"Ada apa kauorang berdua nak jumpa aku ni?" Soal Iskandar selepas masuk ke dalam restoran milik Arden itu.
Dia mengambil tempat di hadapan Darren yang duduk di sebelah Faiq. Tiada apa apa balasan yang dia terima daripada dua orang sepupu di hadapannya kini.
"Woi, Muhammad Faiq Arslan! Darren Arjuna Edward!" Kata Iskandar. Nada suaranya naik seoktaf. Darren dan Faiq terus tersentak.
"Kau dah kenapa, Is? Marah marah" kata Faiq.
"Kauorang tu yang dah kenapa! Aku panggil bukannya nak dengar" bidas Iskandar kembali.
Faiq tersengih. Dia menjuihkan bibirnya ke arah hujung restoran itu. Iskandar melihat ke arah yang ditunjuk.
Melopong mulut Iskandar. Dia menoleh kembali pada dua orang sepupunya itu.
"Patut lah kauorang ta-"
"Fuyoo usha crush tak ajak la!" Sampuk satu suara dari arah tepi restoran. Iskandar berdecit geram tatkala ayatnya dipotong.
Darren, Iskandar dan Faiq menelan air liur kesat saat melihat tiga sosok tubuh lelaki yang mengambil tempat di meja mereka.
"D-daddy" kata mereka bertiga serentak.
Tuan Arcy, Tuan Farhan dan Tuan Amir tersenyum sinis ke arah anak anak mereka.
"Buat apa dekat sini?" soal Tuan Arcy.
"Kau ni Ace, tanya lagi. Tu, kat depan tu kan ada Irdina dan Clara, sah sah lah diaorang usha crush masing masing" kata Tuan Amir. orang lain yang ditanya orang lain yang jawab.
Tuan Arcy mengangguk kepala berkali kali. Faham dengan ayat dari adiknya itu.
"Daddy tak marah ke?" Tanya Darren perlahan.
"Daddy Ren dulu lagi teruk masa usha your mummy sebab tu lah dia tak marah" kata Tuan Amir lagi. Tuan Arcy meluku kepala lelaki itu.
"Bagi aku cakap pula boleh tak?!" Marah Tuan Arcy. Tuan Amir mengangguk faham.
"Daddy tak kisah asalkan Darren tak buat benda bukan bukan dekat dia," katanya pada Darren.
"Ha dengar tu Faiq, kalau suka tu cakap je lah. Ni tak, nak pendam pendam perasaan pula" kata Tuan Farhan.
Faiq mencebik. Dia menjeling ke arah ayahnya namun hanya sipi sipi. Tak berani nak jeling tajam tajam walaupun bapak sendiri. Dah lah dia tu headhunter, mahunya kena tembak nanti.
"At least nya Iq tak reject dia depa n orang" bidas Faiq.
Tergeleng kepala Tuan Arcy, Tuan Amir, Iskandar dan Darren. Tak berubah. Nasib baik saja Faiq tak ikut sangat perangai bapak dia kalau tak, hmm.. tak tau la nak kata apa.
"Daddy, macam mana kita nak ambil hati seseorang tu semula?" Tanya Darren meminta pendapat.
"Bagi la coklat ke buku ke bunga ke rumah ke apa apa saja lah yang dia suka. Pasti dia akan terima Darren balik" cadang Tuan Amir.
"Tak sesenang itu. Walaupun Ren tak pernah curang dengan dia tapi Ren dah tinggalkan dia bertahun tahun lamanya. Buktikan pada dia yang Darren betul betul menyesal dengan apa yang Ren buat. Usaha untuk ambil hati dia semula" nasihat Tuan Arcy panjang lebar. Yang lain hanya diam mendengar.
"And once you get her, never let her go from you" sambungnya lagi. Darren mengangguk faham.
Dalam kepalanya sudah ada satu rancangan namun..dia perlukan persetujuan daripada yang lain.
"Darren nak minta tolong korang ni" kata jejaka itu.
"Apa dia?" Soal Iskandar. Darren tersenyum sinis.
To be continue..
YOU ARE READING
PEMILIK HATI
RomanceHIS SERIES 1 𝑫𝒂𝒓𝒓𝒆𝒏 𝑨𝒓𝒋𝒖𝒏𝒂 𝑬𝒅𝒘𝒂𝒓𝒅 & 𝑨𝒅𝒆𝒍𝒍𝒚𝒂 𝑨𝒏𝒈𝒆𝒍𝒊𝒏𝒂 𝑪𝒍𝒂𝒓𝒂 Siapa saja yang tidak kenal dengan Darren Arjuna Edward? Anak kepada salah seorang billionaire iaitu Tuan Muda Arcy Xaivier Arjuna. Abang sulung kepada...