"Weh, ni nak buat macam mana eh? Aku tak datang semalam" kata Delisha. Dia mendekati Arden dengan buku latihan sejarah di tangan kirinya.
"Mana? Meh sini aku tolong ajar kau" tanya Arden. Delisha menunjukkan soalan yang dia tidak faham.
"Ouh yang ni. Senang je" dia mula mengajar gadis itu apa yang patut.
Faiq yang baru saja keluar dari The Devil Mansion itu memandang ke arah pasangan tersebut yang duduk di meja kecil di luar rumah.
"Amboi di sana, bahagianya" tegur jejaka itu. Arden dan Delisha menoleh.
"Biasa lah dah ada crush kan. Kau tak ada, diam" kata Arden. Delisha tergelak kecil manakala Faiq mencebik bibirnya.
"Bukan tak ada crush, tapi maklumlah cinta bertepuk sebelah tangan weh" laung Hashr dari arah pondok kecil mansion itu.
Semakin galak Delisha dan Kasih ketawa. Arden turut ketawa kecil mendengar bicara rakannya itu.
Faiq menjeling dua pasangan itu tajam. Dia kemudian melihat ke arah taman. Dimana Darren sedang meneman Dalia dan Cahaya untuk bermain di luar.
Namun bukan itu yang menarik perhatiannya tetapi riak wajah Darren yang sedang termenung sambil menatap telefonnya.
Dah kenapa dengan jantan tu? Broken ke?
"Weh Arden, cuba kau tengok si Darren tu. Dia ok ke tak sebenarnya ni?" Tanya Faiq. Arden melihat ke arah yang dikatakan.
"Aku rasa dia ni sebenarnya rindukan Clara la tapi dia tak nak mengaku" Hashr yang menghampiri mereka bersama Kasih itu menyatakan pendapatnya.
"Aku dengar, uncle Ace nak suruh Darren pindah sekolah ikut dia balik Spain" jelas Faiq. Teringat pula akan perbualan ayahnya, Tuan Farhan dan Tuan Arcy.
"Kau betul betul ke nak balik Spain balik ni? Habis, anak anak kau punya sekolah macam mana?" Soal Tuan Farhan kepada abangnya.
Faiq bersembunyi di tepi dinding luar dapur. Dia tergamam.
"Biar betul Darren akan balik Spain?" Bisiknya perlahan.
"Ya betul. Aku dah lama sangat dah balik Malaysia, sekarang ni aku kena balik sana balik. Pasal anak anak aku tu, tahu lah aku nak handle kan" balas Tuan Arcy tenang.
"Ok lah kalau kau dah cakap macam tu. Jangan lupa balik sini lagi tau" Tuan Arcy menjulingkan matanya ke atas.
"Mengada sia kau" terlepas ketawa adiknya.
"Kau biar betul ni, Muhammad Faiq Arslan?" Soal Arden dan Hashr serentak dengan nada tidak percaya.
"Ye, betul lah. Kalau kauorang tak percaya, tunggu je malam ni ke esok ke Uncle Ace bagi tahu" jawab Faiq.
"Nanti susah lah kita nak jumpa dia lagi" kata Hashr sayu. Arden menepuk kuat belakang kepala Hashr.
"Apa susahnya, kalau nak jumpa diaorang, kita fly pergi sana je lah. Macam lah kau tak pernah pergi" kata Arden menyampah.
Hashr tersengih. Delisha dan Kasih tersenyum manis melihat karenah dua orang ini.
To be continue...
YOU ARE READING
PEMILIK HATI
RomanceHIS SERIES 1 𝑫𝒂𝒓𝒓𝒆𝒏 𝑨𝒓𝒋𝒖𝒏𝒂 𝑬𝒅𝒘𝒂𝒓𝒅 & 𝑨𝒅𝒆𝒍𝒍𝒚𝒂 𝑨𝒏𝒈𝒆𝒍𝒊𝒏𝒂 𝑪𝒍𝒂𝒓𝒂 Siapa saja yang tidak kenal dengan Darren Arjuna Edward? Anak kepada salah seorang billionaire iaitu Tuan Muda Arcy Xaivier Arjuna. Abang sulung kepada...