Clara menutup pintu rumahnya. Dia berjalan ke arah dapur dan mendekati peti sejuk yang berada di tepi dinding.
Dia mengeluarkan satu botol berisikan air jus oren dan dituang ke dalam gelas kacanya.
Baru saja dia ingin membawa gelas itu ke bibir, tiba tiba Darina datang dari mana entah dan menolak bahu kanan Clara.
PRANG
Terlepas gelas yang dipegang oleh Clara tadi gelas itu pecah berkecai. Membulat mata gadis itu. Dia memandang ke arah Darina.
"Darina! Apa ni? Kenapa kau langgar bahu aku sambil lari tadi? Kan dah pecah" kata Clara sambil menahan marah.
"Eh kau yang tak reti nak pegang gelas tu elok elok lepas tu kau nak salahkan aku pula ke?" Balas Darina.
"Memang salah kau pun ka-"
"Rin? Kenapa marah kakak ni?" Soal Zurina yang baru datang dari ruang tamu.
"Tengok ni ma, sebab dia gelas rumah kita pecah" kata Darina lalu menunjukkan ke arah gelas tadi.
Membulat mata Zurina.
"Apa yang kamu buat ni, Lara? Tak reti nak jaga barang dalam rumah ni elok elok ke?" Marah Zurina.
"Tapi kalau bukan sebab dia yang langgar Lara, gelas tu tak akan terlepas la" kata Clara mempertahan kan diri. Tak semua benda adalah salahnya.
"Kau ni memang tak puas hati dengan aku ke apa sampai kau tuduh aku macam ni sekali?"
"Memang! Memang aku tak puas hati dengan kau and satu lagi, aku cakap benda betul la-" Zurina yang sudah tidak tahan dengan perangai mereka berdua itu terus meluru ke arah Clara dan...
PANG!
Clara jatuh terduduk ke atas lantai. Zurina tergamam dengan apa yang baru saja dia buat tadi. Clara memegang pipinya yang terasa kebas.
"Aku nak kau kemas balik semua ni. Selagi tak kemas, kau jangan naik bilik, faham?!" Bentak Zurina. Clara mengangguk lemah, Darina pula tersenyum sinis melihat gadis itu.
Zurina berpusing hendak keluar dari dapur namun langkahnya terhenti seketika.
"Betul la apa kau pernah kata dulu. Aku memang lagi sayangkan Rin dari kau sebab aku tak ada anak yang menyusahkan aku" dia berkata dan terus pergi dari situ.
Clara yang masih lagi terduduk itu tersenyum tawar.
To be continue..
Percayalah, akan ada yang namanya bahagia setelah lama menderita
-Ace
YOU ARE READING
PEMILIK HATI
RomanceHIS SERIES 1 𝑫𝒂𝒓𝒓𝒆𝒏 𝑨𝒓𝒋𝒖𝒏𝒂 𝑬𝒅𝒘𝒂𝒓𝒅 & 𝑨𝒅𝒆𝒍𝒍𝒚𝒂 𝑨𝒏𝒈𝒆𝒍𝒊𝒏𝒂 𝑪𝒍𝒂𝒓𝒂 Siapa saja yang tidak kenal dengan Darren Arjuna Edward? Anak kepada salah seorang billionaire iaitu Tuan Muda Arcy Xaivier Arjuna. Abang sulung kepada...