HPA 7

50 3 0
                                    

Xaivier bermundar mandir dihadapan wad Cahaya. Tuan Arcy dan yang lain yang baru saja tiba mendekati jejaka itu.

"Vier, macam mana dengan Cahaya? Cahaya tak apa apa kan? Dia okay je kan?" Tanya Puan Drea bertubi tubi. Tuan Arcy mengusap bahu isterinya.

"Precious, sabar. Bagi Vier cakap dulu"

Xaivier tersenyum. "Doktor cakap Cahaya ok cuma dia kena stay dekat hospital dalam masa 3 4 hari." Jelas jejaka itu. Mereka semua menarik nafas lega.

"Malam ni biar daddy dan mummy yang jaga Cahaya. Korang semua balik" arah Tuan Arcy.

Mereka semua mengangguk. Darren bangkit dari duduknya dan mendukung Dalia yang terlelap di bahunya tadi lalu dibawa beredar dari situ. Xaivier mengikut abang dan kakaknya sambil memegang tangan Dariel.

Tuan Farhan menepuk bahu abang sulungnya. "Kau jangan risau, Cahaya tu kuat. Dia akan ok"

Tuan Arcy tersenyum. Dia memandang ke arah isterinya. "Yea. She's strong. Just like her mummy"

Puan Drea tersenyum nipis. Dia tahu, suaminya ingin dia bertenang. Dia memeluk tubuh suaminya.

"Aku balik dulu. Jaga diri" pesan Tuan Farhan sebelum berlalu dari situ.

**

"Weh, korang tau tak tadi kan, Haz naik basikal dengan Eidlan astu dua dua jatuh longkang" kata Danish. Semua tergelak.

"Kau ada ambil gambar tak?" Usik Arden. Danish angguk berkali kali.

"Ada ada"

"Weh dah dah la buka aib kami!" Merah pipi Eidlan dan Hazzar. Makin galak mereka semua ketawa.

Dalia memandang ke arah adik lelakinya, Xaivier. Jejaka itu hanya diam walaupun yang lain tengah bergurau.

Dia mengosok bahu Xaivier "dah, jangan fikir sangat. Mummy dengan daddy ada untuk jaga Cahaya"

Dia tahu apa yang Xaivier fikirkan, tak lain tak bukan tentang keadaan Cahaya la.

Xaivier tersenyum nipis. Dia angguk mengiyakan.

"By the way, tadi daddy Ren ada call uncle. Dia suruh uncle bagitahu Ren yang dia nak Ren pergi syarikat dia esok." ketawa Darren terhenti. Suasana menjadi sunyi.

"Korang semua dah kenapa?" Tanya Tuan Kayden hairan.

"Biar betul Darren kena handle syarikat uncle Ace? Dia baru 13 kot" kata Arden. Yang lain angguk setuju.

"Uncle cuma tolong sampaikan saja. Kalau korang mahupun Darren ada yang nak membantah, boleh cakap sendiri dengan uncle Ace" kata Tuan Irfan.

Darren mengeluh berat. Kalau cakap dengan daddy, memang tak lah daddy nak setuju dengan bantahan dia. Daddy seorang yang teguh dengan pendirian. Kalau dia kata ya, ya. Kalau tak, tak lah.

Susah nak ubah keputusan daddy.

"Nasihat uncle,  Ren ikut je apa yang daddy nak. Daddy Ren cuma nak Ren tolong tengokkan syarikat dia dekat sana. Sambil sambil tu Ren boleh belajar" nasihat Tuan Kayden. Darren angguk.

"Lagipun, susah nak ubah keputusan daddy kau, Ren" kata Ayden.

"Susah bagi korang, tapi kalau mummy Ren yang pujuk dia, senang je" kata Tuan Amir.

"Haah, teringat pula masa diorang awal awal kahwin dulu. Manis bagaikan madu" ujar Tuan Haikal.

"Eh tapi diorang memang sweet and romantic je kan sampai sekarang" kata Tuan Farhan pula. Third generation hanya melihat.

"Ace kan obses dengan bini dia tu"  second generation mengangguk mengiyakan.

TING.

Bunyi notifikasi dari telefon Darren menyentakkan mereka. Semua mata memandang ke arah jejaka itu.

"Amboi, My Precious Angel ehh" usik Danish. Dia menolak bahu Darren sedikit.

"Crush chat la, pergi la balas" Tuan Eykal turut mengusik jejaka muda itu.

Merah wajah Darren ketika ini. Dia mengambil telefonnya lalu bangun dan masuk ke dalam bilik tidurnya.

**

Darren membuka notifikasi dari Clara. Tersenyum senyum dirinya tatkala membalas pesanan dari buah hatinya itu.

Sejak dari hari mereka berbual bersama itu, hubungan mereka semakin rapat.

My Precious Angel🌹
Darren, aku bosan ni.

You
Then? Kau nak aku buat apa? Bacakan apa apa cerita untuk kau supaya kau boleh tidur ke?

My Precious Angel🌹
Erm boleh juga.

You
Kau nak tau tentang cerita apa?

My Precious Angel🌹
Tentang family kau mungkin?

You
Boleh. Daddy aku kenal mummy aku since diorang sekolah rendah. Hanya disebabkan satu perkara yang tak disengajakan, boleh buat daddy aku obses dengan mummy aku.

Dia selalu simpan gambar mummy aku dan tampal dekat dinding bilik tidur dia. Daddy aku ni seorang yang dingin, hanya mummy aku je yang boleh ambil hati dia.

My Precious Angel🌹
Lepas tu? Macam mana diorang boleh berkahwin?

You
Daddy aku beli mummy aku dan bawa mummy tinggal di rumah dia. Daddy paksa mummy kahwin dengan dia. Mummy pada awalnya tak nak sampai dia pernah lari dari rumah but last last, mummy setuju juga.

Lepas je kahwin, ada la masalah rumah tangga sikit sebelum aku dan adik beradik aku muncul. Dan kami berbahagia sampai la sekarang.

My Precious Angel🌹
Mesti best kan jadi mummy kau? Dapat suami yang obses dan bertanggungjawab macam tu. Aku pun teringin nak lelaki macam tu juga.

You
Jangan risau. Kau akan dapat lelaki yang kau nak satu hari nanti.

My Precious Angel🌹
Hm. Thanks Darren untuk story tu, aku dah mengantuk ni. Aku tidur dulu eh. Selamat malam.

You
Sama sama. Good night too, Adel.

To be continue..

PEMILIK HATIWhere stories live. Discover now