah kau tak nak bagi Armani rasa pengalaman menjadi pasangan suami isteri yang sebenar. Orang yang kahwin dengan kau ni, public figure tau. Semua orang nak tahu fasal Armani. Nanti tak fasal-fasal keluar gosip yang bukan-bukan tentang dia, yang paling teruk kena tempiasnya mestilah Armani kan?"

YOU ARE READING
ARMANI FAIRY
RomanceArmani Fairy x Darrell Raed Yang tidak ditakdirkan untukmu, Akan menemukan caranya untuk hilang. Yang ditakdirkan untukmu, Akan menemukan jalannya untuk pulang. Yang buruk sengaja Tuhan lepaskan, Agar yang baik mempunyai kesempatan untuk datang.