"Kejadian melaporkan bahawa seorang pelajar ditemui mati dalam keadaan tergantung di sekolah Gaviel High-school.Mangsa merupakan Muhammad Zarif Hadi ,anak kepada seorang ahli konglomerat yang terkenal. Mangsa dipercayai membunuh diri. Pihak polis masih lagi menyiasat untuk mengesahkan perkara tersebut."Berita yang disampaikan oleh pembaca berita itu membuatkan Zafril terkelu. Abangnya sudah tiada? Bunuh diri? Tak mungkin!! Tangan Zafril laju mendail nombor telefon abangnya.
"Nombor yang anda dail tiada dalam talian."
Mendengar balasan tersebut,dia segera menelefon ayahnya.
"Baba,abang..." Belum sempat dia berkata, ayahnya memintas.
"Dia dah meninggal Zaf." Datar sahaja suara tua itu berkata. Seakan-akan menahan suaranya yang bergetar. Dengar sahaja jawapan ayahnya,dia melorot jatuh. Air matanya jatuh.Baru sahaja dia bertemu Zarif pada 4 hari yang lepas. Dia menangis teresak-esak. Dia hendak pulang ke rumah namun dilarang keras ayahnya.
"Zaf jangan balik rumah lagi. Hal dekat sini biar Baba yang uruskan."
"Tapi..." Zafril cuba membantah.
"Dengar cakap baba Zaf." Tegas sedikit Dato' Zahid berkata. Dia tak mahu anak bongsunya terlalu memikirkan kematian abangnya jika pulang ke rumah. Talian ditamatkan.
Zafril memikirkan hal tersebut secara terus-menerus. Dia pasti ada yang tidak kena dengan hal ini. Tak mungkin Zarif mati bunuh diri. Mata cuba dilelapkan untuk tidur. Malam itu dia bermimpi bertemu dengan abangnya yang meminta bantuannya.
***
Selepas seminggu berlalu...
Pagi itu,dia bangun dan bersarapan bersama ibunya. Baru semalam Puan Cahaya pulang ke rumah. Ya,mereka sekeluarga hidup berpisah. Ibu bapanya bercerai semasa mereka berumur 6 tahun. Dia tinggal bersama ibunya manakala Zarif pula tinggal bersama ayahnya. Puan Cahaya bekerja sebagai pendakwa raya. Jadi, kehidupannya sangat sibuk.
Dia melihat wajah ibunya yang agak tenang seperti tiada apa-apa yang terjadi. Sehingga kini,dia masih tidak tahu apa alasan kedua orang tuanya bercerai sedangkan mereka sekeluarga dahulu hidup bahagia sahaja.
"Ibu dah dengar berita?" Tanya Zafril sambil duduk untuk bersarapan bersama ibunya. Puan Cahaya melihat sekilas anaknya.
"Ya, dah siap-siap pergi sekolah." Mendengar balasan yang diberikan ibunya membuatkan Zafril sedikit tersentak. Puan Cahaya seolah-olah tidak peduli langsung dengan arwah abangnya.
"Ibu tak sedih?"
"For?"
"For real mom!" Sakit pula hatinya tengok sikap ibunya ini.
"Life must goes on. Dah jom gerak." Zafril mendengus.
"I don't like this attitude young man."
Tegas nada suara Puan Cahaya ketika itu. Zafril hanya mendiamkan diri dan memasuki kereta. Dia mula memikirkan sesuatu. Kes yang disiasat pihak polis itu seperti tidak menunjukkan apa-apa perkembangan dan mempunyai tanda-tanda kes tersebut akan ditutup. Ramai orang mula melupakan hal tersebut secara perlahan-lahan.Tetapi, tidak dengan dirinya. Jika perlu, dia sendiri akan mencari kebenaran sehingga ke lubang cacing.

ANDA SEDANG MEMBACA
HIDDEN CARD 1 : THE UNTOLD TRUTH [COMPLETE]
Novela JuvenilCover by: yyouraphrodite HIDDEN 1 SERIES: HIDDEN CARD: THE UNTOLD TRUTH "The truth that never been told...." Karya pertama yang masih belum diedit. Gaviel High-school Sekolah yang cukup terkenal dengan reputasinya dan anak-anak yang dihantar belaj...