"Abang...nak aiskrim boleh?" Tanya Dalia kepada Darren. Darren mengalihkan pandangannya ke belakang. Dia menganggukkan kepalanya.
"Boleh princess. Kita pergi 7 eleven ok?" Kata Darren. Dalia angguk kepala teruja. Driver mereka hanya tersenyum nipis melihat adik beradik itu.
"Aku pun nak aiskrim juga!" Laung Ammar kuat yang duduk di seat belakang.
"Aku pun nak juga!" Kata Hashr.
Eidlan menutup telinga Dalia. Boleh pekak princess aku sebab dia ni jerit.
"Eid..." panggil Dalia. Dia mencebik ke arah jejaka itu. Eidlan memandang tajam ke arah Ammar dan Hashr.
"Jangan nak menjerit macam tu boleh tak, kesian Dalia!" Marah Eidlan. Hashr menjulingkan bebola matanya ke atas.
Tahulah crush selalu ada depan mata. Tak macam kita ni, nak jumpa pun dekat sekolah je.
Arden dan Darren menggelengkan kepala mereka. Perangai macam bapak masing masing.
"Tuan Muda, Kita dah sampai" kata driver mereka. Semua turun dan masuk ke dalam kedai serbaneka itu.
Mata mata yang memandang mereka hanya dihiraukan. Tidak penting.
Faiq berjalan ke arah rak rak mee segera yang berada di belakang kedai. Dia mencari mee segera kesukaannya.
"Ha jumpa pun kau!" Kata Faiq lega. Baru saja dia ingin mencapai ramen carbonara itu, ada satu lagi tangan yang turut menyentuh paket ramen itu.
Faiq berdengus kasar. Siapa pulak yang ambil ramen aku ni? Dah la ada satu je yang tinggal!
Dia berpaling ke arah tepi. Tergamam Faiq saat melihat sosok tubuh perempuan yang berada di hadapannya kini.
"Irdina?"
"Faiq?"
"Eh kau buat apa dekat sini?" Soal Safiah.
"Kau tu yang buat apa dekat sini? Dah la nak ambil ramen aku" kata Faiq geram. Dia mengambil ramen carbonara yang berada di rak itu.
Membulat mata Safiah. Dia menarik semula paket ramen itu.
"Ish aku nampak dulu lah!" Balas Safiah.
"Aku!"
"Aku lah budak pendek!" Bidas Faiq.
"Budak pendek kau panggil aku?" Dia memandang tajam ke arah Faiq.
"Haah, memang kau pendek pun kenapa?" Baru saja Safiah ingin menjawab, satu suara menegur.
"Ya allah, kau ni dah kenapa Irdina?" Soal Tengku Kaisara Khalishah, adik kepada Tengku Safiah Irdina.
"Kau tengok lah dia ni. Aku yang nampak ramen ni dulu tapi dia yang ambil" adu Safiah. Faiq hanya mengangkat bahunya.
"Muhammad Faiq Arslan Bin Tuan Muhammad Aisy Farhan" panggil Darren. Faiq mengeluh. Dia melepaskan paket ramen itu.
Safiah tersenyum puas kepada Faiq. Merah telinga Faiq yang melihat senyuman itu.
"Terima kasih, Faiq. Nanti aku belanja kau" kata Safiah sebelum dia menarik tangan adiknya dan berlalu dari situ.
Faiq menunduk. Dia tersenyum manis.
"I think I like her"
To be continue..
YOU ARE READING
PEMILIK HATI
RomanceHIS SERIES 1 𝑫𝒂𝒓𝒓𝒆𝒏 𝑨𝒓𝒋𝒖𝒏𝒂 𝑬𝒅𝒘𝒂𝒓𝒅 & 𝑨𝒅𝒆𝒍𝒍𝒚𝒂 𝑨𝒏𝒈𝒆𝒍𝒊𝒏𝒂 𝑪𝒍𝒂𝒓𝒂 Siapa saja yang tidak kenal dengan Darren Arjuna Edward? Anak kepada salah seorang billionaire iaitu Tuan Muda Arcy Xaivier Arjuna. Abang sulung kepada...