HPA 25

48 6 0
                                    

"Weh cuba kau tengok belakang kau tu ada siapa" kata Safiah. Dia menjuihkan bibirnya ke arah orang yang duduk di belakang Clara.

Clara yang sedang membaca novel Seseorang Untuk Aku itu mengangkat kepalanya.

"Kenapa dengan belakang aku? Ada binatang ke?" Soal Clara pelik. Haah ada buaya kat situ.

Delisha menggelengkan kepalanya menafikan. Berkerut dahi gadis itu. Habis tu dah kenapa pula dua orang ni?

"Habis tu? Kenapa aku kena pandang belakang?" Soalnya kerana masih lagi tidak faham.

"Halahhh kau pandang je la. Baru kau tahu ada apa dekat belakang kau tu" desak Raisha.

"Weh Darren, tengok belakang kau ada apa" kata Ammar.

"Apa benda kau ni?" Soal Darren malas. Hashr menjulingkan bebola matanya ke atas.

"Apa susah sangat mu ni? Kalih je la!" Bisik Arden keras. Darren mengangkat kepalanya dari atas meja.

Darren dan Clara mengeluh berat sebelum mengalihkan pandangan ke belakang. Hawa dan Ammar yang membawa kamera ke sekolah itu sudah bersiap sedia.

Terkaku dua tubuh itu saat memandang satu sama lain. Masa ibarat terhenti. Tanpa sesiapa sedar, pipi Clara mula merah di sebalik mask hitamnya.

Darren pula memandang lama ke arah mata bulat hitam milik Clara.

'Masyaallah cantiknya mata dia' kata Darren di dalam hati.

'Hensemnya anak orang ni' desis hati Clara.

KLIK!

"Ha kan cantik gambar ni" puji Hawa. Tersentak Darren dan Clara.

Clara memandang ke arah rakannya itu. Delisha ketawa kecil. Darren pula buat buat pandang ke arah lain.

"Apa kau ni, Nur Hawa Raudhah?" Marah Clara perlahan.

"Eh tapi cantik la gambar ni boleh buat kenangan" kata Kasih.

"Mana? Nak tengok" Aik Clara, tadi kemain marah ni nak tengok pula.

Hawa menyerahkan kameranya kepada gadis itu. Terkelip kelip mata Clara saat melihat gambar itu. Cantik.

"Halah senyum senyum pula" usik Arden yang duduk di belakang Delisha. Delisha mengangguk setuju.

Clara menjeling tajam ke arah lelaki itu. Mentang mentang lah dia tengah bercinta dengan Delisha, suka ah tu usik aku!

KRING

"Jom pergi rehat jom" kata Kasih. Dia memeluk lengan Raisha. Raisha hanya mampu pasrah. Nasib baik member.

Mereka semua turun beramai ramai termasuk lah Arden. Menyibuk betul jantan ni.

"Kau memang tak nak buka mask ke Clara?" Soal Arden. Clara menggelengkan kepalanya.

"Tak nak, insecure" balasnya tenang.

"Nak insecure benda kau ni, kau tu dah cantik kot" kata Irdina. Clara mengangkat bahunya.

Walaupun semua orang dalam dunia cakap dia cantik, dia tetap tak akan percaya. Sebab tak semestinya pujian tu datang dari hati yang ikhlas.

Arden duduk bersama Darren dan yang lain di meja makan kantin bahagian kiri  yang khas hanya untuk pelajar lelaki sahaja.

Clara duduk di meja yang sudah di duduki oleh Arriana. Dia meletakkan makanan yang dia beli tadi ke atas meja dan duduk. Delisha turut melabuhkan punggung di sebelahnya.

Clara menunduk sedikit. Dia membuka mask hitamnya dari dalam tudung.

Baru saja Delisha ingin menyuapkan makanan ke dalam mulutnya, dia terpandang ke arah kiri kantin. Dia menepuk bahu Clara berkali kali.

Clara mengangkat kepalanya. "Kau ni dah kenapa, Delisha?"

"Aku cakap tapi kau jangan pandang sana" kata Delisha seakan berbisik. Arriana mengalihkan pandangan ke arah tersebut dan menggelengkan kepalanya.

"Dah kenapa kau ni, Del?" Clara masih lagi tidak faham.

Dia mengalihkan pandangannya. Membulat besar matanya tatkala Darren turut memandangnya. Terus cepat cepat dia menunduk. Nasib baik saja dia menutup mulutnya menggunakan tangan.

Delisha memukul bahu gadis itu. Clara mendesis sakit.

"Sakit lah Delisha Luthfia!"

"Padan muka kau aku dah cakap kan jangan tengok sana yang kau degil sangat ni kenapa? Aku cakap pun kau pandang........" Clara hanya pasrah mendengar bebelan rakannya. Arriana pula hanya tersenyum nipis.

To be continue.

The one who love you will never leave you

PEMILIK HATIWhere stories live. Discover now