HPA 15

44 3 0
                                    

Clara memandang lama ke arah telefon ditangannya. Dia berfikir sesuatu. Mulai semalam, mereka sudah diberikan cuti sempena ingin menyambut hari raya aidilfitri.

"Patut ke aku chat dia eh? Tapi kalau menganggu dia macam mana pula? Kang dia marah" kata Clara perlahan.

Dia berdengus kasar sebelum membuka aplikasi WhatsApp. Nombor telefon Darren dicari dan dia menghantar satu pesanan pada nombor itu.

Telefon pintarnya kemudian diletakkan di atas meja belajar sambil menunggu balasan dari jejaka itu.

15 minit berlalu namun masih lagi tiada satu pun balasan daripada Darren yang Clara terima.

Dia mengambil telefonnya dan melihat kembali ke arah chat mereka berdua itu. Tak menunggu lama, dia terus menyekat nombor itu. Nak merajuk!

You
Darren, weh aku ada benda nak cakap ni.
Darren?
Darren Arjuna Edward
Arjuna
Mee kari.

*You block this contact. Tap to unblock

"Lara! Sini tolong mama!" Laung Zurina dari bawah. Clara bergegas turun ke bawah, ingin mendapatkan ibunya dan meninggalkan telefonnya di atas meja belajar kecilnya.

"Kejap ma, Lara turun ni" katanya.

**

"Erghhh" kata Darren. Dia mengelap peluh di dahinya dengan menggunakan sapu tangan yang dia punya.

Mata memandang pula ke arah daddynya, Tuan Arcy yang tersenyum suka saat wajahnya dilap oleh Puan Drea.

Darren membuat muka menyampah saat melihat adegan itu.

"Abang Ren" panggil Dariel dari dalam rumah. Darren mendongak ke arah balkoni bilik adik bongsunya itu.

"Sini lah naik atas ni. Ada orang chat kau tadi time aku tengah main game kat telefon kau" jelas Dariel.

"Siapa weh siapa?" Sampuk Xaivier. Darren menjeling adiknya yang seorang itu. Menyibuk.

"My Precious Angel weh" perkataan 'angel' itu ditekan. Membulat mata Darren. Dia terus berlari naik ke tingkat atas. Tuan Arcy menggelengkan kepalanya. Macam macam eh perangai lepas dah dilamun cinta si Darren ni.

Terbeliak mata Darren saat membaca mesej mesej yang dihantar oleh gadis kecil itu.

"Kau dah kenapa bang?" Soal Xaivier yang mengikut Darren naik ke atas.

Darren diam namun dia menunjukkan chat dari Clara. Xaivier tersenyum mengusik.

"Ha yoo tak tayoo. Adellya merajukkk tak tahuuu" katanya smabil tergelak kecil sebelum keluar dari bilik tidur Darren.

Dariel tergelak besar bersama abang keduanya. Dia turut beredar dari situ.

Tiba tiba satu nama terlintas di fikiran Darren.

To be continue..

The best part was the nickname. The nickname that just me can call it.

PEMILIK HATIWhere stories live. Discover now