"Darren" panggil Puan Drea. Darren yang sedang menonton drama 'Jangan Benci Cintaku' itu menoleh ke arah ibunya.
"Ya mummy?" Soal Darren lembut. Puan Drea duduk di sebelah anak sulungnya.
"Macam mana Darren sedar yang Darren suka dia?" Ha sudah, soalan kbat dari Puan Drea itu membuatkan Darren menelan air liur kesat.
"Err..." Puan Drea setia menunggu jawapan dari anaknya.
"Kenapa Darren Arjuna Edward Bin Tuan Arcy Xaivier Arjuna?" Nama penuh anaknya disebut.
Darren menunduk. "Maaf mummy, Ren sendiri tak tahu bila Ren suka dia. Yang Ren tahu, Ren tak suka bila ada orang lain pandang dia even Arden dan Adian" luahnya.
Puan Drea tersenyum puas mendengar balasan itu. Tuan Arcy yang baru saja keluar dari dapur itu duduk di sebelah isterinya.
Tangannya naik merangkul bahu wanita kesayangannya itu. Matanya masih lagi menatap ke arah Darren.
"That's mean you truly love her" kata lelaki itu. Darren mengangkat kepala saat mendengar suara ayahnya.
Dahinya berkerut. "Maksud daddy apa?"
"Cinta yang sebenar adalah ketika kamu sendiri tidak tahu mengapa kamu mencintai dirinya" kata Tuan Arcy tenang.
Darren terkedu, terkaku, terkesima ah semua ter la dia rasa sekarang ni.
Matanya memandang pula ke arah wajah ibunya yanh sedang tersenyum manis.
"Betul ke mummy pun rasa macam tu?" Soal Darren inginkan pendapat walhal dia tahu yang pendapat kedua ibu bapanya itu selalu sama.
Puan Drea mengangguk mengiyakan. "Mestilah. Betul apa yang daddy Ren cakap tu. And disebabkan Darren suka dia, jaga dia baik baik ya"
Darren tersenyum nipis. "Baik mummy, Darren akan ingat pesanan mummy dan daddy ni sampai bila bila"
Dia meletakkan kepalanya di atas peha Puan Drea. Wanita itu mengusap lembut kepala anaknya. Terbeliak mata Tuan Arcy. Tak menunggu lama, dia terus menolak kuat kepala anak sulungnya itu tanpa rasa kasihan.
Darren bangun sambil mendesis sakit. "Aduhh apa daddy ni! Sakit tahu tak?"
Puan Drea menepuk lengan suaminya manja. "Apa abang ni buat anak macam tu"
"Biar je kat dia tu siapa suruh berani baring atas riba isteri orang. Dah 13 tahun kan, lagi 3 tahun dah boleh kahwin dah pun. Tak malu asyik manja dengan isteri orang" kata lelaki itu. Makin cemberut wajah anaknya.
"Fine, daddy dah tak sayang Ren kan. Fine, biar Ren keluar dari rumah ni" kata Darren mengada. Dia bangun dari sofa itu dan berjalan naik ke biliknya sambil menghentak hentak kuat kakinya.
"Ha pergi lah. Lagi bagus sebab daddy tak payah tengok muka Darren lagi" laung Tuan Arcy dari bawah.
Tergeleng kepala Puan Drea saat melihat adegan anak dan bapak ini. Ada ada saja perangainya.
To be continue..
Meeting you was the happiest thing for me
-Ace
YOU ARE READING
PEMILIK HATI
RomanceHIS SERIES 1 𝑫𝒂𝒓𝒓𝒆𝒏 𝑨𝒓𝒋𝒖𝒏𝒂 𝑬𝒅𝒘𝒂𝒓𝒅 & 𝑨𝒅𝒆𝒍𝒍𝒚𝒂 𝑨𝒏𝒈𝒆𝒍𝒊𝒏𝒂 𝑪𝒍𝒂𝒓𝒂 Siapa saja yang tidak kenal dengan Darren Arjuna Edward? Anak kepada salah seorang billionaire iaitu Tuan Muda Arcy Xaivier Arjuna. Abang sulung kepada...