HPA 13

49 4 0
                                    

Mama ingat nak pergi makan dekat kedai makan yang ada di tepi pantai tu. Nak ikut tak? Lara? Abang? Rin?" Tanya Zurina saat makan malam.

Darina menggelengkan kepalanya tanda tidak mahu. "Tak apa lah ma. Mama pergi la dengan Lara. Rin nak duduk rumah, sakit perut pula makan banyak lepas buka puasa ni" kata perempuan itu.

Zurin memandang ke arah suaminya. "Abang?"

Dahlan turut menggelengkan kepalanya.

"Tak apa, abang temankan Rin di rumah. Kasihan pula nak tinggalkan dia seorang diri. Lagipun dia masih kecil" kata Dahlan. Zurina mengangguk faham.

Dahi Clara berkerut. Kecil? Dah sebelas tahun tu masih dikira kecil ke? Ouh lupa pula yang Darina ni anak 'kesayangan' kan. Mestilah masih kecil di mata ahli keluarganya itu.

"Kalau macam tu lepas maghrib ni Lara siap siap cepat lepas tu jumpa mama dekat luar. Mama tunggu" kata Zurina tanpa memandang ke arah anak sulungnya itu.

Clara mengangguk dan tersenyum manis. Walaupun ibunya tidak memandang ke arahnya, dia bahagia kerana dapat meluangkan masa bersama sama dengan wanita itu.

"Okay mama. Jauh ke kedai makan tu?" Soal Clara ingin tahu. Dia letakkan sudu dan garfu yang dia gunakan tadi ke atas pinggan.

"Tak ada la jauh mana pun tapi ambil masa juga la untuk sampai ke sana" balas wanita itu. Kepala masih lagi menunduk sambil mengupas kulit udang untuk Darina.

Clara mengangguk kepala faham. Darina tersenyum sinis dalam diam.

'Tahu la apa aku nak buat dengan kau nanti, Clara. Aku akan pastikan kau keluar dari rumah ni sampai bila bila' desis hati perempuan itu.

**

"Assalamualaikum" Zurina memberikan salam namun tiada balasan. Dia membuka pintu rumah dari luar. Mereka berdua masuk ke dalam rumah selepas puas meluangkan masa bersama sama.

Terkedu Clara saat melihat meja kecil yang berada di tengah tengah ruang tamu itu. Penuh dengan plastik makanan ringan seperti keropok, coklat dan lain lain.

Dia menolong Zurina untuk membawa plastik plastik tadi ke dapur.

"Haih si Darina ni makan tak reti nak kemas ke??" Bebel Zurina. Clara tersenyum.

"Mungkin dia terlupa kot ma" katanya. Zurina memandang ke arah wajah anak sulungnya dan plastik plastik makanan ringan itu bersilih ganti.

"Macam ini lah, apa kata kamu yang kemas saja. Kamu kan rajin Lara" kata Zurina. Belum sempat gadis itu menolak, ibu kandungnya itu sudah naik ke biliknya.

Clara mengeluh. Haih terpaksa lah dia buat kerja ini bersendirian tanpa bantuan sesiapa walaupun dia maish belum dapatkan rehat.

To be continue..

PEMILIK HATIWhere stories live. Discover now