"Darren Arjuna Edward dah balik Malaysia lah!" Laung Hashr, Ammar dan Eidlan saat melihat Darren turun dari jet peribadi Tuan Arcy.
Darren menjulingkan bebola matanya ke atas. Kenapa lah time aku nak balik Malaysia lah diaorang ni ada?
Tak sah kalau tak mengacau hidup orang lah!
"Kenapa lah mesti diaorang yang ambil aku?" Gumam Darren perlahan. Dia berjalan mendekati tiga orang bala The Devil itu.
"Hai Darren. Selamat kembali ke tanah air dan bukannya kembali ke masa lalu" ucap Hashr dengan senyuman manis.
Deep la pula rasa time tulis ayat ni.
Darren menjelingnya tajam. Dia memberikan beg galasnya kepada Ammar dan masuk ke dalam Buggati Chiron yang dipandu oleh Eidlan.
"How's life? Lepas 3 tahun kau stay dekat spain? Okay? Ada jumpa perempuan lain yang boleh gantikan Clara tak?" Soal Hashr saat kereta mewah itu sudah bergerak keluar dari kawasan lapangan terbang.
"Tak, tak ada dan tak akan ada seorang pun perempuan yang boleh gantikan Adellya dalam hidup aku" balas Darren dengan nada dinginnya. Matanya memandang ke arah luar tingkap kereta.
"Kau ni pun, Hashr. Salah soalan la sepatutnya kau tanya macam ni 'dah fikir cara macam mana nak dapatkan Clara ke?' Ha baru betul" ujar Ammar.
Hashr menjelingnya sedikit. "Ye lag ye lah aku je salah. Kauorang semuanya betul" dia mengalah. Tahu yang dia tak akan menang jika berlawan mulut dengan anak Muhammad Amir Zariel ni.
Kini suasana di dalam kereta kembali sunyi semula.
"Eidlan, kau dah dapat ke semua maklumat yang aku nakkan tu?" Tanya Darren.
Eidlan bergumam. Dia memandang Darren dari cermin pandang belakang.
"Ya, Irsyad kata semua maklumat tu dah ada pada dia. Rasanya esok dia datang mansion kau untuk hantarkan maklumat tu" balas jejaka itu.
"Macam mana dengan dia sekarang?" Hashr, Eidlan dan Ammar tersenyum manis.
Elelelele rindu la tu.
"Alhamdulillah keadaan dia okay sepanjang tiga tahun ni. Tahun lepas dia ambil kelas aliran kesenian. Mungkin sebab minat" jelas Ammar.
Hashr angguk setuju. "Haah and aku dengar daripada Kasih yang Clara dapat full A+ masa trial spm hari tu. Kalau nak tunggu keputusan spm betul, tahun depan baru dapat" kata Hashr pula.
Darren mengiyakan. Dia tersenyum nipis dalam diam.
Sikit saja lagi..Tunggu Adel, aku akan dapatkan kau kembali.
To be continue..
My Precious Angel, my obsession. My everything
YOU ARE READING
PEMILIK HATI
RomanceHIS SERIES 1 𝑫𝒂𝒓𝒓𝒆𝒏 𝑨𝒓𝒋𝒖𝒏𝒂 𝑬𝒅𝒘𝒂𝒓𝒅 & 𝑨𝒅𝒆𝒍𝒍𝒚𝒂 𝑨𝒏𝒈𝒆𝒍𝒊𝒏𝒂 𝑪𝒍𝒂𝒓𝒂 Siapa saja yang tidak kenal dengan Darren Arjuna Edward? Anak kepada salah seorang billionaire iaitu Tuan Muda Arcy Xaivier Arjuna. Abang sulung kepada...