HPA 38

59 5 0
                                    

Delisha memandang lama ke arah suaminya. Ceyy suami. Kita pun tak ada kalau gitu, ye tak readers?

"Kael" panggil gadis itu lembut. Arden yang sedang termenung sambil menatap skrin laptopnya mengangkat kepalanya.

"Yes Girl?"

Delisha menghampiri suaminya yang duduk di sofa itu dengan membawa secawan air kopi.

"Nah air" Arden menyambut huluran itu sebelum dia menghirup air kopi itu.

"Thank you, girl" kata Arden. Delisha mengangguk. Dia melabuhkan punggung di sebelah suaminya. Dia memandang ke arah laptop mahal Arden.

Sepatah apa pun dia tak faham. Ni mesti tentang kerja tak pun tentang restoran.

"Awak termenung tadi. Fikir pasal apa?" Soal Delisha ingin tahu.

Arden meletakkan cawan kopi tadi lalu badannya berpusing menghadap isterinya.

"Ini tentang Clara dan Darren" kata Arden perlahan. Berkerut dahi Delisha.

"Kenapa dengan Clara?" Pelik. Tiba tiba saja nama rakannya disebut oleh Arden.

"Darren cakap dia masih lagi sukakan Clara. Dia buat semua tu bersebab, dia terpaksa tinggalkan Clara sebab dia tak nak bagi Clara harapan palsu," jelas Arden. Delisha angguk kepala faham.

"Habis tu sekarang ni, Darren nak ambil hati Clara balik ke?" Giliran Arden pula mengiyakan.

"Tapi cara dia nak ambil semula hati Clara tu haih.." Arden mengeluh.

Teringat pula sewaktu Iskandar menelefonnya dan memberitahu tentang rancangan Darren semasa di restorannya tadi.

"Kenapa?" Arden menggelengkan kepalanya tanda tidak ada apa apa.

"Dah, jom masuk tidur. Saya dah mengantuk ni, nak peluk isteri saya" kata Arden nakal. Dia bangun dan mencempung tubuh isterinya tanpa menunggu balasan dari Delisha.

Delisha terjerit kecil. Dia menepuk bahu suaminya manja namun tidak menghalang.

To be continue...

PEMILIK HATIWhere stories live. Discover now