HPA 19

25 3 0
                                    

"Darina, bangun lah. Dah pagi ni, pagi raya pula tu tak sopanlah bangun lewat. Orang dah pergi masjid solat raya dah tu" kata Clara. Dia mengoyangkan sedikit kaki Darina.

Darina berdengus kasar. Dia menolak tangan Clara di kakinya. Matanya masih lagi tertutup.

Clara mengeluh. Dia memandang ke arah jam tangan yang berada di tangan kanannya dan Darina yang masih tidur bersilih ganti.

Sudah 10 minit. Sekali lagi dia mengoyangkan kedua dua belah kaki adiknya.

Darina mengeluh. Dia bangun dan duduk di atas katil. Matanya menatap tajam ke arah Clara yang masih lagi berdiri di tepi katilnya.

"Kau ni dah kenapa hah? Aku cakap aku tak nak bangun tu tak nak lah! Tahu lah aku nak bangun sendiri nanti" marah Darina dengan nada suara yang tinggi.

Zurina yang sedang bersiap siap di ruang tamu itu bergegas pergi ke bilik anaknya tatkala mendengar suara gadis itu.

"Rin, kenapa ni? Kenapa marah kakak pagi pagi raya ni?" Soalnya lembut. Dia duduk di sebelah anaknya.

"Dia asyik asyik kejut Rin je. Rin dah kata dah yang Rin akan bangun sendiri tapi dia nak juga paksa Rin bangun sekarang" adu Darina kepada ibunya. Memuncung bibirnya.

Zurina memandang ke arah anak sulungnya itu. "Macam ini lah. Lara pergi turun bawah dulu, nanti mama dan Rin turun"

Clara angguk faham. Dia tersenyum seraya berpusing ingin keluar dari bilik itu.

"Lain kali jangan paksa Rin macam tu lagi ya Lara. Dia masih kecil lagi, pandai la dia bangun sendiri. Tak perlu paksa dia. Kesian, Rin" kata Zurina. Terhenti langkah kaki Clara buat seketika.

Hilang terus senyuman di bibirnya. Dia mengangguk faham tanpa menoleh. Dia teruskan langkah turun ke bawah.

Selepas saja mereka selesai makan dan bermaafan tadi, kini mereka dalam perjalanan hendak pulang ke kampung.

Clara mengeluarkan telefonnya yang berada di dalam beg tangannya sebelum mengambil beberapa keping gambar.

Dia memerhatikan semua gambar tadi sebelum dia memilih satu gambar dan di hantar kepada Darren.

TING!

Bunyi notifikasi itu membuatkan Clara memandang ke arah telefonnya. Begitu juga dengan Darina yang berada di sebelah gadis itu.

Mee kari
Cantik

Merah pipi Clara ketika ini. Nasib baik saja dia memakai mask berwarna hitam.

Oh ya, untuk pengetahuan semua. Darren dan Clara memang pakai mask ya. Tak kira di sekolah mahu pun di luar, sekian.

Darina mengintai sedikit ke arah telefon pintar Clara. Dia menjeling gadis itu tajam.

Ada lah tu tak puas hatinya.

Clara hanya menghiraukan jelingan tajam dari Darina itu. Dia sambung berbual bersama Darren sehingga mereka tiba di rumah nenek Clara.

To be continue..

When he's in love, no one is perfect in his eyes except her. Only her
- Irfan Zachary

PEMILIK HATIWhere stories live. Discover now