HPA 29

52 4 0
                                    

"Clara!" Jerit Raisha dan Kasih. Mereka berdua berlari anak ke arah Clara yang baru saja masuk ke dalam sekolah itu.

Clara melambaikan tangannya sambil tersenyum manis.

"Weh, datang juga kau ek" kata Kasih sambil mereka bertiga berjalan ke arah dewan terbuka sekolah.

"Mesti lah kan aku dah kata aku mesti ada time jamuan ni" balas Clara lalu tersenyum.

"Kejap lagi kita ambil gambar sama sama tau" kata Raisha bersemangat. Clara angguk kepala setuju.

"Boleh je mana tau hari ni last kita jumpa ke kan. Kalau rindu boleh tengok gambar tu" dia duduk di sebelah Safiah.

"Kau nak makan apa? Ada nasi tomato, laksa, kek, kuih dan mee kari. Ha nak yang mana satu?" Soal Arden yang datang ke meja mereka.

"Mee kari?!" Kata mereka semua serentak dengan nada terkejut. Arden menganggukkan kepalanya dengan riak wajah hairan.

"Iye lah mee kari. Kenapa dengan kauorang ni? Terkejut betul dengar perkataan mee kari tu" kata Arden.

Sedar akan apa yang berlaku, Clara berdehem membuatkan yang lain berlagak seperti tiada apa apa.

"Tak ada apa apa lah. Terkejut sebab mee kari tu makanan kegemaran kami semua. Kan Clara" kata Lauren. Dia menolak kaki Clara.

Clara mengangguk setuju. Arden memicingkan matanya. Dia tahu yang mee kari itu adalah panggilan kepada Darren. Siapa saja yang tidak tahu?

"Erm bagi aku nasi tomato je la" kata Clara.

Selepas mengambil pesanan acah acah seperti di kedai makan, Arden kembali ke mejanya.

"Siapa yang nak makan nasi boleh datang ambil dekat sini" kata Cikgu Farhana. Clara bangun dan mendekati cikgu kelasnya.

Baru saja dia mahu mengambil satu pinggan kosong, tangannya tersentuh tangan Darren yang berada di sebelahnya.

Clara terus menjarakkan tubuh mereka dan memandang ke arah lain.

Darren mengambil pinggan dan kembali ke mejanya. Dia memandang ke arah Clara yang sedang makan bersama sama dengan rakannya.

"Uih. Rindu ke tu?" Tanya Arden di sebelahnya.

"Mana ada lah. Salah ke aku nak tengok dia, mata aku kan" nafi jejaka itu.

" Kalau rindu, baik kau cakap daripada kau terlepas. Ingat Ren, dia nak pindah tau mana la tau dia dah jumpa lelaki yang lagi baik ke dari kau" kata Irsyad.

'Lelaki yang lagi baik? HAHAHA aku akan pastikan semua tu tak akan berlalu' desis hati Darren.

Setelah hampir satu jam berada di sekolah, kini tiba lah waktu untuk mereka semua pulang ke rumah masing masing.

"Bye Clara. Jaga diri kau tau" pesan Raisha selepas mereka mengambil gambar  bersama sama.

"Bye semua. See you when I see you again" kata Clara. Dia melambaikan tangannya.

Bebola matanya terarah kepada Darren yang sedang berbual bersama dengan Irsyad dan Faiq.

"Aku tak akan pernah lupakan kau sampai bila bila"

To be continue..

Aku rindukan kita yang dulu namun kenyataan musnahkan segalanya

PEMILIK HATIWhere stories live. Discover now