Clara membuka buku matematiknya. Sementara cikgu masih lagi belum masuk kelas, dia masih lagi ada waktu untuk siapkan kerja sekolah semalam.
"Delisha, nak pinjam buku math kau boleh? Aku tak siap yang semalam cikgu suruh buat tu" kata Clara. Delisha mengangguk. Dia memberikan buku latihannya kepada Clara.
Clara menggaru atas kepalanya yang berlapik dengan tudung sekolah dua lapisnya itu kerana tidak berapa faham dengan jalan kerja Delisha.
"Weh Del, macam mana kau buat kerja soalan ni?" Soal Clara hairan. Delisha memandang ke arah buku latihan milik Clara.
"Ouh hehe aku pun tak berapa faham dengan apa yang cikgu ajar semalam. Aku cuma salin je" kata Delisha. Dia tersengih.
Arden yang melihat dari jauh tersenyum dalam diam. Comel juga crush aku ni.
Clara menggelengkan kepalanya. Tiba tiba ada satu idea yang terlintas di fikirannya. Dia memandang ke arah Darren yang sedang berbual dengan Hashr.
"Darren Arjuna Edward!" Panggil Clara kuat. Darren menoleh ke arah gadis kecil itu. Ternaik keningnya saat Clara memanggilnya mengunakan isyarat jari.
"Ya?" Soal Darren. Clara mengangkat buku latihan matematiknya.
"Nak pinjam buku math kau boleh? Aku tanya Del tadi, kerja dia pun aku tak faham. Yang tinggal sekarang ni kau je. Aku dah la tak siap lagi ni takut kena marah dengan cikgu" ujar Clara perlahan.
Darren tersenyum nipis. Dia mengeluarkan buku latihan matematiknya dari dalam beg sekolah sebelum diberikan kepada gadis di hadapannya.
"Nah, nanti letak bawah meja aku balik" arah Darren lalu dia kembali ke meja Hashr yang berada di tepi pintu kelas.
"Ok" kata Clara. Dia duduk di tempatnya dan menyalin semua kerja sekolah yang masih lagi dia belum siapkan.
"Kau tengok tengok apa tuh, Ren?" Tanya Faiq hairan. Mana tak hairannya kalau si Darren ni daripada tadi asyik tengok Clara je.
Kejap kejap toleh tengok gadia itu sikit sikit menoleh memandang ke arah gadis itu walaupun Clara tidak memandang ke arahnya langsung.
"Semalam dia confess dekat aku" kata Darren. Membulat mata Arden dan Ammar.
"Biar betul?" Soal mereka berdua serentak. Darren mengiyakan.
Arden dan Hashr memandang satu sama lain. Mereka menggunakan isyarat mata saja.
"Kau accept dia ke?" Tanya Hashr. Darren menunduk dan menggeleng.
"Kenapa pula?"
"Kami masih muda lagi. Masih panjang perjalanan kami" balas Darren. Hashr tersenyum puas mendengar balasan itu.
To be continue..
He lie to them without know that one of them already know it first.
YOU ARE READING
PEMILIK HATI
RomanceHIS SERIES 1 𝑫𝒂𝒓𝒓𝒆𝒏 𝑨𝒓𝒋𝒖𝒏𝒂 𝑬𝒅𝒘𝒂𝒓𝒅 & 𝑨𝒅𝒆𝒍𝒍𝒚𝒂 𝑨𝒏𝒈𝒆𝒍𝒊𝒏𝒂 𝑪𝒍𝒂𝒓𝒂 Siapa saja yang tidak kenal dengan Darren Arjuna Edward? Anak kepada salah seorang billionaire iaitu Tuan Muda Arcy Xaivier Arjuna. Abang sulung kepada...