"Assalamualaikum, Darren. Aku datang ni" Irsyad memberi salam. Dia menunggu Darren di luar rumah dengan penuh sabar.
"Waalaikumussalam. Ha sampai dah kau, masuk masuk" jemput Darren. Irsyad masuk ke dalam D'Mansion, mansion milik Darren.
"Mana maklumat yang aku minta 2 hari lepas tu?" Soal Darren.
"Ouh ada, nah" Irsyad menghulurkan 2 fail sederhana besar kepada jejaka itu. Darren mengambilnya.
Dia mengambil tempat di hadapan rakannya itu. Dia memandang lama ke arah Darren yang sedang menyemak fail fail yang dia berikan tadi.
Dengan rambut yang serabai, tak cukup tu dengan mata sembap macam baru lepas menangis je.
Eh jap, Darren Arjuna Edward..menangis? Serius lah.
"S.E? Siapa ni? Tak pernah dengar pun nama ni sebelum ni" tanya Darren hairan.
"Dia penulis novel dekat wattpad. Tapi masih belum terbitkan apa apa cerita yang dia tulis lagi. S.E tu nama pena Clara dalam dunia oren tu" jelas Irsyad.
Riak wajah Darren berubah terkejut. "Biar betul kau ni? Penulis?" Soalnya tidak percaya.
Irsyad angguk kepala. Dia pun agak terkejut sewaktu membaca maklumat Clara yang satu ini. Wow, lepas dah jadi stranger dengan Darren terus jadi penulis eh? Bagus bagus. Perubahan yang bagus.
"Apa tajuk story yang dia tulis dekat wattpad tu?" Darren sudah mencapai telefonnya yang berada di atas meja kecil di tengah tengah ruang tamu itu.
Aplikasi wattpad dibuka. Apa? Ingat mafia tak baca wattpad ka?
"HPA: THE TRUTH UNLOCK"
"Wow, the truth unlock huh?" Bibir mengukir senyuman senget namun tidak lama.
Apabila teringatkan yang sudah hampir 4 tahun dia tidak bersua dengan gadis itu tubir matanya menjadi panas. Sudah banyak perubahan yang berlaku seiring berjalannya waktu.
Dia menundukkan kepalanya. Irsyad menaikkan sebelah keningnya ke atas.
"Kau okay tak ni, Darren?" Tanya jejaka itu.
"Aku lemah, Irsyad. Aku lemah tanpa dia, lepas dia pergi dari aku baru aku sedar yang dia sebenarnya nyawa aku. Aku....rindukan dia, Syad" rintih Darren. Dia terduduk di atas lantai dengan wajah yang penuh dengan air mata.
Irsyad bangun dan mendekati Darren. Dia mengusap bahu jejaka itu.
"Darren, jangan lah macam ni. Kau cakap kau nak kan Clara kan? Then, kau kena berusaha untuk dapatkan dia" pujuk Irsyad.
"Dia mesti bencikan aku lepas apa yang aku dah buat kan"
"Dia mungkin dah benci kau tapi tak bermakna yang dia dah tak suka kau. Sepanjang kau tak ada, dia selalu tanya pasal kau dekat Arden" Darren mengangkat kepalanya.
"Betul ke?" Irsyad mengangguk yakin.
"Ye, dan sekarang ni kau kena kuat untuk dapatkan dia"
Darren memejamkan matanya. Cuba untuk mencari ketenangan sedikit sebelum dia kembali mencelikkan kelopak matanya.
He'll get, what he want. He is Darren Arjuna Edward.
To be continue..
YOU ARE READING
PEMILIK HATI
RomanceHIS SERIES 1 𝑫𝒂𝒓𝒓𝒆𝒏 𝑨𝒓𝒋𝒖𝒏𝒂 𝑬𝒅𝒘𝒂𝒓𝒅 & 𝑨𝒅𝒆𝒍𝒍𝒚𝒂 𝑨𝒏𝒈𝒆𝒍𝒊𝒏𝒂 𝑪𝒍𝒂𝒓𝒂 Siapa saja yang tidak kenal dengan Darren Arjuna Edward? Anak kepada salah seorang billionaire iaitu Tuan Muda Arcy Xaivier Arjuna. Abang sulung kepada...